.

.

Wednesday, March 23, 2011

Tanggujawab yang besar

Tanggungjawab adalah Amanah!

itulah kata-kata keramat yang perlu aku ingat sepanjang bergelar guru.

bukan senang nak jadi guru dan bukan susah nak sampaikan ilmu.

tapi setiap amanah yang ditunaikan, setiap ilmu yang disampaikan, keikhlasan adalah sangat penting supaya apa yang dibuat diberkati dan di redhai..

senang berkata2 tapi sukar untuk di ertikan…ala, kekadang aku pun jadi tak ikhlas bila marah sangat ngan perangai student ni..

memula aku sangkakan sebagai cikgu jurusan teknik dan vokasional ni senang..yer la boleh menjahit, masak, bercucuk tanam, pasang bukak elektrik, test2 lampu jer…

hakikatnya sangat la berat…tanggungjawab yang dipikul tak seindah khabar yang di dengar.

fuh…kalau cikgu sains ni pegang makmal sains jer…tapi Cikgu E R T pegang 3 makmal ok!

1. Makmal Jahitan

2. Makmal Masakan

3. Makmal pengurusan kediaman

uiiii …banyak norrrrh kene jaga. kalau ader barang hilang, barang kurang dan barang tak cukup…cikgu ERT kene tanggungjawab.

kalau student terkena api, terpotong jari, terhiris tangan atau melecur kene minyak panas…cikgu ERT kene tanggungjawab

kalau student tersangkut jari ngan jarum, terpijak jarum, tergunting baju sendiri dan rosakkan mesin jahit….cikgu ERT bertanggungjawab…

fuuuhhhhh berat tak? dengar mungkin remeh tapi bila nak hadapi, tanggung sendiri la kan…gerun kot!

Ini lah guna praktikal….supaya aku sebagai guru ERT boleh belajar dari guru-guru ERT yang dah O T A I !

Tak seindah biasa, tapi nikmat yang luar biasa kan bila apa yang dipoertanggungjawabkan ini dapat ditunaikan dengan ikhlas dan baik =)

  230320111110

makmal pengurusan kediaman: kat sini pelajar akan belajar macamana nak uruskan kediaman mereka dari ruang tamu sampai la bilik tido + tandas skali

0103201171901032011706

makmal jahitan: di sini pula pelajar akan belajar selok belok tentang jahitan..dari jahit perca kain sampai jahit sepasang baju

09032011842 09032011843 09032011844 09032011846

makmal masakan: tempat paling student suka coz dorang tak sabar nak masak. ngeee aku pun suka coz boleh asah bakat masak aku ni..hehhehe. kat sini pelajar akan belajar memasak dari masak air sampai la masakan eastern and western.

No comments: