.

.

Monday, August 30, 2010

Merdeka Celebration

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Happy Merdeka Day Malaysian. Im proud to be Malaysian.

Di ambang merdeka aku and sang suami dan sang suami friends sambut merdeka kat Berjaya Times Square. Kita org sambut merdeka sambil tgk midnite movie Step Up 3 3D.

1st time aku tgk movie 3D ni..ya ampun best giler...berbaloi kot ticket RM17 per pax ni.

lepas ni rasanya nak layan 3D movie je la kot..hehehehhe..neway merdeka celebration aku sangat best!


Friday, August 27, 2010

Rindu pada yang makin jauh!


Di malam nan indah ni...aku tgk2 semula album raya tahun-tahun lepas....

sambil laptop ku mendendangkan koleksi lagu raya lama dan baru...

aduhhh teringat masa beraya bersama keluarga ku di kampung. Tahun ni merupa tahun bersejarah bagiku setelah 28 tahun aku dihidup dan tahun ke 28 ni aku tak akan beraya bersama keluarga aku sebaliknya aku akan beraya dengan keluarga mertua aku...

1st time ni tak beraya dengan family ku...tapi takper aku balik kg raya ke empat.=)

aku dah kahwin, dah bekeluarga dan aku ader tanggungjawab..

pict tahun 2009..bersama cousin ku..tema hijau purple

masih segar dalam ingatan aku beraya dedulu bersama kengkawan dan cousinku, kitaorg akan berjalan dipagi raya dari satu rumah ke satu rumah..dalam erti kata lain kutip duit raya..seronok nyer kan...happy jer tanpa memikirkan aper2...

pastu kalau dah penat, balik umah n beraya ngan parent memasing plak...then day 2 or 3, kami akan berjumpa dan compare how much dapat seorg..hikhikhik comel jer rasa.

uwaaaaa...rindunya! ia makin jauh n aku takkan dapat kejar..

tahun ni beraya kat KL jer..my hubby turn. sesapa yang tak balik kg meh la beraya kat umah saya yer... <3>

Resepi Mushroom Soup



as promises aku nak bagi resepi mushroom soup...

Bahan-bahan:

100 gm Bawang besar, leek dan celery
50 gm mentega
1 liter air
1 ketul kiub ayam
200 ml Cendawan putih (1 tin)
1 uncang Bouquet garni
½ tsp Garam dan lada sulah
125 ml Whipped cream


Cara penyediaan:

1. Saute/gorengkan bawang besar, leek dan celery yang dihiris ke dalam mentega tanpa menjadi perang
2. Campur ke dalamnya tepung gandum dan masak perlahan tanpa menjadi perang sehingga rupa teksturnya menjadi berpasir.
3. Alihkan dari api, sejukkan sebentar.
4. Dengan perlahan, masukkannya ke dalam stok panas. Kacau hingga mendidih.
5. Tambah ke dalamnya cendawan yang telah dibersihkan dan dihiris atau dicincang, bouquet garni dan perasakan.
6. Renihkan selama 30-40 minit. Buang buih atau kotoran jika perlu
7. Keluarkan bouquet garni. Kisar dengan menggunakan pengisar liquidise.
8. Masukkan semual ke dalam periuk yang bersih dan didihkan semula
9. Sesuaikan rasa dan konsistensi. Akhir sekali masukkan susu,

SELAMAT MENCUBA

Monday, August 23, 2010

Kelas Memasak Lagi


mushroom soup


chicken chop


hidangan sepinggan lengkap



ini kelas masakan yang ke baper ntah..tapi yang pasti minggu kedua puasa...fuhhh dugaan dan makruh jer la coz asyik bau makanan jer..hikhikhik

minggu ni kami masak western food. group aku kene buat chicken chop + mushroom soup. macam kat kedai tak mushroom soup yang aku buat?haaaa skang ni baru aku tau camner nak buat mushroom soup yang sebenar..sebelum ni asyik dok beli instant jer..skang dah tau dah cara yang betul n bertambah sedap tau kalau buat sendiri ni..

chicken chop yang slalu makan ni pun sebenarnya aku dah tau camner nak buat coz sang suami slalu masak..lebih kurang jer pun resepi cuma masa aku beljar ni, dier tak guna breadcrump...kalau ader breadcrump memang lagi ummp la chicken chop aku ni..tapi ini pun sodap di bulan puasa ni..=)

senang jer upanya..sesapa nak resepi nanti aku postkan k kat blog..







Berat dah turun...=)



Pejam celik, pejam celik dah hampir 2 month aku kat UPM ni..

kejap jer rasa kan..dengan kesibukan kelas, berkejaran siapkan segala assignment tak sangka aku 7 minggu berada di UPM.

dah lama sebenarnya tak timbang berat ni...jangan kata timbang berat, nak manjakan diri pun tak sempat. weekend penuh ngan class jer.

memandangkan bulan puasa ni, aku dah kurang sangat la makan..waktu berbuka pun ala kadar coz malam nak kene siapkan assignment, makan pun tak baper nak selera la kan..

sampai satu saat 1 of my class mate tegur aku nampak cam kurus skit...wweeehuuuu seronok kot kalau puji kurus ni..

aku pun teruja nak timbang berat...aku timbang guna penimbang digital my SIL yang sentiasa betul tanpa sebarang ralat..(penimbang dr. la katakan)

berpinau mata melihat berat badan aku..turun 4 kg dalam masa 7 minggu!

wow..so amazing..takyah la aku plan nak ke london weigth management ke, bizzzy body ker or memana tempat kuruskan badan la pendek kata.

sangat terkejut and tak sangka begitu banyak kg yang turun..patut la jeans pun dah loose...heheheheh tapi muka tembam still maintain lagi..=)

Thursday, August 19, 2010

Dapat Markah 0!


1st time dalam hidup kot aku amik exam dapat 0 mark! adooiii harap ini adalah igauan ngeri semata2..

pagi tadi (19.8.10) aku ader exam paper kemahiran manipulatif. tau jer la kan subjek ni memang bukan subjek favorite la.

konsep yang dibelajar adalah elektrik, elektronik, kayu kayan, pertukangan dan enjin...fuhhhh memang aku tak minat.

1st test sebenarnya pagiu tadi. yang diuji adalah bab arus (I), rintangan (R), kuasa (W), voltan (V), dan Fius (F)..masyaAllah aku tak suka pun bab2 ni..tapi aku faham n boleh ingat apa yang diajar.

Sebenarnya takder la susah sangat exam tadi, cuma aku keliru ngan tanda 'K' yang terdapat pada soalan sampai semua jawapan salah coz soalan nye adalah soalan berantai. salah jawapan tuk soklan 1 akan salah jawapannya sampai semua soklan. =( uwaaaaa

aku dapat tau jawapannyer, bila abis exam tue my lecturer bgtau jawapannya. sebab tue aku dapat tau yang aku bakal dapat 0 mark. unless my lecturer ader belas ehsan dan bagi mark tuk jalan kerja yang aku buat sampai abis paper jawapan tue...

Friday, August 13, 2010

Boleh ker aku jual Baulu Gulung?

tengok ni hasil amali masakan aku..dapat hasilkan baulu gulung ni! boleh jual tak? hehehehehe..ini amali a week b4 puasa tau..kitaorg belajar buat kek guna 4 teknik, 1st enjut, putar, gaul n ramas & selangkah..

b4 this buat kek tak tau pun teknik aper..skang aku adalah baker yang berpengetahuan. bukan hanya mampu baking tapi aku tau teknik yang betull..ceeewaahhh..=)
sila layan pict kelas amali saya..


ini adalah box barang2 untuk masak tau..bukan box pancing ikan..hihihi

Thursday, August 12, 2010

1 Ramadhan 1431h...Hari pertama puasa


Selamat berpuasa kepada semua umat islam di dunia ini... =)
hari pertama puasa di bulan Ramadhan, sangat mencabar kot! Cabarannya ialah aku ader 2 amali dan 1 kelas hari ini.

