.

.

Wednesday, March 23, 2011

Tak Menjadi!

Alahai…tak jadi pulak..

alkisahnya semalam aku nak masak untuk dinner.

terkecur air liur tgk masak lemak cili api ikan kat Kantin Sekolah..

balik umah, apalagi buka fridge tgk apa yang patut tuk masak lemak cili api la..

220320111096220320111097

kebetulan ader ikan duri + terung yang dah kecut skit + tomato yang masih segar..

trus aku kuarkan dan buat masak lemak cili api la…

tengah asik masukkan santan + cilipadi + bawang + serai + kunyit dalam periuk, tetiba telefon aku berdering kuat plak

so aku pun tinggalkan seketika masak lemak aku di atas dapur yang berapi tue…

terleka plak cakap coz org call nak tempah kek kan!

lepas letak fon jer trus teringat masak lomak aku nie..Haaaaa sudah masak lomak sudah menjadi kari upanya…heheheh

santan dah mendidih lama sangat dan sehingga pecah abis minyak..maka bergenang minyak di dalam masak lomak cili api ni…

ampun sang suami, masak lemak tak menjadi plak hari ni coz si isteri bz berbisnez,,,heheheheh

tapi licin jer makan nyer …=)

220320111098

tgkla..ini lah masak lemak tak jadi tue..bergenang minyak atas kuahnya..

220320111104    aku goreng ikan kering sebagai pembuka selera

No comments: