.

.

Friday, June 17, 2011

Sampukan Drama Melayu ~ Gara-gara Nora Elena

 

image

Hebat sungguh pengangan Drama Nora Elena...

semalam 16 Jun 2011, adalah episod akhir (24) drama Nora Elena ni selepas 23 episod berlalu...

Fuhhh, nasib baik happy ending! kalau sad ending, sure TV kat umah aku dah kene hempuk..heheheh (ampun sang suami, bukan niat dihati nak hempuk TV, tapi apakata kita beli LCD 40' plak ker kan!)

Penangan drama ini sangat la kuat sampai ;

1. semua orang kat FB asyik update status pasal Nora, Seth Tan, Yvonne, dan nama2 lain yang ader dalam drama ini...

2. Kat twitter plak ramailah (ramai dari biasa ok!) wanita2 diluar sana tweet2 ngan Aaron Aziz ni..

3. Novel Kasih Yang Suci laris dipasaran sampai takder stock la (citer ni adaptasi novel ni)

4. Ramai la pasangan yang mula merancang nak ke Cameron Highland

5. Mulalah si isteri atau girlfren bagi hint kat pasangan memasing nak fresh flower satu bonet keter

6. ramai suami diluar sana yang tak suka layan drama melayu pun boleh termelekat dengan drama ni! apatah lagi si isteri, masing2 nak balik kejer awal and duduk depan TV and ader juga sanggup balik lambat coz nak tgk drama ni dulu kat opis (bukan per kalau balik takut tak sempat, takut jammed bagai, kan!)

7. Bukan tue jer sampai kat MHI arini 17 Jun 2011, pun bincang pasal penangan drama Nora Elena ni....

best sangat ker drama ni?

uollllsss kalau tak best takkan semua orang nak duduk terpaku depan TV dari pukul 7mlm sampai kul 8mlm????

inilah Penangan hebat drama NORA ELENA…tapi aku juga antara yang terlist kat atas tau...

sang suami yang bukan penggemar nak layan citer2 melayu ni, tapi boleh layan citer ni dari episod 2 (if not mistaken) sampai abis dan siap bagi respon yang penuh beremosi lagi tau masa tgk citer ni...haiiisshhh lawak betuiii!

yang paling best malam tadi la, we all attended Majlis Tahlil kat umah nenek aku...masa we all otw back ader Roadblock...

pastu, dalam kesunyian malam ni...sang suami bersuara " ini mesti kes Yvonne kidnap anak Seth ni"...

Perghhh….tak ker rasa nak gelak golek2? biasanya kalau aku terkeluar jer citer2 yang bersabit drama Melayu sang suami selalu cakap, inilah banyak sangat tgk Drama Melayu...hahhahahahha

Skang ni dier plak yang terkena sampuk Drama Melayu! hahahhahah...

image para pelakon drama Nora Elena


2 comments:

Farra Dhelina said...

haha mmg kena sampuk! heeee

Ieda Al-Habsyi said...

kuat betoi penangan nora ni yek :)