.

.

Wednesday, September 30, 2009

"My Glamour Picture Contest"

contest ini terbuka kepada semua blogger, tak kira bangsa, tak kira agama dan tak kira status. yang dah kawen ker, single ke or divorced ke or sesiapa saja yang rasa dier ader gambar yang glamour boleh join contest ni.
.
Tapi contest ini still ader syarat and syarat2 nyer ialah:
.
Syarat-syarat

1. Terbuka kepada semua blogger
.
2. Anda diwajibkan menjadi Follower blog http://cincinmasmerah.blogspot.com/serta add link blog ini dalam blog list anda
.
3. Sila pastikan gambar (banner) di atas di sidebar blog anda and banner tersebut mestilah link kepada entry contest ini, gune link ni:
.
4. anda bleh buat entry "My Glamour Picture Contest" dengan memuatkan sekeping gambar anda yang paling glamour, nama anda dan ceritakan serba sedikit kenapa anda merasakan gambar anda itu glamour.
.
5. Pastikan di dalam entry anda ada dinyatakan link2 tersebut (no link back will be disqualified):
.
6. Setelah siap entry tersebut, sila tinggalkan URL-link-contest-anda di ruangan comment pada entry ini sebagai tanda pengesahan anda menyertai contest ini.
.
7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional (penganjur yang pilih) berdasarkan photo anda yang paling glamour.
.
8. Contest ini bermula 22hb Ogos 2009 sehingga 30hb September 2009. lama skit coz nak bagi peluang anda semua upload gambar glamour masa raya nanti..hehehhe
.
9. Hadiahnyer akan diberitahu next entry.Tungguuuuuuu...
P/s: gambar anda hendaklah yang terkini dan tidak lebih dari 3 tahun ke belakang.

My Glamour Picture Contest

Dear all,

My Glamour Picture Contest will be close on 30th Sept 2009 at 11.59 pm! for those who wanna join this contest, u guys still have time until midnite. Thanks and good luck for all the contestant. The result will be annouce ASAP. =)


Monday, September 28, 2009

Tetamu tak diduga

balik jer dari wedding kawan aku tue..tetiba fon berbunyi...

Caller : Akak kat mana?
Reflisia: OTW balik umah ni dari wedding kawan akak
Caller : Akak kitaorg semua nak datang beraya umah akak jap gi...
Reflisia: Huh!...datangla...baper org?
Caller : 4 buah keter....
tak kelam kelibut ker kalu 4 buah keter datang nak beraya kat umah. takkan nak say NO plak kan..aku ngan hubby ngan rasa berbesar hati mengalukan kedatangan dorang..otw balik tue fikir juga nak hidangkan aper eak kalu dorang datang..takkan nak nak makan habuk kuih raya? nasib baik ader semua bahan masakan kat umah. sebelum sampai umah sempat beli tembikai tuk dihidangkan...




Andy With Us!


aunty n uncle love andy soo muchhh




8 Syawal 1430

harini hari raya ke lapan..
aku n hubby plan nak gi wedding my 5 serangkai (Ijan's Wedding)
kat sana dapat jumpa mommy nofa n my old fwen..

mommy nofa, andy and aunty masz

Selamat Pengantin Baru Ijan n Hubby







6 Syawal 1430

hari ni aku dah sampai kl,
and dah sampai kat umah aku pun..
sampai kl semalam raya ke 5
arini ditugaskan ke TESCO nak beli barang2 tuk open house umah PIL aku sok..
so aku, sang suami, anak2 sedara n my SIL mencari apa yang patut la tuk menu esok
cadangan my dil nak masak

1. mee goreng
2. mee kari
3. ayam goreng berempah
4. buah tembikai
5. kuih raya.

Iman n Uncle Bob nyer



Sunday, September 27, 2009

3 Syawal 1430

Hari Raya Ketiga,
ini hari aku plak pg open house org..
eheheh ari ni dari pagi pg umah sedara kat kampung nenek belah abah aku...
abis satu kampung berjalan.
petang nyer plak
aku beraya bersama kengkawan sekolah aku plak..
biasanyer beraya bersama kawan baikku jer
but
kali ni berteman kan suami la kan..hahahhaha




2 Syawal 1430

Hari Raya Kedua,
hari ni umah family aku buat open house tuk semua saudara mara and sahabat handai..sampai ke malam..aku antara tukang masaknyer...penat wooo...tapi tetap tersenyum kegembiraan apabila bertemu sanak saudara...

p/s : alamak tak ader picha plak coz arini nyer picha dalam laptop my lil bro.

Wednesday, September 23, 2009

1 Syawal 1430




hari raya diary..

Hari Raya Pertama..
Di mulakan dengan solat hari raya,
then ziarah kubur arwah atuk, atuk sedara dan saudara yang lain.
balik dari masjid
aku n family makan2 n salam bermaafan
then melayan tetamu yang datang..

petang raya pertama tue
aku n family la plak menziarahi sanak saudara yang lain dari umah ke umah.
memang penat
but
seronok sangat tambah plak ader sang suami kat sebelah.




Monday, September 21, 2009

Raya Pertama


sedondon tak? 1st time raya bersama..hehehehe

Saturday, September 19, 2009

Perjalanan ke Kampung Halaman

alhamdulillah aku selamat sampai ke kampungku dengan selamat...gembira bertemu ayah bonda dan sanak saudara...
entry ni aku nak citer pengalaman aku kali ni balik kg bersama suami. aku, sang suami dan adik lelaki ku...kami bertiga balik kg bersama. biasanya kalu bukan raya kami bertolak dalam kul 12tghmalam dan akan tiba di kampung dalam pukul 4 - 5 pagi. tapi kali ni masa yang kami amik sangat panjang. bertolak dari rumah pukul 12 tgh mlm sampai kat kg dalam kul 830 pagi.

perjalanan yang panjang penuh dengan cerita.
sejak masuk jer highway utara selatan aku berdoa agar perjalanan yang lancar dan selamat. kami mula bersahur di R&R Tapah. huiii ramainyer manusia.nasib baik ader parking. erm planning nak makan nasi lemak sampai kedai nasi lemak jer hanya ader 2 bungkus jer lagi coz dah abis. maka aku tak jadi makan nasi lemak dan sekadar minum air. 2 bungkus nasi lemak lagi aku berikan kpd sang suami dan adikku.

setelah selesai bersahur, sang suami berkata2
sang suami : abang rasa nak tidur kejap
si isteri : tidur la kalu ngantuk....
selepas 5 minit
sang suami : tak bleh tidur la sayang
si isteri : yer ker..
sang suami : kita gerak lah slow2
si isteri : ok...
kitaorg pun sambung perjalanan. sampai sungai perak kitaorg berhenti kepa coz nak gi toilet..ramai juga manusia. kemudian sambung perjalanan. sampai Tol Juru pun berhenti juga solat subuh..masa tue dalam pukul 630am sempat la menikmati tol 20% discount tue..heheheh

selepas solat subuh kami teruskan perjalanan ke alor star..semasa perjalanan ke sana tetiba sampai di Gurun berlaku sedikit Jammed. 'apa plak ni bang tetiba jammed ni'. 'e eh sayang tgk atas tue asap banyak la..mesti ader kebakaran kat depan ni'. rupanya ader accident yang dasyat.

inilah gambarnyer accident tue

sebuah trailer membawa contena terbalik menghalang jalan..pada mulanya ingat trailer tue jer selepas melepasi lori tersebut upanyer ader lagi 3 buah kereta yang turut terbakar. yang aku bleh cam kereta yang terlibat tue, myvi, viva dan satu lagi aku tak tau la keter aper. aku n husband parking kat tepi jalan coz nak tgk...


masa aku nak amik pict ni bomba baru lepas padamkan api keter tue n api pada lori masih ader lagi..aku tertanya2 akan keadaan penumpang di dalam kereta. dalam hatiku berdoa agar tiada yang meninggal dunia ataupun terbakar...


kami meneruskan perjalanan balik ke kg. selepas melepasi tol Alor Star Utara, mulalah ketenangan dan hiba menusuk hatiku.. keadaan kampung yang hening di pagi hari di selaputi kabus yang sejuk. aku rasa rindu sungguh saat ini..di tepi2 jalan kelihatan penjual daging dan org ramai sibuk menawar harga tuk beli daging lembu yang fresh untuk hari raya nanti...


