.

.

Sunday, December 12, 2010

Kenapa Org Pandang Rendah Pada Yang KECIL?

pengalaman ku bukan sekali dua..tapi berkali2…

setiap kali aku nak isi minyak pasti RON 97 menjadi pilihan ku..bukan aku kaya untuk isi minyak mahal tapi kereta aku lebih jimat dengan memakai RON 97 dari RON 95.

Aku dah buat ujikaji kalau aku isi minyak RON 95 untuk ulang alik dari rumahku Kinrara ke Putrajaya (since memula ron 95 dikenalkan semasa aku bekerja di Putrajaya dulu)sebanyak RM45 untuk seminggu. Tetapi bila aku guna RON 97 hanya RM30 sahaja seminggu and siap jejalan di waktu lunch lagi.

so sampai la arini aku masih menggunakan RON 97 walaupun harga dier dah naik dari RM2.05 kepada RM2.30…

biasanya aku ke stesen minyak, selalu jer kene tegur…

contohnya

"kak..ni minyak RON 97 tau!’

“Kak, pam ni untuk RON 97 sahaja!”

“Kalau nak isi minyak kuning tak payah la nak berhenti kat pam yang ader hijau’

“Eh akak nak isi RON 97 ker?”

Mentang la aku bawak BOBI a.k.a Viva jer…semua org ingat aku ni tak mampu…kereta kecil cam aku bawak ni tak layak ker nak pakai minyak RON 97?

Hissshhhh..sepatutnya org2 petrol pam tue patut suka la kalau banyak org yang macam aku ni coz boleh kasi dorang untung!

Tapi biasalah manusia kan…suka pandang yang besar itu kaya! yang besar itu berduit! yang besar itu perlu dipandang tinggi!….aku tak cakap semua manusia tapi ader segelitir golongan sebegini….

Walaupun aku kecil, sekurangnyer aku tak pening nak fikirkan maintainance yang tinggi, service yang mahal, minyak yang banyak perlu diisi..

Biar kecil asalkan hati senang…! =)

No comments: