.

.

Friday, January 29, 2010

Lepas Geram

Tujuan utama aku buat blog ni tuk daily aktiviti aku, tuk aku lepas geram, ketidakpuasan hati dan segala suka duka aku tuk dipatrikan dalam blog ni. Tetapi kini tidak lagi, kerana dengan blog juga org boleh kene saman, kene tahan, kene hukum, bergaduh dan membunuh. jadi penulisan Blog ini juga ada batasan dan hadnya.

Sometime segala ketidakpuasan hati kita hanya kita jer yang tahu n simpan. tak semestinya kita bgtau semua org. ader sesetengah perasaan, yang tak patut sesiapa tahu. Maka blog la tempat kita coretkan, luahkan dan simpankan segala rahsia hati.

Sekarang aku dah rasa tak best plak sebab nak kene had kan emosi aku. kekadang kita tak boleh nak luahkan emosi kita pada org lain, sekurangnya kita bleh lepaskan geram kat blog. tapi ni kene hadkan pula segala perasaan marah, stress dan benci kita kat blog ni. erhhggg kat mana lagi aku nak luahkan semua ni. coz semua tempat perlu ader limitnya!!!!

stress bertambah +++++++...bila nak kurang ni?


Thursday, January 28, 2010

She was 5 month


pejam celik pejam celik, my Celambak dah 5 month last couple of day. kejapnyer rasa...cepat besar yer sayang..maksu tak sabar nak belikan Dina, baby girl dress yang cute2. erm can't wait to see who u r to be next...

Maksu sayang Irdina


Tak Sedap Hati

Hari ni agak spoiled untuk aku. pepagi dah ader prob..erghh nasib baik boleh masuk opis. Biasalah kalu dah jumpa POLIS..sure ader jer kesalahan yang dier jumpa. tapi memang aku akui ader a bit salah yang aku lakukan. tapi kesalahan yang dilakukan bukan satu kesalahan pun. Bagi dorg kot aku salah, tapi bagi ku ia tak salah pun. so let's my heart cool 1st then baru aku bleh bekerja dengan baik..(mengeluh panjang bila urusan tak settle)

I wish everything will be settle by today...


Tuesday, January 26, 2010

Folic Acid + Vitamin C + Vitamin B Complex

Folic Acid

Vitamin C

Vitamin B Complex
Kebiasaannya kalu sesapa yang disahkan preggy sure ini lah antara suplimentary pil yang kene amik. Tetapi walaupun masih belum preggy pil2 ini juga boleh di ambil dan disarankan untuk mengambilnya especially yang merancang keluarga. Bagi kes aku pula, juga turut di sarankan untuk mengambil nyer walaupun masih belum preggy dan ini antara salah satu usaha untuk mendapatkan baby yang sihat dan sempurna.


Hi-tea at Shihlin, Subang Parade

Satu FIL aku ni suka sangat kalau makan makanan Taiwan ni. Last sunday we're decided to have hi-tea at Shihlin Subang Parade. We're reached at SP around 4.30pm and that was a nice time for having hi-tea. Shihlin Taiwan Streets Sneaks (HALAL), that is the name of Taiwan's restaurant.

So sesampai jer kat sana kami memilih untuk makan Tempura Seafood, Mee Sua and XXL Chicken dan minum Soya Bean. itu jer pun yang ader kat sana. tak banyak pilihan sangat tapi sangat menarik n sedap.

for those who love to try a new recepies you r welcome to Shihlin. Restaurant ni ader di Subang Parade, OU dan Jusco Bukit Tinggi. itu jer yang aku dan FIL jumpa. tak tau lah kalu tempat lain pun ader.



ini baki dari 3/4 ayam yang habis di NGAP..besar tak kalu 1/4 ayam besar ni?



Mee Sua

Soya Bean minum dalam botol jer


ini chicken yang kurang HOT..

ni Tapau untuk My 2nd SIL

Bila dah kenyang..

My nieces


Monday, January 25, 2010

Shopping Barang Keperluan : RM1k +++ at Hypermarket

last saturday aku n SIL aku bershopping barang2 dapur kat satu Hypermaket ni. biasalah beli barang2 dapur, toiletries, barang keperluan rumah dan SUSU si kecik anak buah aku tue. Aku rasa dalam troli yang hampir penuh tue takder la banyak sangat kot kene bayar. paling mahal pun RM500+++. sampai jer kat kaunter nak bayar..tetiba aku terbeliak mata bila tgk RM1170+++..biar betul ni! berpinau mata sang suami..dengan muka terpaksa membayarnyer.. Dasyat kan!

ni la 1st time aku shopping barang keperluan dengan amount yang banyak. tapi bila tgk barang2 yang dibeli memang tak percaya ia berharga RM1k...aku, SIL and sang suami tak puas hati lah dengan harga yang di charge nyer. kitaorg check semua barang dengan resit pembelian kat redeem counter tue. rupanya ader barang2 yang dia gantung harga lain n punch kat counter rege lain..huhuhuhu..patut lah ini jadinya....

Pesanan Penaja : Pastikan perhatikan bebetul harga pada barang yang anda ambil sebelum membayarnya. =(



Friday, January 22, 2010

Shopping : Bring Your Own Plastik Bag

Erm last weekend aku n sang suami pg beli barang2 dapur kat MYDIN USJ. biasanya barang2 dapur ni destinasi kitaorg TESCO dan MYDIN USJ jer lah coz harga dier murah n banyak pilihan.

Bila troli dah penuh ngan barang2 yang telah di listkan maka kami pun beratur di kaunter pembayaran. so ngah check barang2 dalam list dengan barang yang ader dalam troli tue tetiba sang suami tunjukkan aku satu sign kat kaunter tue. " PLASTIK BAG = 20 sen, kami menyokong kempen Alam Sekitar" (lebih kurang camni la tulisnyer).

Huh ..kene beli plastik bag la camni. ok la adu n sang suami pun decide beli satu jer plastick bag tue. so segala ayam, ikan, daging, udang, sotong dan barang kering yang lain kami masukkan dalam satu plastik bag yang agak nipis n besar skit jer la pun. Yerkkk...barang2 lain yang tak muat biar jer dalam troli tue..

biasalah kan barang basah n barang kering masuk dalm satu bag, apa yang terjadi??? sure berbau satu plastik..hish aku pun satu tak terpikir benda tue awal2..coz ingat kejap jer la kan coz trus balik umah. (time tue rasa sengal plak aku ni) tapi nasib baik yang masuk dalam plastik bag tue hanyalah barang kering macam susu tin, benda2 yang tak lekat bau la.. yang lain togel jer masuk keter.

Di sini aku dengan sekeras-kerasnya membantah penjualan plastik sebegini. bagi aku kat Malaysia masih kurang praktikal la untuk Hypermarket camtue coz kat sana kita akan beli barang2 basah n berdarah like ayam, udang sotong n etc n memerlukan bag plastick. kalu nak bawa beg plastick sendiri sah2 tak bleh bawa masuk n kene tinggal kat kaunter simpanan barang. tul tak?

Kat IKEA, concept ni dah dibuat tapi ia adalah praktikal coz kat sana tiada barang basah macam ikan, daging n sebagainya. di IKEA hanya sekadar barang kering yang kita masih boleh carry bawa balik.

Erm pasni kita tgklah Hypermarket mana lagi yang akan buat konsep2 ini. so sekarang terpaksa kita membeli plastic bag untuk membeli barang2 keperluan. di saat2 ekonomi yang masih belum baik ini kita terpaksa lebihkan perbelanjaan kita untuk kemudahan keperluan...ERGGGHHHH....


Target of Friday =)

Hari ni aku nak bekerja sehabis baik
nak siapkan segala kerja
nak jadi pekerja yang terbaik dalam menyiapkan kerja nyer
tak nak kuar lunch coz nak layan FB (waktu opis hour tak dibenarkan layan)
sesapa yang layan FB waktu tue jom sesama layan
nak pastikan matlamat jumaat aku berjaya
nak balik awal coz nak siapkan kek
tentukan bahawa HARI JUMAAT milik aku sepenuhnya.

