.

.

Friday, January 21, 2011

Menangis bila mengenangkan mereka

Di kala menulis entri ini..aku dirumah mom in law aku..

aku di dalam bilik keseorangan..diluar kedengaran hujan..yang sederhana lebat.

sambil belek2 handphone, tetiba aku sayu melihat wajah mak dan abahku..aku rindeu mereka dikampung. tak sabar rasanya nak balik kg..

Oh mak, masz rindu kampung, rindu masakan mak, rindu leteran mak…erm bestnya dapat shopping ngan mak!

abah, masz juga rindu kata2 semangat abah. abah tak pernah lekang di mulutnya memberi kata2 semangat dan peransang untuk aku dan anak2nya yang lain berjaya dalam hidup…

aku juga rindukan nenek @ tok aku yang aku sayangi..cakap jer nak makan aper pasti dier masakkan!

aku juga rindu arwah atuk @tokwan di mana kalau petang2 macamni sure aku bergurau dan berborak dengannya sambil melihat sawah yang terbentang luas…tapi itu hanyalah kenangan. tokwan tiada lagi….tiada lagi senda gurau, tiada lagi pembakar semangat aku, tiada lagi pereka cerita untuk aku…

aku sayang keluarga ku…kehidupan aku kini, akulah pembentuk….

aku sayang mereka semua…

2 comments:

Farra Dhelina said...

fara, dlm seminggu msti nk jugak tdo rumah mak, wajib..hehehe mmg tak leh jauh dgn mak..tambahan lak, kan arwah ayah dh takde..ermmmm selagi diorg ada, tatap lah puas2..mcm fra, dh takde ayah..rindu sgt2..

Reflisia said...

farra darling..sebolehnya setiap minggu nak jumpa mak n abah, tapi apakan daya jauh sangat. Kedah lak tue...