.

.

Tuesday, June 30, 2009

Anakku


Sekarang ni teruja jer tgk baju baby, barangan baby, rasa macam nak jer beli..bak kata husbandku tak yah la lagi..pregnant pun belum ader hati nak beli barang2 baby..

kalu jejalan kat kids depart jer mula lah berangan nak beli stroller la, car seat la..aduihhhhhh ni nampaknyer dah tak sabar nak dapat baby ni. Ish erm comel2 plak baju2 baby ni tau...

Baby mommy, sabar eak..nanti mommy belikan untuk baby k..

Thursday, June 25, 2009

Curik Tag AmmyLo : 30th years old.

OMG..i can imagine how i'll look at that time? Tapi rasanyer sama gak kot...umur 30 tahun! ader lagi beberapa tahun shaja lagi ni..tapi aku masih ader cita2 yang patut aku tunaikan sebelum umo 30tahun ni.

1. nak jadi mommy to my baby gal n boy ( insyaAllah)

2. nak beli rumah idaman atas nama sendiri..walaupun akan ader umah sendiri walaupun bukan namaku (hubbyku la tue)

3. nak miliki MPV untuk aku n family..heheheh Mr. Bugs dah nak beli insyaAllah

4. Nak jadi career women..being a role model for women hehehehhe (tinggi tul cita2)

5. nak bukak sebuah perniagaan..insyaAllah skang dalam proses

6. Nak hantar my parent terbang ker Tanah Suci...aminnn moga tercapai

Sebenarnyer banyak yang ingin aku capai tapi masa aku untuk capai semua tu agak mustahil dalam masa beberapa tahun jer lagi ni...so ader enam perkara ni rasnya tak mustahil aku bleh capai. so aku appear yang enam ni jer la..yang lain hanya dalam benak fikiranku. InsyaAllah berbekalkan semangat, usaha, doa dan tawakal semuanyer akan tercapai. Yang pastinyer aku takkan berputus asa untuk berusaha, berdoa dan bertawakal. Kita hanya mampu merancang dan DIA yang menetukkannya.

Kengkawan semua, aku tag korang semua..amik lah tag ni...mesti korang pun ader cita2 sebelum umo 30thn kan...

Transformers Vs Bulan Rejab



Keindahan Di Bulan Rejab

BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Betapa agungnyer setiap bulan Islam. Cuma kita yang jarang untuk mengenalinyer dan mendapatkan syafaat di dalam setiap bulan-bulan Islam. Begitu jua dengan diriku. Semalam bermulanyer 1hb Rejab 14__ ntah lah..tak plak aku pedulik. tapi yang penting bulan REJAB. Alhamdulillah semalam aku berpuasa sunat dan harapanku puasa ku diterima dan aku mendapat keredhaan daripada Allah SWT serta syafaatnyer.

Aku berbuka puasa di IOI Mall Puchong kat Wendy's...erm not bad juga burger dier kan..best! my hubby dah siap ajak makan kat situ lagi weekend ni..Its not just a burger but more than that..




Semalam, 24th June 2009 officially launch kat semua cinema in Malaysia. Aku n hubby antara Transformers mania ni mesti nak tgk on the 1st day juga la....aku dah tau mesti ramai n ticket sure sold out punya kalu beli on that day. but aku dah booking since monday lagi ticketnyer via phone. nak book tru online dah full..ini pun dapat booking pun kat IOI Mall jer tempat lain sold out.


Fuhhh penuh cinema tue sampai ke depan..tapi aku n hubby dapat seat line ke tiga dari belakang.Ini lah kelebihan book ticket. kalu walk in tak tau la seat mana yang dapatkan...

Cerita ni memang tak boring, aku n hubby siap kasi ***** (star) tau..heheh tak sempat nak tido, tak sempat nak gi toilet n tak sempat nak borak ngan org sebelah pun..bagi aku cerita ni buat aku rasa betapa kecilnyer Malaysia coz tgk macam US ni banyak jer senjata2 ketenteraan yang canggih2. aku tak pasti either semua senjata dalam movie ni rekaan atau memang wujud kat US tue..tapi firasat aku mengatakan ia memang wujud n US nak show off what they have la..

Apa pun aku n hubby enjoy ngan movie ni walaupun ader jer benda2 yang buat aku menyampah masa tgk movie ni...antaranyer:

1. seat n condition cinema tak sampai 3* pun

2. Anak mami kat belakang kitaorg asyik borak n buat macam tgk kat umah dier plak

3. Sound kat cinema tetiba tak mantap n slow masa klimak movie

4. org depan yang tinggi n menghalang pandangan aku pada minit2 pertama (nasib baik dier tukar tempat ngan awek dier)

5. bunyi budak2 nangis lahhhhh..kalu dah tau ader anak kecik tu tak yah la sampai nak bawak masuk wayang ngan stroller skali tue..bengap gak kan!


paperpun korang tgk lah movie ni...tak rugi...


Happy Fathers Day

Dear Abah...Masz, Bain, Bangchik, Zahira & Bakri sayang abah sangat...We Love You En Ismail.

On that day gak aku balik umah mertua ku untuk wish selamat hari bapa pada ayahku En Mohd Hashim. to all fathers in the world, Happy Fathers Day!

Saturday, June 20, 2009

New Lappy


inilah laptop baru Bugs

Dear baby Zara ( Myra's Daugther) aunty masz pun ader laptop baru tau. heheheh..mwah to zara iris delisha

aku n bugs cam nak beli laptop baru. survey nyer survey kitaorg decide nak beli laptop dell. bugs pun order online coz dell ni kalu nak beli laptop dier tru online jer. kalu yang ader kat kedai tue tak banyak model yang ader.


hasil snap via laptop cam


bugs n his new lappy

Bertudung


Aku da start bertudung...tapi bukan sepenuhnya lagi...ini bukan beerti aku tak ikhlas untuk memakainya tapi aku memulakan diri aku ngan memakai ke opis dulu...lama-lama insyaAllah penuh la aku memakainya...

aku ader cara tersendiri untuk melatih diri aku...bukan secara drastik tapi perlahan2..agar ia akan kekal dan biar ia dibuat secara jujur dan ikhlas bukan kerana sesapa tapi kerana Allah S.W.T...

kalian jgn salah faham andai masih terserempak ngan aku yang tak berdtudung...so far aku mulakan dengan perlahan-lahan seperti pakai pegi kerja...Alhamdulillah setakat ni aku rasa sangat selesa dan tenang...InsyaAllah nanti aku akan sepenuhnya bertudung bila tiba masanya...

Arghhhh..penatnyer

Benda paling tak suka bila fikir nak pindah umah ni...aduhh nasib baik la aku kejer ngan gomen kat putrajaya..kalu kat kl jangan harap la aku nak pindah randah ni....

Rumah pun tak dapat lagi..harini baru nak pi tgk rumah yang sesuai la tuk aku n en Bugs ni...

Kawasan yang bakal diterokai maybe Puchong, Bandar Kinrara, Pinggiran Putra n tgk lah camner..

Sesapa yang ader contact tuk umah untuk disewa in that area, rajin2 lah contak aku yer....

Friday, June 12, 2009

Transformasi

hahahhahha..transformasi...sure korang semua penah dengarkan perkataan ni..mengikut kamus dewan transformasi ni adalah perubahan secara total yang drastik. bukan berubah skit2 macam AF7 tue...tak semua org bleh di kategorikan dalam transformasi ni..setiap org yang ingin berubah biasanya secara perlahan2 baru lah perubahan itu dapat dirasai dan dikekalkan..susah sebenarnya perkara drastik untuk bertahan lama...tapi tak semua perkara drastik tak kekal..aku bercakap dalam kontek perubahan ni aku dah buat sedikit perubahan la..bukan transformasi yang dimaksudkan tapi steady changing..

since aku dah keje krajaan ni aku ader la perubahan yang berlaku terhadap diri ku..maybe dalam sebulan dua lagi aku makin bulat kot coz ngan gomen ni kejernyer tak la banyak macam private tapi makan free yang banyak..

ni gambar2ku semasa sesi oreintasi dan kursus untuk penjawat awam yang baru masuk..hehehehe berubahkan aku? Alhamdulillah kedamaiaan milik hakiki...


kini aku semakin merasai ketenangan jiwa dan kedamaian hidup...Alhamdulillah dengan berkat dari Allah S.W.T aku menjadi makin matang n berjiwa..

Wednesday, June 3, 2009

House For Rent

I am looking a house for rent at Bandar Kinrara area...who have a details or contact for this just leave me a contact no. (at chat box) and I will contact immediately....

New Post New Workplace

Alhamdulillah...aku dapat kejer baru kat JABATAN PERDANA MENTERI, BHGN UNIT PENYELARASAN PERLAKSANAAN...mencabar rasanyer bekerja di sini...semoga career aku lebih berkembang n mencabar...