Alhamdullillah kami bertiga selamat sampai di kampung halaman ku.....


p/s : aku tgk TV3 pasal accident tue dan dapati penumpang myvi yang terbakar tue adalah satu keluarga iaitu 4 org sorg ayah, ibu dan 2 org anak mati rentung terbakar . yang lain semua di tempatkan di wat kecemasan hospital sungai petani. sedihnyer rasa..moga mereka semua di tempatkan di kalangan org2 yang beriman.


aku mohon kepada diri aku dan semua yang memandu pulang ke kampung, harap banyak bersabar dan berhati2 pulang ke kampung. ingatlah org yang tersayang.


Friday, September 18, 2009

Macam kat kedai kan!






nama masakan : nasi goreng paprik

masakan untuk : berbuka puasa

tukang masak: suami Reflisia


heheheh..macam kat kedai kan hubbyku masak tuk berbuka puasa last monday ( 14.09.2009)..

Thursday, September 17, 2009

When ur heart in my car!

entry ni special skit yer...
* tadi lunch time aku, wida, memey & rose ke alamanda. biasala lunch time bosan alamanda tempat berjalan2 kalu kat putrajaya ni..masa otw ke sana ader jer gelagat n aksi2 dalam keter kitorg tgk...ader yang menyanyi mengikut siulan radio dan ader jugak yang berebut2 tuk parking.

* sampai jer parking lama gak la kitaorg menunggu si makcik kancil nak kuar dari parking tue..when makcik tue keluar jer dari parking, cliq aku pun nak park la keter tetiba datang plak kancil merah ke pinkngan nak rebut parking yang sama...nasib baik dier faham tue kitorg nyer parking...fuhhhh lega..

*dengan gumbira kami berempat berjalan2 mengelilingi alamanda...ramainyer manusia macam hari cuti jer...biasalah last minutes shopping kan! ader org suka nak dapat discount banyak..tapi aku tak la buat sakit otak jer berebut2 nak beli barang ni...

* 2.05 pm, time to go back to opis...sementara menunggu cliq bayar parking aku sesaja timbang berat badan ku ni..saja nak tahu progress bulan puasa..hehehhehe...naik jer penimbang tetiba
* jarum penimbang menunjukkan berat badan ku **kg . WOW i lost 5 kg.......just imagine within 27 days berpuasa..tak sangkanyer..patut la aku rasa baju yang tak muat before puasa skang dah bleh pakai...heheheh..sukanyer.. tapi kalu dah raya nanti tak tau la apa nasib ku plak..kalu raya ni sambil tido pun bleh makan lagi kan,....

* dah setle semua we all ke kereta pastu tgk cermin depan keter ader sehelai kertas A4 bergaris..pelik! mana ader iklan guna kertas ni..when my cliq terbalikkan tertulis satu ayat 'I THINK I LEFT MY HEART IN UR CAR' pastu akhir skali ader fon number dier.

*hahahhahah..tergolek2 rasanyer nak gelak...tak tau lah saper yang ditujukan coz in dat car ader 4 org. semuanyer jelitawan (claim cantik skit kan). ish2...dah la semua nyer org punya especially aku la.. dah kahwin.

* hai la aku ingat zaman2 macam ni dah lepas...ini nyer tactik aku dapat masa zaman single mingle dulu selalu sangat dapat kertas2 layangan ni...heheheh.tak sangka saham masih ader (ntah2 kat org lain sajer jer perasan).

* korang tgk la picha2 yang di ambil tuk buktikan pasal entry ni..untuk si penulis statement ni meh sini AKAK nak bgtau yang akak ni isteri kepada seseorg. (kalu statement tue untuk aku la)

kelakar kan!








Balik Kampung.

kampung ku

InsyaAllah malam ni aku n hubby and adik aku balik Kedah iaitu kg halaman ku..kali ni beraya di kg ku...weeeehuuu best2...doakan semoga aku selamat sampai ke kg halaman dengan baik. aminn....







Bangang nyer WHT 3598

sesapa yang naik motor WHT 3598 tue sila la rasa bersalah kerana melanggar BOBI (my car) aku then blah camtue jer. Aku takkan maafkan ko (sehingga ko datang mohon maaf dari aku dan bayar ganti rugi si BOBI) and biar ALLAH sajer lah yang balas.
Ish ini citer pagi ni masa aku nak datang opis..pada mulanyer hati gembira coz tak banyak keter macam biasa arini. dalam benakku berkata 'erm ramai dah start cuti ni'. sampai jer kat traffic lite ronbot tue cam biasa la jammed skit macam hari2 lain. tetiba aku nampak kat belakang aku ni ader satu motor dok selit2. takper la...aku cam ignore sudah mamat ni.. sebenarnya muka mamat adalah muka yang bila kita tgk jer kita rasa nak lempannnnngggg jer. pastu kat depan aku ader myvi tetiba nak memotong kat depan..dah elok dok lane tengah tetiba nak juga masuk lane kanan..cam bangang pun ader POMPUAN tue..tapi tgk muka pun dah tau muka pompuan bangang.. pastu start la slow moving...
nak dijadikan citer ader plak bas kilang kat depan tue sama bangang ngan myvi tadi..elok2 dok lane tengah nak juga masuk lane kanan..maka myvi depan aku ni pun break la...aku pun break la..tapi bukan emergency break coz situation slo moving...tetiba gedebummmmmm bunyi dari belakang aku..upanya si motor tadi dah langgar keter aku. aduhhhhh.............
Bobiku dah kene langgar...pastu motor tue blah camtue jer...Ya Allah dugaan akhir Ramadhan tul. mata ku terus mencari no plat motor tersebut. eeeeee..geram bercampur sedih ni...
sampai jer parking opis aku..aku trus tgk bontot bobi...alhamdulillah tak teruk sangat tapi malangnyer bobi memang nampak tercemar. aku jaga bobi bagai menatang minyak yang penuh tau. tetiba mamat bangang ngan motor s**l tue telah mencemarkan bobi...eeeeeeeeeeee..geram
'Ya Allah Ya Tuhanku, teguhkan imanku dan tabahkan hatiku dalam menghadapai dugaanmu ini..aminnnnn'

Wednesday, September 16, 2009

Thanks to Mama Tisya


inilah kad raya pertama tuk tahun ni...dah lama tak dapat kad raya macam ni..yer lah kan skang ni zaman kad raya online jer..neway thanks to Mama Tisya @ Erin...mwaaahhh

We Had Berbuka Puasa at IKEA


wif my darling AMMYLO

last weekend aku berbuka kat ikea kawanku cayang ..AmmyLo kat IKEA..miss her soooo much..love u darling..
aku sampai jer kat IKEA kul 5 pm trus beratur nak masuk tempat berbuka puasa tue...punya lah panjang Q dier.fuhhh..ramainyer manusia nak berbuka kat IKEA ni..aku ngan penuh sabar berbaris since kul5pm ni..

pas beratur nak masuk tempat berbuka tue, Q lagi nak amik food plak. susahnyer rasa nak makan...tapi biasalah sang lelaki2 yang amik food si gadishanya menunggu sahaja hehehehe..tapi yang penting keseronokan berbuka bersama org2 yang tersayang...best la..

pas makan aku n hubby n adik aku keliling IKEA tue and shopping barang2 tuk umahku plak..ya ampun SALE!..apa lagi bak kata sang suami..'HEAVEN la awak kan!'

Kuih Raya, Jeng jeng jeng.......

