.

.

Saturday, September 19, 2009

Perjalanan ke Kampung Halaman

alhamdulillah aku selamat sampai ke kampungku dengan selamat...gembira bertemu ayah bonda dan sanak saudara...
entry ni aku nak citer pengalaman aku kali ni balik kg bersama suami. aku, sang suami dan adik lelaki ku...kami bertiga balik kg bersama. biasanya kalu bukan raya kami bertolak dalam kul 12tghmalam dan akan tiba di kampung dalam pukul 4 - 5 pagi. tapi kali ni masa yang kami amik sangat panjang. bertolak dari rumah pukul 12 tgh mlm sampai kat kg dalam kul 830 pagi.

perjalanan yang panjang penuh dengan cerita.
sejak masuk jer highway utara selatan aku berdoa agar perjalanan yang lancar dan selamat. kami mula bersahur di R&R Tapah. huiii ramainyer manusia.nasib baik ader parking. erm planning nak makan nasi lemak sampai kedai nasi lemak jer hanya ader 2 bungkus jer lagi coz dah abis. maka aku tak jadi makan nasi lemak dan sekadar minum air. 2 bungkus nasi lemak lagi aku berikan kpd sang suami dan adikku.

setelah selesai bersahur, sang suami berkata2
sang suami : abang rasa nak tidur kejap
si isteri : tidur la kalu ngantuk....
selepas 5 minit
sang suami : tak bleh tidur la sayang
si isteri : yer ker..
sang suami : kita gerak lah slow2
si isteri : ok...
kitaorg pun sambung perjalanan. sampai sungai perak kitaorg berhenti kepa coz nak gi toilet..ramai juga manusia. kemudian sambung perjalanan. sampai Tol Juru pun berhenti juga solat subuh..masa tue dalam pukul 630am sempat la menikmati tol 20% discount tue..heheheh

selepas solat subuh kami teruskan perjalanan ke alor star..semasa perjalanan ke sana tetiba sampai di Gurun berlaku sedikit Jammed. 'apa plak ni bang tetiba jammed ni'. 'e eh sayang tgk atas tue asap banyak la..mesti ader kebakaran kat depan ni'. rupanya ader accident yang dasyat.

inilah gambarnyer accident tue

sebuah trailer membawa contena terbalik menghalang jalan..pada mulanya ingat trailer tue jer selepas melepasi lori tersebut upanyer ader lagi 3 buah kereta yang turut terbakar. yang aku bleh cam kereta yang terlibat tue, myvi, viva dan satu lagi aku tak tau la keter aper. aku n husband parking kat tepi jalan coz nak tgk...


masa aku nak amik pict ni bomba baru lepas padamkan api keter tue n api pada lori masih ader lagi..aku tertanya2 akan keadaan penumpang di dalam kereta. dalam hatiku berdoa agar tiada yang meninggal dunia ataupun terbakar...


kami meneruskan perjalanan balik ke kg. selepas melepasi tol Alor Star Utara, mulalah ketenangan dan hiba menusuk hatiku.. keadaan kampung yang hening di pagi hari di selaputi kabus yang sejuk. aku rasa rindu sungguh saat ini..di tepi2 jalan kelihatan penjual daging dan org ramai sibuk menawar harga tuk beli daging lembu yang fresh untuk hari raya nanti...


Alhamdullillah kami bertiga selamat sampai di kampung halaman ku.....


p/s : aku tgk TV3 pasal accident tue dan dapati penumpang myvi yang terbakar tue adalah satu keluarga iaitu 4 org sorg ayah, ibu dan 2 org anak mati rentung terbakar . yang lain semua di tempatkan di wat kecemasan hospital sungai petani. sedihnyer rasa..moga mereka semua di tempatkan di kalangan org2 yang beriman.


aku mohon kepada diri aku dan semua yang memandu pulang ke kampung, harap banyak bersabar dan berhati2 pulang ke kampung. ingatlah org yang tersayang.


1 comment:

Closet Gurl said...

hye beautiful... nice blog i like to view those pics...... =) jom singgah closet shopping kat http://lilyntiyacloset.blogspot.com