.

.

Tuesday, November 24, 2009

Bila Hati Sudah Teruja!

D'Alphinia

Cerita ni agak basi tapi buat aku terimbas selalu.Buat masa sekarang ni aku dan suami sangat aktif mencari property untuk dimiliki. Pantang ader iklan Projek Rumah yang bakal dilancarkan, sure aku dan suami akan ader kat show house tue. Bukan aper, sebab sekarang ini, aku dan sang suami merasakan sudah mampu untuk memiliki sebuah rumah idaman.

Last a feew week aku dan suami, melawat satu show house ni dekat area Seri Kembangan -Puchong coz dapat invitation from the developer. Projek ni aku dapat tahu dari 1 of officer opis aku. 1st kene register as a member then developer will update us about progressing of their project. Concept project ni build and sell. So aku n sang suami sudah mula meneka akan harga sebuah rumah yang bakal kami lawati ni. Sesudah sampai jer kat sana, tidak disangka ramai yang datang and kami dijemput untuk menjamu selera dahulu. Antara menu yang ader ialah satay, nasi himpit, laksa, mee goreng, meehun goreng, dan kuih muih. Selepas menjamu selera, kami beredar masuk ke dalam gallerynya untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Antara rumah yang dijual ialah Semi-D Double Storey dan Double Storey Terrace Link. Kawasan nyer sangat cantik n strategik. Rumah yang dijual almost sold out cuma tinggal beberapa unit sahaja lagi. Aku n sang suami lebih berminat untuk double storey jer la n merasakan itu jer termampu. Hanya tinggal 10 unit sahaja lagi untuk double storey. Wah macam goreng pisang rasanya jual beli rumah skang. Malangnyer position rumah yang diidamkan sudah abis dijual. Lagipun kalu aku betul2 nak beli juga kene fikir sepuluh kali kot coz harga untuk project build n sell ni lain skit. Harganyer RM438,000++ untuk double storey and RM660,000++ untuk semi-d. Mahal bagi aku n sang suami.

Selepas berunding akan harga, sang suami minta difikirkan semula. Setelah selesai melihat tapak dan lot yang masih available, kami dibawa ke show housenyer. Wahh! teruja sungguh aku tgk umah nyer. Rumahnyer tak sama dengan rumah2 yang aku selalu jumpa dan keluasannyer pun besar. 'No wonder la tinggi harganyer', kata sang suami. Design rumahnya yang cantik and cozy, buat aku tertawan and teringat2 sampai sekarang. Tapi aku juga percaya kata2 suami ku, 'kalu ader rezeki kita dapat la rumah ni nanti'. Hanya senyuman dapat ku ukirkan untuk sang suami. Aku sebenarnya takder la kisah sangat nak dapat rumah semahal ini. Asalkan boleh tinggal bersama keluarga tercinta dan berpadanan dengan kemampuan aku dan suami. (tapi kalu dapat Alhamdulillah =).





7 comments:

Mr & Mrs MonDoK said...

.:: Dapat bayangkan betapa puasnya dapat duduk di rumah sendiri... Means beli sendiri la kan... Kami pon berangan jek la dulu... Tak mampu lagik... Huhuhu!!! ::.

mama thieya said...

betul2 mama_thieya pun ada simpan cita2 nk ada rumah sendiri.. tapi tu lah.. Ekonomi belum mengizinkan.. Insyallah.. moga dilimpahkan rezeki buat kita semua

Ej@ne said...

babe...aku pun ade survey umah nie gak...haha...mmg cntk ....tp mahal giler....design dia cntk...modern concept....tp gile mahal...belum mampu lg...hehehe

Intan said...

Bestnya kalo dapat rumah tu ye....luas and cozy...I likeee!

No wonder mahal but kalo berbaloi dan hati pon dah suka...then just go for it :D

Reflisia said...

ejane,
yer ker, ko pun usha umah yang sama?hehehhe cantikkan umah tue..

mama theiya,
itu lah kalu nak beli umah skang ni depend on kewangan kan!

Mrs Mondok,
Memang, puas hati kalu dapat umah sendiri..bleh sukati menempek, menampal segala benda

Intan,
itulah..skang ni ngah usahakan apa yang patut la..tapi memang hati dah berkenan sangat tue..heheheh

-LaDy rAzOr- said...

uihs...utk memiliki umah sendiri, bagi aku agak jauh lagi kerna ada beberapa perkara yg perlu disettlekan dahulu...
insyaALLAH, bila sudah kukuh ekonomi, baru ler dapat pikirkan nak beli umah sendiri...
sama2 la kita kumpul duit beli umah seblah menyebelah nnti yer...meriah sket idop berjiran....ekekekeeee......


p/s: uiks....ejane bagi komen?????

Reflisia said...

nofa,
umah jiran sebelah2 kan impian kita...meh la kita start kumpul duit k beli umah sebelah2..hehehhe