Cornflake Coklat

huh! dalam 2 3 hari ni tak sempat nak update blog. bukan per bz skit nak raya kan, kat opis plak ader jer benda yang nak setlekan sebelum raya. erm skang ni bangun sahur jer terfikir nak buat kuih raya nak bawak balik kg..yer lah dah kawen ni mesti nak ader satu dua kuih dengan air tangan sendiri...hehehehehe....dan akhirnya aku dah buat 1 jenis kuih tuk raya ni...Cornflakes Coklat. erm rasanya bleh tahan sedap ( masuk bakul angkat la sendiri..heheheh)

Saturday, September 12, 2009

Before and After....Contest lagi ker?

ini bukan contest ini adalah cerita ceriti si sang suami yang HANTU tat nenas.. hari rabu lepas aku dapat tat nenas yang ditempah untuk raya ni.. aku nak buat takut plak tak sempat so tempah je la..lagipun aku ni malas sebenarnya nak buat cookies2 ni..kalu cake aku suka..heheheh

after berbuka puasa jer sang suami amik balang tat tue letak depan mukanyer n makan 1...ermmm sedap...pastu makan 2..erm lembut... makan 3..erm nenas pun sedap n tak manis sangat n tak masam sangat...pastu aku pun pg la cuci pinggan...kemudian aku datang semula ke dinning table tgk balang tat da tinggal half...aduhh cepatnyer dier makan..macamana nak simpan raya ni...

skang ni dah bo lio..hahahah da abis... nak tempah lagi...ntah2 tak diterima....

Permintaan Kedua


kali ni permintaan nak makan SiZZling Yee MeE..hahahah tapi bukan aku..sang suami yang nak makan. malangnyer tak plak hot plate kat umah kitaorg. so apa lagi wat la guna pinggan biasa..oppss bukan masak atas pinggan..masak cam biasa atas periuk dan masukkan dalam pinggan. sang suami la yang masak lagi kali walaupun permintaannyer..hehheheh sebab dier kan hebat masakan macam ni..kalu aku hanya hebat dengan kampung style jer la...

aku cam biasa lepak depan tv jer la kan kalu dier masak..malas nak ganggu...sampai jer kat nak berbuka tetiba hidung ku menusuk bau sizzling soup tue..aduhhh terliurnyer...paper pun SUNGGUH SEDAP...apa plak lepas ni aku nak minta..tak per nanti aku akan godek blog org tgk benda2 yang best tuk di rasa, pastu request kat sang suami...sayang punya pasal sure dia masakkan!


Alhamdulillah...aku MENANG CONTEST!

inilah masakan yang aku pertaruhkan

ish memang tak sangka aku menang contest JOM MASAK BERSAMA...CONTEST anjuran KAMBING BUJANG..http://kambingbujang.blogspot.com/2009/09/winners-are.html. neway thanks for the kid and ibunyer(kambing bujang. hubby aku baca email tadi bgtau yang hadiah dah pun di antar semalam..hehheheh tak sabar nak dpat set TUPPERWARE ni..


Friday, September 11, 2009

Duit Raya


Ini adalah hasil usaha aku n memey anuar pagi2 lagi kuar opis pg tukar duit raya. memula bercadang nak tukar kat CIMB Putrajaya jer...sampai jer sana .. kitorg rasa cam nak pengsan tgk org beratur panjang berlingkar2..sesak kat dalam tak yah citer la...pastu kitaorg tukar plan pg CIMB Bandar Puteri Puchong plak. Usaha gigih kitaorg samapi ke puchong berhasil juga akhirnya. so aku rasa lega sangat duit raya dah tukar..kalu tak dalam benakku ini asyik fikir sempat ker nak tukar duit raya ni?

