.

.

Sunday, September 6, 2009

Jom Masak Bersama..Contest



contest masak memasak..jom join
aku pertaruhkan pict ni untuk contest kali ni..mana tau tuah sang suami..
jeng..jeng..jeng...

nama masakan: Cantonese yee mee
masa makan: dinner
Cara membuatnyer:
1.sediakan yee mee (yang dibeli di kedai) di dalm pinggan
2. masak kuahnya;
i. tumis bawang merah n putih
ii. masukkan air setelah bawang itu hampir keperangan dan biarkan ia mengelegak seketika
iii. kemudian masukkan kicap cair,sos tiram, garam, gula dan bahan lain yang difikirkan perlu untuk secukup rasa (cthnya, maggie secukup rasa).
iv. masukkan ayam, sotong n udang.
v. apabila dah bahan iv dah masak masukkan telur n sayur
vi. untuk memekatkan kuahnya jika cair masukkan sedikit tepung gandum yang telah dicairkan.
vii. dah setelah semuanya sudah masak masukkan sedikit lada hitam dan putih kemudian angkat and tuangkan ke atas yee mee tadi.
vi. simple je kan and makan..selamat mencuba.


link penganjur:


3 comments:

KambingBujang said...

congratulation, u r one of the lucky winner

mama tisya said...

tahniah menang contest ni...

Reflisia said...

alhamdulillah menang juga akhirnya