.

.

Friday, December 4, 2009

Lori Oh Lori!

Harini pepagi buta dah hujan...Alhamdulillah hujan rahmat disamping menguji hamba Allah untuk bangun menunaikan solat Subuh. aku cam biasa, bangun dan menyelesaikan apa yang patut n wajib dibuat. Dalam pukul 7.25am aku keluar rumah untuk ke office. Jalan masih seperti hari2 biasa cuti sekolah, tidak terlalu jammed walaupun hujan.

Dalam perjalanan, sampai ke simpang masuk ke kawasan opis aku, ader sebuah lori. Nasib baik mataku masih tajam n nampak walaupun dalam hujan lebat. Sekiranya hari hujan semua kenderaan di jalan raya dinasihatkan memasang lampu, supaya kenderaan dibelakang atau di hadapan kita dapat melihatnyer. tetapi ader sebuah lori ni, agak besar dan berwarna hitam tidak memasang lampu kenderaannya. "Weh! mentang ko besar ko ingat bleh sesuka hati ko jer kat jalan raya?" sebab tue la banyak accident melibatkan lori ni. lebih malang lagi lori ni berwarna gelap n sukar untuk nampak kelibatnya dalam hujan yang lebat.

aku bersyukur aku tak melanggarnyer semasa nak masuk ke simpang kawasan office dan aku juga berdoa agar tiada kenderaan lain yang melanggarnya. Sebenarnya kalu kita dengan kenderaan kecik ni langgar lori, bukan lori yang teruk, akibatnya kita yang hancur. lori dan pemandu adakalanyer takder secbarang kerosakan n cedera pun! biasa yang berlaku kemalangan yang melibatkan lori, macamni la. Pemandu lori tersebut pentingkan diri sendiri dan takder lansung rasa bertimbang rasa atas jalan raya. Mungkin dier rasa dier besar n boleh buat apa saja.


2 comments:

Aleyn said...

Memang....kita kalau berdepan ngan lori ni..sebenornyer kita yang kena lebih berhati2...diorang ni bukannyer kisah...kalau nak kuar ke jalan ...langsung tak kasik signal..main masuk jer...

Kakak ipar i baru lepas accident ngan lori...dia naik motor...lori himpit..sian ...seb baik jatuh atas rumput tepi jalan..kalau dibuatnyer jatuh tengah jalan..pastu dilanggar plak kenderaan lain....selisih malaikat 44

Dah lah kakak ipar i tu ibu tunggal....tak bleh dibayangkan...Alhamdulilllah...sekarang dah bertambah pulih

Reflisia said...

aleyn,
ye ker...ish2 memang teruk kan lori ni...selfish tul..nasib baik kakak awak makin baik...alhamdulillah.