Wednesday, September 9, 2009

Rekaan atau Realiti

malam tadi aku tgk satu movie seram kat tv2..erm filem KUNTILANAK. filem ni was showing last 3 years kalu tak salah aku. aku ingat citer ni sebab ex housemate aku dulu pernah tgk citer ni kat cinema. aku layan citer ni malam tadi sesorag (sang suami dah tido) sampai la aku tido lambat coz citer ni habis kul 12pm. biasanya aku n hubby tido dalam kul 1030pm dah dibuai mimpi.
persoalan dalam benakku..tak sama ker pontianak dan kuntilanak. citer ni bgtau yang kuntilana adalah separuh manusia dan separuh kuda. dan sebab tue kot nama dier bermula dengan huruf k.
aku tak tau samada citer tue real story or sekadar rekaan hanya untuk hiburan penonton. dalam citer tue kisahkan sesorg yang menguasai makhluk itu dan menggunakan makhluk tersebut untuk membalas dendam. dengan hanya menyeru ala2 bersyair untuk memanggilnya keluar dari sangkarnya. adakah ini benar? mungkin ya mungkin tidak..semua ni dari Indonesia iaitu negara yang penuh dengan seribu satu sejarah.
bagi aku, andai ini cerita benar sekali pun ia tetap makhluk tuhan. cuma keadaannya bergantung kepada penerimaan manusia terhadap makhluk tersebut. terlalu abstrak untuk menceritakan tentang makhluk halus ini. keprcayaan memasing yang membuatkan kita mempunyai fahaman yang berbeza mengenainya.

09.09.09....Aku telah membunuh...aaa?

cantik tarikh harini..09.09.09...
malang ker tuah bagi anda?
tapi harini aku telah membunuh sesuatu!
arghhhhh
rasa bersalah menyelubungi diriku
kenapa lah jadi macamni
aku diburu ketakutan
dihantui kekusutan jiwa
aduhh kenapa aku membunuhnya...
semuanya angkara nafsu cemburu
melihat sang suami makan nasi ngan sambal ikan bilis
semasa sahur tadi
sehingga aku membunuh azamku
untuk tak nak makan waktu sahur
malangnyer sahur 19 ramadhan/ 090909
aku telah makan
SEEKOR
ikan sardin yang besar
dan
SEMANGKUK
cornflake n fresh milk....
arhggggggg
tensionnyer...
takutnyer
runsingnyer
kalu berat badan ku naik.(tetiba poyo)
setelah sekian lama
aku menunggu Ramadhan
untuk mengurangkan makan..
aku sebenarnya bukan poyo
dengan entry ni
'org cakap setakat makan sehari takder maknernya berat naik'
tapi hakikatnyer walaupun makan sehari
berat ku bleh naik
berat badan ku lately ni cepat sangat naik
turunnyer lambat...
itu pasal la aku jadi separuh giler ni
aperpun
aku memang kesal
kerana iman ku lemah pagi tadi..
tapi takper sekurangnya
aku mendapat berkat bersahur..
(sebelum ni bersahur juga tapi setakat minum air)
terimalah wahai reflisia
sesungguhnya aku bukan manusia sempurna
tetapi sering juga tergelincir dari landasan
cuma penyesalan dan keinsafan diperlukan
untuk membaiki diri.

Sunday, September 6, 2009

Jom Masak Bersama..Contest



contest masak memasak..jom join
aku pertaruhkan pict ni untuk contest kali ni..mana tau tuah sang suami..
jeng..jeng..jeng...

nama masakan: Cantonese yee mee
masa makan: dinner
Cara membuatnyer:
1.sediakan yee mee (yang dibeli di kedai) di dalm pinggan
2. masak kuahnya;
i. tumis bawang merah n putih
ii. masukkan air setelah bawang itu hampir keperangan dan biarkan ia mengelegak seketika
iii. kemudian masukkan kicap cair,sos tiram, garam, gula dan bahan lain yang difikirkan perlu untuk secukup rasa (cthnya, maggie secukup rasa).
iv. masukkan ayam, sotong n udang.
v. apabila dah bahan iv dah masak masukkan telur n sayur
vi. untuk memekatkan kuahnya jika cair masukkan sedikit tepung gandum yang telah dicairkan.
vii. dah setelah semuanya sudah masak masukkan sedikit lada hitam dan putih kemudian angkat and tuangkan ke atas yee mee tadi.
vi. simple je kan and makan..selamat mencuba.


link penganjur: