.

.

Wednesday, February 24, 2010

Our 2nd Year Honeymoon

Alhamdulillah dah masuk tahun kedua aku dan sang suami mendirikan rumah tangga. esok merupakan honeymoon kami yang ketiga. =)

Lokasi kali ini ialah Bandung. Semua org tanya kenapa tak pilih Bali? tujuan asal pg ke bandung adalah untuk berbulan madu dan bershopping moping. so aku pilih Bandung coz tempat yang best tuk shopping.

Fligth aku sok 25hb Feb dalam tghari dan pulang ke Masia pada hari Isnin 1 Mac. aku harap sangat perjalanan ku ke sana dengan selamat dan juga pulang dengan selamat. semoga bulan madu kami kali ni menambahkan lagi seri rumahtangga kami. Amin


Wajah baru

Lama tak tukar penampilan. mesti dah muak kan bila beraksi dengan penampilan yang sama jer!. kali ni aku wajahkan blog aku ngan Cinta aku n sang suami. Moga blog aku ni menjadi diari hatiku selamanya.



Tuesday, February 23, 2010

Fly to Pakistan

she's fly away

Bestkan kalu dapat berjalan2 ke negara orang ni. Itulah namanyer rezeki memasing. kat opis aku last friday (12.2.2010), kitaorg buat farewell kat seorg staff yang akan terbang to Pakistan. Dia amik cuti tanpa gaji pegi sana. bukan untuk sukaria ok!..tapi ikut suaminya yang kene bertugas di luar negara.

tuah badan dapat ikut suami ke sana. dengar khabar dalam 3 tahun kot. pasti ramai staff opis ni, akan merinduinya dan masakannya. kalau hari jumaat, pantry opis pasti berasap dah berbau sedap dek masakan kakak ni. dier lah ibarat seorang ibu di sini yang menjaga anak2nya..hehhehe we will miss u Kak Yah!

menu farewell kali ni nasi beriani Pakistan..hehehhe

aku yang sempat berposing b4 majlis



Monday, February 22, 2010

Batu Pahat, Perlis

Survival Village

antara haiwan yang ada kat sini.

hari peristiwa ini, pada 15th feb 2010. aku and family planning memula nak mandi manda kat Gua Kelam Perlis, but mak aku suggest melawat Taman Ular Sg. Batu Pahat, Perlis coz musim kemarau Gua Kelam takder air. (batu pahat bukan sahaja kat Johor tau, Perlis pun ader)

untuk pengetahuan korang Gua Kelam ni adalah suatu tempat perlancongan yang terdapat di Kaki Bukit, Perlis. kat sana terdapat sebuah gua yang boleh kita lewati sehingga menembusi bukit tersebut. so sesiapa yang tidak pernah menembusi sesebuah gua, di sana merupakan tempat yang paling sesuai untuk menikmati pengalaman yang pertama dan menarik. kat sana juga ader sungai yang boleh mandi manda dan boleh berpiknik.

Oleh kerana dengar cakap mak aku, maka kami (aku n family) decided tuk ke Taman Ular dan Padang Besar. sebenarnya antara binatang yang aku geli dan takut untuk dilihat ialah ULAR..eeeee tapi aku gagahi juga la coz dah sampai n kene ikut laluan pameran ular..so telan air liur jer la..(gulp)
lepas jer part tgk2 ular ni aku kembali normal..hhehehehe. Kat sini nama jer taman ular tapi ader juga binatang lain seperti pict kat atas tue..sorry gambar ular takder coz aku tak sanggup nak snap pict dorang sebab banyak sangat..(sorry yer walau raja2 ular sekalian).
keluasan taman ular ni takder la besar sangat dalam 30 minit dah bleh cover satu taman ni coz tak banyak sangat koleksinyer. masuk pun murah jer. dewasa RM4 n kanak2 RM1. so takder la rasa ralat sangat masuk tempat ni. sekadar beriadah dan mengeratkan silaturrahim ok la tue..hehehhehe

ok, perjalanan yang bertambah seronok bila nak pg heaven of shopping. Huuu...Padang Besar babe, saper tak tau? hehehhe !@#%6*(#) dalam kepala hotak ni fikir shopping jer.

