.

.

Wednesday, February 17, 2010

Terperangkap

last friday nite (12/2/2010) aku n sang suami balik kg sempena cuti panjang Tahun Baru Cina. Kami bertolak lebih kurang dalam pukul 12.30 tghmalam. Kami keluar ke higway utara selatan melalui exit Subang. Erm bertemankan suasana jalanraya yang diterangi lampu2 dari kenderaan yang menggunakan lebuh raya, sesampai jer Sabak Bernam kereta mulai perlahan coz dah jammed. Sang suami apa lagi, mula la rasa stressnya. saper suka kan dalam jammed ni. semua kereta slow moving and sepanjang jalan banyak sangat kereta.

Sampai jer area Tanjung Malim pembantu plus memberitahu akan kebenaran untuk menggunakan laluan kecemasan.

Sang suami apa lagi bersama kereta2 lain menggunakan laluan kecemasan sepertimana yang dibenarkan. nasib baik la laju skit jalannya bila guna laluan kecemasan tue. tapi kene berhati2 la skit walaupun dibenarkan guna laluan kecemasan, tapi masih terdapat kereta yang berhenti di bahu jalan yang mengalami kecemasan.

Kebiasaan balik kg, kami akan singgah untuk Rawat n Rehat (R & R) di Sungai Perak. Kalu hari biasa kami bertolak malam dalam pukul 12 tgh malam, waktu yang tiba di Sungai Perak dalam pukul 2.30 pg atau 3pg camtu la. tapi kali (waktu perayaan) ni kami sampai kat Sg Perak tue dalam pukul 5.15 pagi.

Parking penuh ok kat Sg Perak. Nasib kami baik, coz masih terdapat parking kosong yang sempat kami jumpa.

Aku n sang suami sampai Kg dalam pukul 9.30 pagi.

*********************************************

Perjalanan pulang dari kg ke KL (16/2/2010) lebih aman coz kami belajar dari pengalaman. Aku bertolak dari kg pada pukul 7.45 pg.

Sepanjang perjalanan, kereta makin bertambah bila matahari makin meninggi.

Alhamdulillah kami tiba di KL pada pukul 2 petang, walaupun ader sedikit jer sangkut. Aku terfikir kalu lambat skit jer bertolak dari kampung sure aku juga akan terperangkap dalam jammed. Biasalah kalu waktu2 perayaan ni higway pun boleh jammed.


2 comments:

Farra Dhelina said...

best jgk kan kg jauh2 ni..mcm farra,kg hubby dgn kg farra dekat je..20minit dah sampai.. ;)

mama tisya said...

tu yg tension kalo blk kg time ada perayaan ni..nk tempuh jammed tu yg tk larat tp terpaksa gk...tp sejak2 dh bole agak jem tu time bila so kami pn tukar time nk bertolak tu...alhamdulillah la dh tk merasa jem lama time blk kg...tp CNY aritu kami tk ke mn2..lepak kl je