.

.

Thursday, December 30, 2010

31st Dec - Bukan Cuti Umum Buat Saya

Semua orang gembira dapat cuti esok 31st dec 2010. Cuti yang diberi oleh PM sempena Malaysia berjaya menawan Piala AFF Suzuki buat julung kalinya...

Alhamdulillah dan Tahniah aku ucapkan pada pasukan Malaysia yang berjaya dalam football match smalam menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.

Rasanya demam bola sepak sangat kuat setakat ini. semua blog yang aku kunjungi berceritakan tentang bola sepak Malaysia menang kalahkan Indo.

Aku juga turut bangga bila kat FB masing2 nak buat nama kat jersey Malaysia. Sangat bangga ok! dulu masa world cup, semua org kat fb ader nama pada jersey country yang dorang suka kan! tapi kali ni rata2 buat nama kat jersey Malaysia..aku sangat terasa bangga dan megah dengan pasukan malaysia dan jersey Malaysia!

Alhamdulillah rezeki rakyat Malaysia termasuk aku untuk merasa bangga dan teruja dengan kemenangan bola sepak ini. bukan per sebenarnya rakyat malaysia sangat dambakan perasaan begini aku rasa..sebab tue semua org tanpa mengira ethnic sangat bangga dan teruja apabila kita miliki kemenangan yang tak pernah kita rasai...

Rata-rata ramai yang suka Jumaat 31st Dec 2010 cuti..begitu juga aku..tapi apakan daya cuti aku seperti tiada erti kerana aku kena pg kelas untuk penuhkan ilmu didada sebelum aku keluar di dunia yang sebenar untuk menyampaikan ilmu pula

Sebenarnya esok aku kena bawak sang suami pg hospital untuk rawatan dier selanjutnya dan mendapatkan laporan rawatan kesihatannya semenjak dier accident.

Malangnyer isterimu tidak dapat menemani mu wahai sang suami coz aku kene hadir ke kelas. kelas ni tak boleh skip coz kalau aku skip lagi sure aku terlepas banyak ilmu yang tak dpaat diulang lagi!

Sang suami membenarkan aku ke kelas..aku bersyukur sangat dapat suami sepertinya, tetapi diriku sangat tak sampai hati membiarkan dirinya dalam keadaan tak sihat ditinggalkan. nasib baik aku masih di rumah ibu mertua ku di mana dapat juga dier tgkkan sang suami (anaknya) ini. sekurangnya makan minum suamiku terjaga.

aku harap kelas esok habis awal dan aku boleh pulang ke rumah untuk mendapatkan sang suami dan membawanyer ker hospital..

Ahmad Bakri, segala terdaya kudrat ku ini, akan ku lakukan yang terbaik untukmu dengan seikhlas hati. cukuplah kasih sayang dan cintamu yang kau curahkan kepadaku..aku tidak dambakan yang lain kecuali dirimu dan cintamu yang ikhlas..

aku hanya mendoakan suamiku cepat sembuh agar kami boleh kembali kepada kehidupan sediakala. moga Allah makbulkan doakan agar suamiku cepat sembuh! aminnn..=)

1 comment:

Farra Dhelina said...

ya allh yang..sorry baru baca..smg ahubby u lekas sembuh ye..sbar taw