.

.

Tuesday, January 11, 2011

Tips untuk masuk DPLI/KPLI

ramai sangat bertanya kan aku macam mana senang jer aku dapat masuk DPLI kat UPM ni..yer la skali mohon terus dapat…

Alhamdulillah rezeki namanya setelah aku berusaha, berdoa dan bertawakal,,,oppsss bukan guna org TENGAH ok!..aku ni takder kerabat atau sedara yang kerja kat UPM mahupun KPM..

heheheh…teruskan kepada tips yang aku nak bagi.

berdasarkan pengalaman aku yang tak banyak la coz skali apply dah dapat, tapi aku kutip juga pengalaman kengkawan dan sepupu sepapat aku yang telah berkali-kali aply Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah/ Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah ni, untuk aku ceritakan di sini supaya boleh dijadikan panduan bagi mereka yang nak apply la kan..

panduan yang aku bgtau di sini juga aku dapat dari pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (bgtau masa sesi taklimat dengan pegawai KPM) dan Pensyarah UPM sendiri ( my lecturer masa aku blajar DPLI) di mana pegawai dan lecturer tersebut antara orang yang dipertanggungjawabkan untuk memilih calon DPLI?KPLI

1. pertamanya, sesiapa sahaja yang nak apply DPLI/KPLI ini perlu ader ijazah tak kisah dari course apa per atau university mana pun asalkan course dan university tersebut mestilah disahkan atau taraf kelayakan diiktiraf oleh MQA..kalau anda rasa tak pasti university anda mendapat taraf kelayakkan dari MQA, boleh trus click di sini untuk panduan menyemak.

2. Bila diumumkan borang DPLI/KPLI sudah dibuka untuk di beli di Bank Simpanan Nasional, seeloknya beli lah dengan awal dan isi dengan teliti dan kalau boleh submit juga dengan awal. supaya tidak berlaku kelewatan permohonan.

3. Apabila dipanggil untuk menghadiri pepriksaan, Alhamdulillah selangkah dah dapat cuma kene berusaha lagi.peperiksaan ni adalah satu tapisan yang perlu kita lalui. masa pg exam pun penampilan kene seperti seorang guru. sebenarnya tanpa kita sedari semasa exam pun kita telah dinilai. oleh yang demikian atitud dan penampilan harus dijaga. soalan exam jawab dengan tenang dan bahagian personaliti diri tue hendaklah jadi diri sendiri. jawab soalan berdasarkan diri kita, sekiranya soalan ‘ adakah anda pernah menipu?’ jawab lah dengan jujur..kalau macam pengalaman aku, aku memang jawab yer la sebab aku pernah menipu! heheheh manusia mesti pernah menipu kan walaupun bukan niat kan! so bagi jawapan yang jujur

4. Bila exam dah lulus, tiba masanya untuk dipanggil interview. sebenarnya tapisan untuk ke interview sangat tinggi. sesiapa yang biasanya lepas sampai ke interview harus bangga kerana anda adalah orang yang terpilih dan bertuah.. semasa interview, seharusnya calon perlu datang dengan awal. penampilan seharusnya seperti seorang guru. pertama yang akan dipandang oleh interviwer ialah penampilan diri. kasut yang dipakai seeloknya bertumit sedikit bagi wanita agar penampilan kita nampak lebih yakin dan tinggi tarafnya. Kalau interview DPLI akan ader 3 org interviewer. seorang dari universiti, seorang dari KPM dan seorg lagi aku tak pasti..semasa di interview, seharusnya suara calon perlu kuat, jelas dan ayat yang dituturkan perlu tepat maksudnya sebutir2 dan dapat didengar oleh interviewer..dalam interview juga, calon kene bersiap sedia untuk menunjukkan kaedah mengajar...kalau ader alat bantuan mengajar adalah sangat di alukan. macam aku dulu aku mengajar nak buat cupcakes and aku bawak la nozel and piping bag..hehehhe..haaa lagi satu English kene firm tau, coz interviewer akan menyoal kita dalam english dan dier nak tgk samada kita boleh bercakap dengan yakin atau tak dalam english! sebolehnya cakap dengan yakin sehingga interviewer itu yakin dengan keyakinan kita. Oppsss..ader lagi, kalau dier tanya sanggupkah anda sekiranya di hantar ke Sabah dan Sarawak? ayat famous tue…heheheh, anda hendaklah rela dan ikhlas menjawab YA, saya sanggup demi mencurahkan ilmu kepada anak bangsa!

5. Sebelum keluar dari bilik interview tue, pg la salam dengan interviewer and ucapkan terima kasih..hehehehe tunjukkan kita hormat dengan mereka.

6. Kemudian berdoa, dan bertawakal kepada Allah S.W. T…Semoga berjaya…=)

1 comment:

PiNky@hEarT said...

bertuah la siapa lulus exam tu.. i pun nak apply DPLI ambilan julai ni.. takut exam pun tak dipanggil.. huhu..