Amali pertama ialah jahitan, dari mula masuk sampai abis asyik berdiri jer..yer la nak potong kain mesti la berdiri.

lepas amali jahitan, amali masakan...huiiii sangat mencabar bila kitaorg kene bake biscuit raya. group aku ditugaskan buat buat biscuit SEMPRIT...boleh?

terliur2 la memasing..ader yang buat brownies la, biscuit gajus la, choc chip la..huiii mana tak terliur babe..aku ni dah kira makruh kot asyik bau makanan jer di hari pertama puasa.

semasa amali masak for sure berdiri 3 jam..adoii la lotih mak nyah!..

pas amali kelas plak sampai kul 5.30ptg...dalam kelas aku tertido2 la kan...
penat + ngantuk = tido dalam kelas...hahahhahah

time balik umah plak jammed tidak seperti biasa...uwaaa, almost 40 minit baru sampai umah..biasanya 20 minit jer keter aku dah sampai garage umah..biasalah ari pertama puasa kan semua nak balik awal..

skang aku baru bernafas untuk update blog...ikut schedule aku, skang ni kene study ni for coming exam on 15th Aug..bukan surf net yer...=)








Wednesday, August 11, 2010

eee..aku kurang gemar la

ini lah electric project aku

aku memang tak gemar skit subjek Elektrik & Elektronik ni..tapi apakan daya ini subjek wajib dalam ERT..so by hook or by crook aku kene amik tau coz nanti aku kene ajar student aku..
sebenarnya elektrik n elektronik ni pening skit..coz ader LED la, soket la,eee macam2 term la..tue yang aku bengong skit kalau belajar bab ni..
tapi demi tuk aku capaikan apa yang diimpikan aku tetap berusaha untuk faham dan pelajari semua ni..
Alhamdulillah finnaly aku dapat faham juga subjek ni and dapat siapkan assgnment Elektrik ngan jaya nyer...
yang paling tak sangka aku dapat full mark tue assignment ni! target sebenar hanya score 1/4 dari full mark, tapi Alhamdulillah dapat full mark...
sangat suka... =)

aku yang sempat berpicha while project still under progress

Tadaaaa..our electrik project success when the mentols MENYALA...sebab tue dapat full mark

Sunday, August 8, 2010

Apasal aku gemuk lagi?

Senang ke susah kalau husband n wife ader gastrik?

senang kalau dari segi makan kot! so masak sekali gus jer tuk org2 yang gastrik ni (tak bleh makan pedas, cafien, and benda2 berangin)

susah kalau 2 kene gastrik sapa nak drive pg klinik? kalau sakit tue bukan skit2 tapi tahap extreme plak tue...adooi!

tadi aku seharian kat PPUM..lebih kurang 5 jam gak la kat sana coz sang suami kene gastrik yang kronik..

asalnya nak pg tgk movie, malangnyer otw tu..sang suami merungut tetiba sakit perut..apa lagi trus la menuju ke PPUM coz itu yang berhampiran.

sampai sana dalam kul 11 pagi dan menunggu punya menunggu dengan saringan pertama, jumpa doc, check darah, air kencing dan amik ubat semua amik masa 5 jam juga la...

kuar dari PPUM around 5 pm...bontot pun lenguh menanti dan menunggu..

aku pun ader gastrik dulu tapi skang ni aku dah pandai kawal makan and manage my makan time..sang suami ni plak 1st time kene gastrik kronik!..

nasib baik si isteri ni dah ader experince so tau la aper yang bleh makan aper yang tak bleh makan...senang kan kalau 2 2 ader gastrik!

gastrik bukan tuk org kurus jer ok! org gemuk cam aku pun ader...

sebelum kuar umah aku minta sang suami aku picha aku coz nak tgk perubahan badan aku...kot2 la ader kurang skit ker org makin naik..

mengecewakan sungguh bila tgk badan aku cam makin naik jer...Uwaaaaaaa

mana come back yang janjikan oleh diriku sendiri ni..???
ku harap puasa bleh kasi aku kurgkan berat badan, InsyaAllah sambil beribadat sambil menjaga kesihatan.

tgk lah pict aku yang masih gemuk ni...

sama jer aku tgk, macam sebelum ni juga GEMUK!



Thursday, August 5, 2010

Gaya buat Assignment Fotografi

Ini lah aksi aku nak amik pict mikro trak olahraga..
ini semua tuk assignment fotografi

Tuesday, August 3, 2010

Berpicha di kala stress dengan Assignment

bila laptop di tangan..apa lagi mula la aktiviti buat Assignment.
tidak kira dimana sahaja yang pasti assgnment kene siapkan juga! maka stress akan adatang menjelma..arggghh so aku hilangkan stress dengan berpicha ..hehhehehe




lokasi : Fakulti Pendidikan, UPM