Sesampai kat sana, terkejut aku!sangat ramai org nak ke sana. parking pun susah satu hal dan yang paling worst adalah PANAS TERIK bila kami samapi dalam pukul 2.15ptg. aku dan family redahkan juga and nasib baik parking tak jauh sangat.

rambang mata la...mana satu nak beli ni? macam2 ader. harga ader murah ader mahal. biasalah kalu dah cuti sekolah n musim perayaan semua tempat mahal termasuklah kat sini juga. tapi kena pandai tawar menawar ni. aku bertuah kerana my mom ader kat sebelah n dia memang arif dok tawar menawar.

aper aku beli eak? heheheh mesti tak di sangka kan? aku beli periuk kukus, jam Ben 10(untuk anak buah) dan junk food serba sikit tuk buah tangan family kat KL.


my soulmate

my lovely sis (adik aku baru form2)

my All (mom n dad)




Sunday, February 21, 2010

Perubahanku




Honeymoon Checklist

dah lama tak bercuti kecuali latest balik Kg.

InsyaAllah we will fly to Bandung next week for 5 days and 4 nite..Weeehhoooo. seronoknyer dapat pg vacation ni. almaklumlah last year time cuti banyak tak berpeluang nak bercuti coz sang suami kene kejer. so skang lah baru dapat gunakan hadiah anniversary ni.

so our next honeymoon is to Bandung, Indonesia.

Honeymoon Checklist:

1. Fligth Ticket ~ checked
2. Passport ~ checked
3. Hotel ~ checked
4. Transport and tour guide ~ checked
5. Money exchange ~ checked
6. Lugage ~ under progress
7. Approval to oversea ~ approved by Big Boss (yeay dah approved)
8. ?
9. ?
10. ?

Alhamdulillah semua yang penting dah settle. now fikirkan lagi apa yang perlu lagi. semoga perjalanan kami pergi dan balik dengan selamat. amin

Friday, February 19, 2010

EL lagi

Hari ini aku EL tuk kali pertama di tahun 2010.

bukan sengaja tak nak pergi kerja, tapi ader urgent matter yang perlu settle down. Aku bangun seawal pagi tuk settle all this thing and end up tak settle jugak!

hurgghh! rasa rugi pun ader, tak masuk kejer.. tapi mungkin ader hikmah disebaliknya. This thing has to continue by tomorrow. Hope everything under control and settle by t'row...Aminn


Thursday, February 18, 2010

Cuaca Panas di Utara a.k.a Kemarau

sila abaikan pict aku ini, sebenarnya cuaca yang aku tekankan disini. pict aku ni ader cerita tersendiri. nantikan entry seterusnya untuk cerita pict ni.

musim kering a.k.a kemarau


Ini rentetan cerita balik kg. Last CNY kan aku balik kg. and tak sangka sangat panas kat sana. kata mak aku skang ni kat Kedah musim kemarau. hujan dah hampir 2 bulan tak turun. Memang panas pun. suhu panas kat Kedah cecah 37.4 C.
huh! kat kg aku asyik minum air jer lah. mak aku plak asyik buat air tembikai jer plak tue..apa lagi bertambah suka la aku n sang suami
( off topic- tembikai kat Kedah 4 biji RM2 giler murah)



Air Tangan Sang Suami

Inilah kari ayam yang sang suami masak untukku berbuka puasa.

Semalam aku berpuasa sunat. so sepanjang perjalanan pulang ke rumah terfikirkan apa nak dimasak.

Sesampai jer di rumah, tgk kat dapur dan masak nasi, kari ayam and hati ayam goreng. Kata sang suami ni jer yang ader dalam peti sejuk, so abang masak ni jer lah.

Aku berbuka puasa dengan selera sekali sebab lately ni sang suami malas masak so jarang lah nak makan hasil tangannya . sangat sedap kari ini, sampai aku rasa aku pun tak bleh masak setanding ini.

Thanks darling..

Wednesday, February 17, 2010

Terperangkap

last friday nite (12/2/2010) aku n sang suami balik kg sempena cuti panjang Tahun Baru Cina. Kami bertolak lebih kurang dalam pukul 12.30 tghmalam. Kami keluar ke higway utara selatan melalui exit Subang. Erm bertemankan suasana jalanraya yang diterangi lampu2 dari kenderaan yang menggunakan lebuh raya, sesampai jer Sabak Bernam kereta mulai perlahan coz dah jammed. Sang suami apa lagi, mula la rasa stressnya. saper suka kan dalam jammed ni. semua kereta slow moving and sepanjang jalan banyak sangat kereta.

Sampai jer area Tanjung Malim pembantu plus memberitahu akan kebenaran untuk menggunakan laluan kecemasan.

Sang suami apa lagi bersama kereta2 lain menggunakan laluan kecemasan sepertimana yang dibenarkan. nasib baik la laju skit jalannya bila guna laluan kecemasan tue. tapi kene berhati2 la skit walaupun dibenarkan guna laluan kecemasan, tapi masih terdapat kereta yang berhenti di bahu jalan yang mengalami kecemasan.

Kebiasaan balik kg, kami akan singgah untuk Rawat n Rehat (R & R) di Sungai Perak. Kalu hari biasa kami bertolak malam dalam pukul 12 tgh malam, waktu yang tiba di Sungai Perak dalam pukul 2.30 pg atau 3pg camtu la. tapi kali (waktu perayaan) ni kami sampai kat Sg Perak tue dalam pukul 5.15 pagi.

Parking penuh ok kat Sg Perak. Nasib kami baik, coz masih terdapat parking kosong yang sempat kami jumpa.

Aku n sang suami sampai Kg dalam pukul 9.30 pagi.

*********************************************

Perjalanan pulang dari kg ke KL (16/2/2010) lebih aman coz kami belajar dari pengalaman. Aku bertolak dari kg pada pukul 7.45 pg.

Sepanjang perjalanan, kereta makin bertambah bila matahari makin meninggi.

Alhamdulillah kami tiba di KL pada pukul 2 petang, walaupun ader sedikit jer sangkut. Aku terfikir kalu lambat skit jer bertolak dari kampung sure aku juga akan terperangkap dalam jammed. Biasalah kalu waktu2 perayaan ni higway pun boleh jammed.


Tuesday, February 16, 2010

Happy Chinness New Year

Selamat tahun Baru Cina to all Malysians who celebrate this Chinness New Year. May this celebration giving us more prosperity and wealthy. Gong Xi Fa Chai!


Thursday, February 11, 2010

Why I like it longer?


Why I like it longer?
1 question but I have too many answer


Bila ku sebut LG Chocolate ni BL40,
terasa seperti aku sedang makan chocolate,
yummy..memang tak jemu bagiku yang peminat Chocolate ni


Sentuhan jariku pada LG Chocolate BL40
bagai aku memegang sekeping note RM10k
begitu berharga kan,
takkan senang untukku lepaskan ke tangan orang lain

Tatapan ku pada LG Chocolate BL 40,
seperti melihat wajah-wajah orang kesayangan ku
kerana di LG Chocolate BL 40 ni tersimpan 1001 wajah
orang kesayanganku.
sudah tentu aku taknak kehilangan LG Chocolate ni
coz aku taknak kehilangan orang yang aku sayang


Tingginyer keyakinanku bersama LG Chocolate BL 40
bagaikan aku lah sang pertiwi yang akan menakluk dunia
aku takkan berasa kekok walaupun mengelilingi dunia
kerana LG Chocolate penuh dengan info dan sebagai guider kepada aku.


aku dan my hubby


Warna warni pada LG Chocolate BL 40
pengubat duka lara dan merebentuk corak kehidupanku,
andai aku keseorangan LG Chocolate BL 40 menyambungkan
aku dengan suamiku seperti aku juga bersama denganya.

Lunak suara mu wahai LG Chocolate BL 40,
terasa seperti aku menonton secara live Konsert Akhir My Star LG,
sebagai seorang kaki concert,
maka aku lebih selesa menghayati concert tanpa crowd
(heaven weh without crowd)


Lenggok tubuhmu LG Chocolate BL 40
fuhhhh! bagaikan model kesukaan ku.
Setiap tahun azam ku ingin mendapatkan body figure seperti model
dan aku tak pernah tertinggal azam itu walaupun setahun

LG Chocolate BL 40 bagaikan fashion pada diriku.
perempuan mana tak suka fashion? fashion is my life
bak kata pepatah
tak lekang dek hujan, tak lapuk dek panas.

why i like it Longer?
because

LG Chocolate BL 40 is My Husband

L is Lelaki ku
G is Gila-gila adalah watak suamiku

Chocolate tue feveret hadiah yang dier selalu bagi untukku
B is Bugs nama panggilan suamiku seluruh alam
L is loving person
40 kali dah sepanjang perkenalan dan perkahwinan kami, dier hadiahkan aku chocolate


Ini semua sebab WhyILikeItLonger. View this page http://www.nuffnang.com.my/s=why+i+like+it+longer and you will find why i like it longer!




Wednesday, February 10, 2010

Wishlist Sang Suami 2010

darling, ready to go

Aku sangat tidak sangka rupa-rupanya sang suami ader wishlist tersendiri. kusangka kan aku jer ader wishlist tuk tahun ni..hahahhaha

So last couple of saturday aku n sang suami merayap lah mencari item in his wishlist. Sampai ke Rawang kitaorg pg nak cari barang yang bakal dibelinya tuk tahun 2010. Sampai la satu kedai ni.. Erm harga nya boleh nego sampai seperti kami mampu dan deals..tapi stock masih takder kat kedai. so kene tunggu sampai stock ader. so maybe akam amik masa dalam 1 hingga 2 minggu baru dapat barang tue.

Sang suami dah tak sabar tuk milikinya. sepanjang perjalanan balik ke rumah sang suami asyik berangan-anga jer tuk milikinya. InsyaAllah ader rezeki ader la tue..

Hish aku nyer wishlist apa pulak?


singgah lunch kat KFC




Bobi Kene Langgar Lagi

hye la BOBI..

kene langgar lagi!

tuk tahun 2010 ni, kali pertama Bobi kene langgar. dugaan di pagi Rabu ni menguji tahap kesabaran ku. kali ni bobi kene langgar kat traffic ligth kat umah aku. dan yang langgar tue plak jiran satu kawasan perumahan. hurgghhh! sian si bobi kene langgar ngan Dinasour (Harier) dah la ala2 kancil keter aku tue..kene plak langgar ngan dinasour! baru jer semalam update bobi tukar tayar...

Nasib baik jiran, and takder la ralat sangat coz dier dah bagi address skali (pelanggar). harap no. fon n add tue betul la. jgn lah pulak aku teraniaya.

Moga aku makin tabah dengan dugaan ini dan harap pengalaman ini mengajar aku utk lebih berhati2 dan control diri aku.

Tuesday, February 9, 2010

Bila Bobi Tukar Kaki

since aku ngan BOBI ni seingat aku tak penah lah lagi dier bertukar kakinya (tayar) sampai lah haus n licin n habis bunga tayar aku guna..ini lah namanyer tak membazir dalam erti kata lain membahayakan diri sendiri. kekeke..

alhamdulillah takder perkara tak di ingini berlaku. So last weekend sang suami bebel n paksa aku pg tukar tayar yang sekian lamanya tertangguh. Cari punya cari kedai tayar, akhirnya kami pg kedai tayar kat Puchong sebelah TESCO Puchong. Sang suami pilih tayar Silverstone tuk si Bobi and tukar ke empat2 sekali.

pasni sang suami tak der la nak risau sangat kalu aku bawak keter coz tayar dah tukar and Bobi dah service. Not bad juga kat situ harganyer 4 biji tayar ni dalam RM440 jer harga yang diberi. ok la kan! tayar pun cantik n besar skit dari tayar lama.




wajahku yang menemani si Bobi

after bab tukar tayar selesai, aku n sang suami mula cari tempat lunch. yer la kan di waktu tghari buta kuar tukar tayar tanpa bekfast then trus la cari lunch. sang suami ajak aku pekena nasi kandar Pelita Puchong yang baru bukak kat sebelah IOI Mall Puchong tue. yaey..nasi..nasi..nasi kandar plak tue...huiiiiii lupakan tentang diet....memang aku lupa time tue and aku makan nasi ngan ghairahnyer macam tak penah jumpa nasi pun. hish mana la nak capai azam kurus ni? takper2 makan jer pastu jgn makan lagi dah...hehehehhe

wajah kekenyangan