.

.

Sunday, January 23, 2011

Apakah Petanda Ini?

dalam pukul 6.30pg aku terjaga dari tidur coz alarm berbunyi..

Alhamdulillah ianya hanyalah mimpi!

tapi masuk kali ini dah 2 kali aku mimpi benda yang sama..apakh petanda ini?

pada mimpi pertama aku menganggap mimpi hanyalah mainan tido!

tapi bila mimpi kali kedua ni aku mula musykil dan kenapa aku masih bermimpi benda yang sama?

adakah ia petunjuk atau sebaliknya?

kali pertama mimpi, aku ke sebuah rumah kawan aku. kawan aku dalam mimpi tersebut ialah kawan UPM aku..rumahnya adalah condo dan terletak di tingkat paling atas!

kemudian, kami melihat bunga api yang cantik di langit. sebelum aku naik ke rumahnya aku bertanya ‘kat mana pintu keluar selain lift?’ dier menjawab..’ntah’ tak pernah tau pun.

tiba2 kebakaran berlaku dari bahagian atas condo dah kamilah org yang merasakan kebakaran tersebut. kami berlari turun selehai sepinggang (dalam masa yang sama aku menyesal tak amik segala barang aku) tetapi kami tak jumpa jalan keluar coz tak tau pintu keluar dari tangga!

api makin marak dan tetiba aku terbangun!

Mimpi malam tadi atau kedua, aku dan sang suami pg beday party saper ntah (bukan islam la)..dan party tersebut buat kat panggung wayang..

pastu ader tayang kronologi hidup beday gal tersebut yang dipancarkan di layar. sebelum tayangan tersebut bermula, ader la uapcara pembakaran apa ntah kat situ sebab itu fahaman mereka.

semasa tanyangan bermula tetiba kain langsir atau rentang dibelakang layar tue terbakar! aku yang berada di hadapan sekali di saat itu dan notice perkara itu…api mula marak tapi semua org tidak berganjak dari panggung tersebut.

aku bangun dan bgtau owner party dan dier meminta aku pg check jalan keluar!

aku keluar dan dapati memang ader jalan keluar..dan aku berpatah kembali untuk meminta crowd keluar ikut jalan tue tetiba dapat ramai dah berasak-asak tuk keluar dan aku melihat sang suami keluar juga dengan pantas..aku menyesal kerana aku tidak sempat mengambil barang aku mean handbag..aku terperangkap dalam crowd dan api makin marak!

dan alhamdulillah aku terbangun!

apakah petanda semua ini?

aku sangat perlukan seorang petafsir mimpi! bukan untuk syirik tapi sekadar ingin tahu!

aku harap ia setakat mimpi dan mainan tido yang aku penat semalam pusing KLCC…

segala apa yang berlaku adalah ketentuan Allah.

No comments: