.

.

Monday, April 25, 2011

Perginya Seorang Kenalan

Al Fatihah…

Yang hidup pasti mati..

Setiap pertemuan ader perpisahan…

itu lah hakikat kehidupan di Bumi Allah S.W .T. Kita hanya menumpang sementara di sini..

Minggu yang sedih bila menerima khabar berita seorang kenalan aku pergi meninggalkan kami semua.

Allahyarhamah Leez adalah seorang kenalan aku tetapi kawan kepada sang suami.

Sebelum arwah meninggal dunia, aku dan sang suami sempat melawatnya di HKL pada hari khamis yang lepas dan tanggal 23 April 2011, beliau menghembuskan nafas terakhir selepas masuknya waktu Maghrib.

Innalillah hiwaenna illaihirajiun…

tak dapat aku ungkapkan setelah menerima berita kematiaannya.

Beliau pergi di usia 29 tahun.

Aku dan sang suami memberi penghormatan terakhir untuk Arwah hingga ke Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas.

Perasaan sedih menyelubungi hati ini. Terasa amat sedih dan tersentuh pula pabila Imam membacakan TALKIN yang membuatkan aku begitu insaf akan kehidupan di dunia ini hanya sementara.

Untuk keluarga arwah, takziah diucapkan dan banyakkan bersabar kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Allah..segala penyakit yang dialami oleh arwah hanyalah penyebab untuk pemergiannya.

“ Ya Allah Ya Tuhan ku, moga Kau letakkan kenalanku ini kalangan orang-orang yang beriman”

Amin

1 comment:

Farra Dhelina said...

sakit ape dia yang? muda ye..

al-fatihah...