.

.

Saturday, May 21, 2011

AFUNDI untuk MEMBANTU

24 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat
2011/05/21

KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.

Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

daripada Berita Harian

SubhanaAllah…terkejut aku mendengar berita ni..latest aku dengar kat TV3, hanya tinggal 10 org lagi yang terperangkap.

Harapan aku hanya berdoa agar mereka yang masih terperangkap semuanya selamat.

Semasa entry ni ditulis aku sedang menyaksikan AKADEMI FANTASIA 9.

secara jujurnya aku bukanlah peminat setia AF ni, tgk pun kekadang bila ter click channel 104 jer..itu pun kejap2 jer…

tapi malam ni, memandangkan tadi bukak FB and terbaca status Mommy Scha a.k.a Myra bahawasanya sesiapa yang mengundi malam ni akan disalurkan ke tabung Bantuan Mangsa Tanah Runtuh di Hulu Langat.

so aku amik keputusan malam ni nak duduk depan TV bukak channel 104 dan tgk rancangan Akademi Fantasia 9…sambil phone kat tangan tgh mengundi dan buat entry ni,

So far yang dah lepas Hazama, Nera, Lena dan skang Erul ngah perform.

af9

Siapa yang aku undi???

hehehehhe…aku suka HAZAMA dan FINA jer setakat ni…of course aku AFUNDI mereka..berhibur sambil membantu…sesiapa rasa nak membantu boleh juga

JCA1XFZLCCA66A79UCAMTZH7DCAQWXKARCAOCD95SCAFKHIU5CAO130TCCA86PTAGCADJHZUHCA1442G1CAQIG9P0CAMX2H7JCAZ5GPE1CAMN1560CA6072N1CAE88A0SCAG8VUBUCAZZFYHQCAHMS5S9 AFUNDI 10 HAZAMA atau

fbAFUNDI 10 FINA..hantar ker 32999

Semoga bantuan yangdihulurkan dapat mengurangkan penderitaan yang di alami oleh mangsa..dan moga niat ikhlas kita untuk membantu mendapat keberkatan Allah S.W.T..amin

Moga mangsa tanah runtuh yang telah meninggal dunia di cucuri rahmat oleh Allah S.W.T. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan!

Al-fatihah….

No comments: