.

.

Wednesday, May 11, 2011

Project Bosan ~ Apam Polkadot

Ngeeee…

aku dapat idea nak buat sesuatu dikala bosan dirumah!

ideanya ialah membuat APAM POLKADOT ni…

bila dah siap buat, rupanya takder la susah mana pun…senang jer..kalau korang nak try boleh amik resepi kat bawah ni..

sebelum tgk resepi tgk la dulu hasil tangan aku ni..hehhehehehe

DSC08944 1st time kukus…terlebih lama skit sampai dier merekah camni..

tips nyer; jgn kukus terlalu lama tau, coz dier akan merekah cam kat atas ni

 

DSC08941DSC08939  Belajar dari pengalaman, kali kedua dan seterusnya dah cantik cam gambar di atas..=)

 

Ok di sini saya nak berkongsi resepi yang saya dapat dari seorang teman. Kalau sesapa nak try boleh juga guna resipi ini.

Bahan-bahan

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula castor
  • 150gm susu segar / santan ( saya guna santan yang ader perisa pandan untuk bau lebih wangi)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya (boleh guna blueberry, strawberry atau coklat..saya guna blueberry dan coklat)
  • Pewarna ikut suka warna kegemaran

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar

2 comments:

aszwanie said...

nmpk mcm sdp jerrr... nak ambik resepi nie la...tq

Reflisia said...

try la resepi ni..=)