=)





Thursday, January 21, 2010

Korang Berhati-hati terima SMS

Sebenarnya entry ni aku buat sebab aku terima email ni dari sang suami soh aku berjaga-jaga terima SMS. aku terpanggil untuk membuat entry ni untuk berkongsi maklumat disamping mengingatkan semua blogger or pembaca entry ni aware dengan setiap sms yang diterima daripada unknown ni..

email yang diterima;

BE AWARE OF THIS NO 012-4928392

Hi guys and girls, Below was the content taken out from my friend's brother's email, this was what happened to him this morning so everyone of us be careful when receive any SMS from stranger.

Today morning, while I still sleeping, I heard my hand phone SMS tone ringing. Then I open my eye and c, got a sms from number 012-4928392 send me a sms with content :'Long time no see already, how are you now?'.

First when I saw this SMS I thought it maybe from my old friend... then i reply:'Fine how are u'

Then at 10:30 i receive a message from the same number and the content shocked me:'Anda telah memilih untuk mengaktifkan perkidmatan kami, cas sebanyak Rm10/mingguan akan dikenakan sebagai yuran perkidmatan.

Untuk membatalkan perkhidmatan, sila SMS FINE OFF kepada number 333431 and sebanyak RM20 dikenakan untuk setiap sesi pembatalan.'

I quickly check my balance and c.... my account had already being subtracted RM15 Just now I email Maxis to report the case and asked maxis to trace this number, and Maxis said will give me the report by tomorrow. &am p;nb sp;

so guys..berhati-hati lah yer. nasihat ni tuk aku dan korang semua.


Tips Penjimatan Minyak Kereta..pengalaman sendiri


Ini aku nak cerita skit pasal tips2 nak jimat minyak nieyh..ini penceritaan untuk ke opis selama seminggu

selalunya aku ke opis lebih kurang 19km dari rumah dan akan mengisi minyak RON 95 pada hari ahad malam RM 30 dan petang khamis berikutnya RM30 untuk perjalanan ulang alik ke opis + merayau sepanjang 5 hari bekerja. dan pada hari sabtu ahad tue kalu setakat balik umah mom in law memang cukup la RM60 seminggu.

tetapi

bermula 2 minggu lepas aku mengisi minyak RON 97 sebanyak RM30 pada ahad malam, si BOBI (kereta aku) ni mampu ulang alik opis + merayau ditengahari + merayau dipetang hari mencari dinner with sang suami selama sehingga hari Jumaat. Pada hari sabtu pula masih mampu untuk ke rumah my MIL. ermm..jimat tak?

sebenarnya aku terdengar juga cerita-ceriti pasal minyak RON 97 ni walaupun mahal sedikit tapi menjimatkan. tambah plak pada mereka2 yang sekadar ulang alik ke opis jer. Minyak RON 97 ni memang lebih baik berbanding RON 95. Hakikatnya lebih tinggi RON (Research Octane Number), semakin kurang asap eksoz,dan kurang bunyi, performancenya juga lebih baik. itu yang aku tahu la..paperpun korang semua boleh la mencuba kalu nak tahu prestasinya.




Wednesday, January 20, 2010

Errggghhhh...Bz nyer

Bz weh arini...tak sempat nak buat entry pepanjang. sangat bz after meeting semalam n kene setlekan banyak menda..workload ...kerja kerja kerja


Tuesday, January 19, 2010

Port Dickson Ader Buaya????

Entry ni bukan tuk takut-takut kan korang. Sebenarnya aku tertanya2 akan kebenaran email fowarded by my SIL tentang ni. and aku juga pasti my sil pun dapat dari kawan dier pasal email ni. Yang pasti aku pun tak tahu siapa yang punya cerita dan empunya email sebenar.

tapi kalu betul perkara ni terjadi memang seram jugak la. So paperhal pun aku masih belum mendapat sebarang kesahihan tentang perkara ni.

Email yang diterima menceritakan begini,

Kawan aku bersama keluarganya pergi menghabiskan cuti persekolahan di Corus Paradise Rasort Port Dickson hari Sabtu lepas, pada petang itu dia bersama dengan anak perempuannya mandi manda ditepi pantai berdekatan resort, ketika sedang mandi tiba tiba kakinya seakan digigit sesuatu dan menariknya ke laut. Beliau melepaskan anaknya dari pelukan sambil menjerit meminta tolong. dan anak tersebut sempat diambil oleh ibu kawan aku itu.Dengan pantas seorang lelaki pergi mendapatkan kawan aku nih yg terus dibawa kelaut. Dalam keadaan cemas itu, lelaki tersebut terus menarik kawan aku itu dengan kuat, kemudian dia sempat melihat apa yg telah menarik kaki kawan aku itu...seekor BUAYA!!....

Kawan aku terus dibawa ke klinik (tidak ke hospital port dickson kerana gak jauh dan kakinya mengalami pendarahan teruk) selepas itu kawan aku terus dibawa balik Hospital Melaka. Di hospital Melaka beliau dimasukkan ke ICU. Sekarang keadaan kaki beliau agak serius kerana urat kaki byk yg putus dan jari2nya tidak dapat digerakkan. Persoalannya disini...macamana buaya boleh ada ditepi pantai, kalau seorang dewasa boleh ditarik kelaut, apa cerita pulak kalau budak2?? bila aku dapat tau cerita ini..hati jadi kecut untuk mandi manda di pantai port dickson.. Ada sesiapa lagi yg tahu cerita ini? Dengarnya perkara BUAYA bukan perkara baru di pantai Port Dickson..kenapa perkara2 ini perlu disembunyikan??







Progress Diet = - 0.5 KG

Progress so far alhamdulillah. macam ader skit perubahan. aku baru timbang dah 0.5 kg turun. tapi aku kene bertahan dengan diet aku tue. kalu terlebih makan jer memang la naik. aku plak yang jenis manusia cepat turun dan cepat naik berat badan. kalu aku kurang makan jer surut la skit badan ni..kalu surut skit n aku makan banyak berat naik pun lagi banyak dari yang surut. heheheh. tapi yang penting maintainkan corak pemakanan n diet yang seimbang.

pssstt..last weekend kaw2 aku makan. sabtu = lunch - makan nasi berlauk, dinner - nasi ayam, ahad= lunch - nasi 2 pinggan, dinner - burger super KING. (ngeri weh bila ingat semula apa yang aku makan)

Harap aku berjaya kali ni dalam merialisasikan IMPIAN ANGGUN..hehhehe

Monday, January 18, 2010

Who have Samsung Corby?


Samsung Corby, handphone idamanku buat masa ni.

Last saturday, agak petang juga la setelah aku berasa sihat sikit, adik lelaki ku ajak aku n sang suami temankan n pilihkan dier untuk beli handphone baru.. wah adikku sudah masyuk. Kalu tak dulu..mesti soh aku top-upkan kalu dier nak beli handphone. adik punya pasal, sure la kakak dier yang pantang dipujuk ni cair and menambah sedikit sebanyak tuk dier beli handphone. tapi sekarang ni dier dah kerja, and ngan tink* tonk* fikir nak further study ker tak ke UK tue. (kalu aku takder nak lepas peluang belajar kat Netherland betul ker ejaan ni tue). Sebenarnya tak faham la adik aku tue...sepatutnya kene fly last September tapi tangguh sampai next March. and now dier cakap nak sambung dalam negara jer..ntah apa difikirnya pun tak tau..ergh adik aku ni.

ok berbalik citer pasal beli handphone. dier nak handphone yang canggih manggih bagai. Ok la aku turutkan jer la coz he have his own money..so aku sajer2 la nak try paw dier plak kot2 dapat..(jangan harap la nak dapat). Ok lokasi yang aku pilih DIGITAL MALL Petaling Jaya. inilah tempat yang aku slalu datang ngan sang suami kalu nak beli barang2 laptop or handphone. for those who love gadget, this better place to avoid from crowd than Low Yat.

sesampai kat sana, kitaorg pun melilau mata mencari fon yang the best. Huiy banyak nyer fon, pilih n tgk poket la berapa banyak yang mampu. cari punya cari sampai satu kedai fon ni aku penah datang beli n ini kali kedua aku datang dan berjumpa dengan orang yang sama. 1st datang kedai ni masa beli fon my SIL. and dier bagi murah skit la dari semua kedai yang ader kat situ. so 2nd time datang sini dier masih kenal n ingat muka bulatku ini. hehehhehe

deal punya deal, rekemen punya rekemen, aku berjaya pujuk adikku memilih CORBY sebagai pilihan fon yang patut dibeli. and he's agreed with this but 'I want black color'...Sure and I will give u 3 more cover set with diffrent colour - si penjual. melonjak kegembiraan aku apabila 1 of the CORBY set is PINK. hahahhaha ( dalam hati terdetik manatau adik aku bosan n nak beli hp baru, sure dier akan kasi aku juga) kekekeke..ala lelaki, kejap jer ni.. ntah2 tak sampai sebulan nak tukar hp baru tambah plak ader duit sendiri n gaji plak besar.. apa lagi, tukar hp jer la kejernyer..and malam tadi pun dengar2 nak beli BB plak..kekekekek takper memula kejer memang la camtue gayanyer..bagi channnn sama dier.

nasib baik setelah deal and bargain dapatlah kurang almost RM50...kira ok la tue. pastu dapat cover set 3 color, pastu accessori yang lain lagi..erm aku suka sangat HP tue..takper lah adik aku dapat pun macam aku juga dapat coz phone tue almost 24hrs dengan tangan ku. heheheheh aku la manusia yang explored hp tue dulu.. sampai adik aku sendiri jeles (tak guna punya kakak)..kekeke..


Paintball at Sunway Extreme Park

Semestinya seronok kalau dapat peluang bermain paintball percuma di tempat yang best seperti Sunway Extreme Park. Seperti entry sebelum ni, aku dijemput untuk join Samsung Carnival Day at Sunway Extreme Park pada Sabtu 16th Januari 2010 yang lepas.

Mungkin disebabkan aku terlalu riak dengan sang suami coz dier kejer on that day dan aku pula over excited nak bermain paintball dan tak kisah walaupun aku seorang jer yang pg join the carnival. =) Maka nak dijadikan balasan, aku DEMAM and tak dapat juga join..=(. Sang suami melarang sama sekali tuk aku join carnival tue sebab aku memang tak sihat, infact aku lemah longlai jer badan. Instead of demam tue, semangat aku berkobar2 nak join game n carnival tue.

Sebagai seorang isteri yang patuh akan perintah suaminya, maka aku turutkan juahanya atas katil sahaja tempat ku melepak bertemankan ubat-ubat demam yang ada. Siapalah agaknya yang miliki Samsung Corby idamanku itu? Walaupun ia bukanlah handphone yang canggih manggih tapi aku sangat tertarik dengan color and bentuknya yang bagiku sangat feminin. lagipun aku ni bukan jenis kisah sangat nak 3G ker 4G ker GPS ker WiFi ker, semua tue dah ader pada hp sang suami. yang penting bagiku ia bergaya dan trendy...=)

aku yang demam


Friday, January 15, 2010

Ubat Demam yang TIADA

ini kisah ubat yang aku dapat from klinik sengal semalam. balik jer lunch tengahari ini jer, aku trus ke mejaku n bukak handbag cari ubat untuk dimakan mengikut waktu.. bila aku keluarkan semua ubat dari dalam plastik bagnyer hanya ader ubat batuk jer! UWAAAAAAA...aku tertinggal ubat di rumah la ni.

Pagi tadi agak kelam kabut nak pg kejer then grab jer plastik ubat yang ku sangkakan semua ubat dalam plastiknyer. Rupanyer yang ader ubat batuk sahaja. aduhhhh bertambah domam den..





inilah ubatnyer yang aku bawak and the rest tertinggal dirumah




Pregnant Without Married!

aku otw nak pg klinik

Semalam aku off segala blog, FB dan semua yang berkaitan dengan penggunaan PC or laptop. aku juga Off kat opis coz aku demam. so MC la semalam.

dalam tengahari semalam, bila rasa ader kekuatan tuk ke klinik, aku meneruskan hajatku itu. pada mulanya terfikir nak pg ngan sang suami, tapi tak nak lah susahkan dier. lagipun dier kejer and biarkan dier kejer ngan rasa selesa n tenang tanpa susah hati fikirkan aku..=)

sesampai di klinik (tak perlu mentioned nama klinik tuk kebaikkan bersama) yang berhampiran rumahku, aku mula mendaftar coz aku adalah pertama kali ke situ. biasanya aku akan ke klinik lain, tapi ok kan jer lah klinik ni. Semasa aku men register kan diri, clinic assistant tue bgtau Dr. takder and kene tunggu about 20 minutes. Huh! aku dah register baru nak bgtau..Fuhhh relax n sabar ok.

