.

.

Monday, May 9, 2011

Medan Ikan Bakar ~ Restoren Kay Sempoi

tak tau nak makan kat mana? jom2 jenguk entry aku ni..

sebenarnya aku nak promote skit restoren kat Taman Puncak Jalil PUJ 3..dier dekat area shoplot PUJ 3.

Slalu sangat lalu dekat kedai ni tapi tak penah singgah. sampai la satu kedai feveret aku WARUNG PAK LI.tutup hari tu.

so aku pun decided nak try kat kedai ni…sesampai di sana mesti nak makan ikan bakar la coz nama kedai MEDAN IKAN BAKAR ~ KAY SEMPOI  kan..

mulanya nak pilih ikan Siakap, tapi semua besar2 jer…tuk aku and sang suami macam membazir plak rasa..yer la berdua jer ikan besar gedabak, pastu nak order lauk lain lagi kan..

so amik la ikan Cencaru Bakar, pastu Lala masak pedas, kailan goreng dan tomyam seafood..air Jus Epal and Jus Orange

S E D A P nyer and M U R A H plak tue…bayangkan aku makan semua ni berdua ngan sang suami tak sampai RM30 pun…

cakapa pasal kesedapan nya yang paling aku terliur sampai skang ialah air asamnya..sangat sedap la bagi lidah aku…aku memang suka la..

lepas tue ikan bakarnya yang dibakar tak garing sangat dan dapat rasa kemanisan isi ikan yang segar…memang rasa kesegaran seafoodnya..

lepas dari pengalaman pertama di medan ikan bakar ni, ia dah jadi tempat feveret aku la selain Warung Pak Li ni..

korang kalau nak try, boleh ker PUJ 3, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor. Kedai ini dibuka setiap hari

start buka pukul 4.30 ptg sampai Malam tak tau kul baper la..tapi lambat gak rasanya dier tutup.

Kedai ni sangat ramai yang berkunjung, setiap hari penuh jer orangnyer..waktu yang paling ramai after maghrib la..

Jom intai2 gambar yang aku sempat snap dari pengalaman pertama.

240420111543   190420111491 190420111492 190420111490

our food

1 comment:

~dYaHaHa~ said...

eh dear, duduk PUJ jugak ke? PUJ brp? hahaha..haah, me n hubby pon selalu lalu lalang sini..xpernah plak singgah...tq for the review..pasni, kompom nak singgah! hehe...