.

.

Thursday, June 25, 2009

Transformers Vs Bulan Rejab



Keindahan Di Bulan Rejab

BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Betapa agungnyer setiap bulan Islam. Cuma kita yang jarang untuk mengenalinyer dan mendapatkan syafaat di dalam setiap bulan-bulan Islam. Begitu jua dengan diriku. Semalam bermulanyer 1hb Rejab 14__ ntah lah..tak plak aku pedulik. tapi yang penting bulan REJAB. Alhamdulillah semalam aku berpuasa sunat dan harapanku puasa ku diterima dan aku mendapat keredhaan daripada Allah SWT serta syafaatnyer.

Aku berbuka puasa di IOI Mall Puchong kat Wendy's...erm not bad juga burger dier kan..best! my hubby dah siap ajak makan kat situ lagi weekend ni..Its not just a burger but more than that..




Semalam, 24th June 2009 officially launch kat semua cinema in Malaysia. Aku n hubby antara Transformers mania ni mesti nak tgk on the 1st day juga la....aku dah tau mesti ramai n ticket sure sold out punya kalu beli on that day. but aku dah booking since monday lagi ticketnyer via phone. nak book tru online dah full..ini pun dapat booking pun kat IOI Mall jer tempat lain sold out.


Fuhhh penuh cinema tue sampai ke depan..tapi aku n hubby dapat seat line ke tiga dari belakang.Ini lah kelebihan book ticket. kalu walk in tak tau la seat mana yang dapatkan...

Cerita ni memang tak boring, aku n hubby siap kasi ***** (star) tau..heheh tak sempat nak tido, tak sempat nak gi toilet n tak sempat nak borak ngan org sebelah pun..bagi aku cerita ni buat aku rasa betapa kecilnyer Malaysia coz tgk macam US ni banyak jer senjata2 ketenteraan yang canggih2. aku tak pasti either semua senjata dalam movie ni rekaan atau memang wujud kat US tue..tapi firasat aku mengatakan ia memang wujud n US nak show off what they have la..

Apa pun aku n hubby enjoy ngan movie ni walaupun ader jer benda2 yang buat aku menyampah masa tgk movie ni...antaranyer:

1. seat n condition cinema tak sampai 3* pun

2. Anak mami kat belakang kitaorg asyik borak n buat macam tgk kat umah dier plak

3. Sound kat cinema tetiba tak mantap n slow masa klimak movie

4. org depan yang tinggi n menghalang pandangan aku pada minit2 pertama (nasib baik dier tukar tempat ngan awek dier)

5. bunyi budak2 nangis lahhhhh..kalu dah tau ader anak kecik tu tak yah la sampai nak bawak masuk wayang ngan stroller skali tue..bengap gak kan!


paperpun korang tgk lah movie ni...tak rugi...


1 comment:

-LaDy rAzOr- said...

huhuhuuu....nak sgt tgk!
tp x berkesempatan...
xder saper nak jaga andy kalo mommy & daddy gi tgk wayang...
huhuuuu....