selepas setengah jam menunggu, tetiba nampak seorg lelaki dengan pakaian kemeja n slack yang berwarna plain. dalam benakku, pasti ini Dr, nyer. Tekaan ku tepat sekali. tetiba aku terdengar suara clinic assistant dari kaunter mengambil ubat 'kak..kak..boleh masuk lah skang..masuk ikut pintu 1st tue yer!'

aku terpinga!!!!!!!!!!macam ni ke panggil pesakit tru kaunter ubat? biasanyer kalu kita nak berjumpa Dr. clinic asst tue akan panggil nama pesakit n minta masuk ke bilik Dr. dan menjemput ke bilik Dr dengan penuh rasa hormat. Ini tidak terjerit2 dari corong kaunter ubat minta masuk ke bilik Dr. without calling the patient's name! errggghhh

sesi bertemu DR.
patient : Dr. saya demam la
DR. : ok let's me check ur temp. Malam tadi u ader makan aper2 ubat tak?
patient : tak Dr. coz saya bimbang, kot2 saya preggy coz almost 2 month my period delay
DR : baper lame u dah kawen?
patient : 1 yr
DR : u nak check pregnant tak?
patient : sure
DR : takper arini saya bagi u ubat tuk demam, sakit tekak and batuk. I bagi u ubat yang boleh dimakan kalu u pregnant. Pregnancy test tue u bleh dapatkan kat farmasi.
patient : Huh? (macam ni ker kalu nak check pregnant kat KLINIK?) ok la DR thanks. I will check by myself.

erm aku ngan rasa bengang trus kuar. dalam hati ku berkata..pangkah sudah klinik ni..

about 15 munites tunggu untuk ambil ubat. ya ampun lama betul. bukan nyer ramai pun org ader 3 org jer patient aku lah org pertama sesi petang tue. macam biasa clinic assistant tue panggil aku..'Kak ini ubat akak!' tak der protokol betul la minah ni.. panggil la nama. nasib baik aku asyik memandang kaunter ubat tue coz tak sabar nak blah dari situ.

sesi mengambil ubat
Clinic asst : Akak ni MC tuk arini, ini ubat demam, batuk n sakit tekak. Dan ini ubat selsema, makan waktu malam jer. semua ubat ni akak boleh makan walaupun akak mengandung. Akak tengah mengandungkan!
Patient : Ntah la dik akak check aritu blum lagi.. (sambil membayar kos perubatan)
Clinic Asst : Dr. kata akak mengandung!
Patient : Huh!!!! takder la
Clinic Asst : Akak ni dah kawen blum?
Patient : Dik, akak dah kawen la. tak tengok ker kat borang register tadi? (what do u aspect about me? preggy without married? Bodoh!!)
Clinic Asst : yer ker nampak muda jer akak ni..
Patient : (aku hanya mampu tersenyum dalam marah)


Ergggghhhh....apa lah klinik ni..




Wednesday, January 13, 2010

AKU JELES

Aku membelek majalah HARMONI ni. Colleaggue aku kasi tuk tatapan di kala bosan bekerja. tetiba sampai satu page ni menceritakan yang si DINAS dah preggy for 2nd baby. Ya Allah hanya tuhan sahaja yang tahu dalam hati ku ini betapa jelesnyer aku tgk.

Tetiba sayu jer aku rasa...hukhukhuk =(

Hatiku berkata, masih belum ader rezeki, banyakkan berdoa dan bersabar yer reflisia. InsyaAllah kalu ader rezeki pasti ia milik kamu.

'Ya Allah ya Tuhanku, Kau murahkanlah rezeki aku dengan kurniakan anak2 yang sihat dan sempurna. Aminn'


Bila Hati Sang Suami Remuk

Semalam after dinner, aku bz nak baked cupcakes tempahan untuk hantaran pengantin baru. Dalam kesibukkan aku nak mengayak tepung, tetiba terdengar teriakkan suara 'NOOOOO ' sang suami dari tingkat atas rumah ku.

aku hanya tertanya2 kenapa dalam hatiku. erm rasa tidak sedap hati menyelubungi diri dan aku meluru ke tingkat atas tuk pastikan apa yang terjadi.

sampai jer aku di muka pintu bilikku, kelihatan sang suami dengan muka sedih sambil menunjukkan ke arah jam tangan kesayangannya. kelihatan Jam Tangan nyer remuk..alahai suamiku. kesian + kelakar pun ader bila melihat riak wajahnyer. jam tue merupakan pemberianku tuk birthday dier yang ke 26. katanyer betapa sayang n suka pada jam tersebut...

sebenarnya jam tue pecah sebab kene hempap dengan TV. hahah. Sang suami nak alihkan TV ke tempat lain n tak perasan jam tue ader kat tempat nak letak TV tue. bila terdengar seperti sesuatu pecah, pabila dilihatnya JAM TANGAN nya yang pecah..

mahal wooo jam tue aku beli. tapi takper lah, lepas ni aku kene cari jam baru untuk dier supaya dier gembira kembali.

cuba perhatikan jam tangan di tangan suamiku..itu lah yang remuk.

pict yang jelas tak upload lagi..later k..




Monday, January 11, 2010

Nuffnang Invitation..OMG Paintball

lama weh tak main paintball. sebenarnya kemaruk gak, tapi takder masa bz ngan benda lain. when planning to arrange for this game, ader jer benda lain yang datang. tapi kali ni aku harap tidak lagi lah coz aku dapat main paintball secara percuma wehh kat SUNWAY EXTREME PARK..hehehhehe n malang nyer sang suami kerja.so aku pg sesorang nampaknyer.

sebenarnya alkisah aku dapat invitation from Nuffnang tuk ker Samsung Carnival Day. tak sangka beribu pernyertaan, aku antara yang dapat invitation ke sana. weeee..entry aku takder la best sangat aku rasa, tapi menarik kot..tak sangka n tak sabar nak tembak menembak ni..n aku nak bawa pallet PINK la hehhehe. so for others blogger yang dapat invitation ni kita jumpa kat sana k. =)




Weee..Ice Cream MILO


Wuii pastinya malam tadi ramai jer yang melepak depan TV and tgk Anugerah Juara Lagu (AJL). aku lah antaranya. lepak sambil makan ais krim nestle MILO..sedar tak sedar abis aiskrim tue satu bekas. imagine, aku makan ais krim tue 3/4 dari bekas milo yang besar tue..fuhhh mana janjiku n nekad ku untuk kurus ni? =)

tapi takper, bak kata Myra, weekend jer kita makan weekdays kita tak makan..heheheh harap2 takder la effect sangat makan ais krim tue..

sebenarnya aku citer pasal AJL semalam. sebenarnya bagi aku lah kan sepanjang 24 tahun AJL acececece macam la sepanjang AJL tue aku tgk..maksud aku, sepanjang AJL 24tahun, aku rasa ni la kali pertama kot aku tgk AJL happening abis..

mana tak nyer semua persembahan ader prop, ader cerita tersendiri yang sangat menarik perhatian org nak tgk. yang paling aku suka bunkface..

Yuna juga not bad and her make up cantik sangat, when she's combined yellow n purple pink..sweet and stylo..

Macam biasa Faizal tahir memang beraksi dengan superbnya la tetiba di akhir persembahan keluar plak SHILA yang chummel tue..
Tapi yang paling best Faizal, Cheryl dan Ally..sangat best oke dorang nyer kelakar..I love u guys, HOST yang sangat bagus

paperpun tahniah to Aizat dengan kemenangan nyer menjulang Augerah Juara Lagu yang ke 24. Kita nantikan juara lagu yang ke suku abad (25) nanti


Senarai penuh pemenang Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL 24) 2010 =D

Juara Lagu (RM 35000) – Aizat – Pergi (Komposer/Penulis lirik: Pete Teo)

Naib Juara (RM 15000) – Yuna – Dan Sebenarnya (Komposer/Penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)

Tempat Ketiga (RM 12000) – Faizal Tahir – Bencinta (Komposer : Audi Mok, Penulis lirik : Faizal Tahir)

Persembahan Terbaik (RM 10000) – Aizat – Kau Aku

Vokal Terbaik (RM 10000) – Black -Aku Rindu Sayang Kamu (Komposer/Penulis lirik: Yuzai)