.

.

Thursday, December 17, 2009

Bulan Muharam Permulaan Tahun Islam

Esok merupakan 1 Muharam 1430 H, malaikat pencatat amal perbuatan kita akan membuka catatan baru untuk tahun baru mendatang. Mari membuka catatan tahun baru yang lebih bersih dengan semangat baru, niat baik, harapan, cita dan cinta. Kuatkan hati dan lambungkan harapan tinggi lalu bersemangat untuk mencapai segala niat baik kita nanti.

Hilangkan segala permusuhan, damaikan jiwa dan raga untuk sesama umat manusia, bersama-sama mengisi sisa hidup di dunia dengan segala perbuatan yang baik, bermanfaat bagi diri sendiri dan sesama. Kerana inti kehidupan adalah menjadi manusia bermanfaat rahmatan lil alamin. Semoga Allah meredhai segala niat dan usaha ibadah kita di dunia ini.

Semoga Allah memberikan Hidayah, Berkah, Keselamatan, Kesihatan dan Rezeki di tahun-tahun mendatang hingga ajal menjelang. Semoga Allah tetap meneguhkan nikmat Iman dan Islam dalam hati kita.

Ya Rabbi jangan tinggalkan hamba meski hanya sedetik pun, kerana hamba tidak akan sanggup menghadapi dunia tanpaMu...

Kawan2, jangan lupa membaca doa akhir tahun setelah solat asar hari ini sebanyak 3x, lalu membaca doa awal tahun setelah solat maghrib hari ini sebanyak 3x di ulangi kembali esok hari pada 1 Muharam. Sama2 lah kita beramal.


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


DOA AWAL TAHUN


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".





3 comments:

Aleyn said...

Amin...

Thanks for the Doa...

Jap gi nak print...

iedaLUVsham said...

salam maal hijrah! :)

~~siti sofiyah~~ said...

ala sis..
saya hanya baca sekali..ohh sungguh jahilnya..tdk tahu kene baca 3kali..hukhuk..ruginyeeeee..

doa akhir tahun sekali

doa awal tahun juga sekali..
uwaaaa...sob3..

tapi x apa kot kan..kan..