.

.

Wednesday, August 17, 2011

I’m Shock!

Sepanjang aku berkahwin ni..kalau hari-hari bekerja aku memang tak rajin nak masak resepi yang agak complicated ni..

Apatah lagi nai buat menu cubaan pertama kali..memang tak la kan..nak2 pulak bulan puasa..lagi la tolak tepi resepi-resepi baru nak cuba ni…(kang tak sedap, tak satisfied pula makan kan! dah la penat bekerja, puasa dan  makan pulak tak sedap)

Melainkan hari cuti aku suka cuba resepi baru…sebab aku juga suka masak sebenarnya…mencuba resepi baru juga adalah hobi aku..

aku sangat suka tgk rancangan2 masakan dan cuba resepi baru..

macam tue juga sang suami. dier pun macam aku juga, suka tgk food channel and then we will try it on

so far tak pernah la tak menjadi…kalau tak secantik dalam TV (sedap tau tau la kan coz tgk TV, and tak rasa) tapi rasa sedap di mulut kami…

Kisah nyer sang suami bercadang nak masak mee jawa katanya..tapi aku sangkakan weekend ni coz dier pernah bersuara nak masak weekend ni..

Semalam aku balik umah tgk dier dah bertungkus lumus masak…bila di tanya masak aper tue? katanya tunggu jer la waktu berbuka!

So aku tgk memula dier letakkan mee kuning atas dining table, then segala rencah + hiasan mee pastu tetiba kuah mee…

errrmmmmm sedap baunya..aku bertanya mee jawa ker? jawapannya makan dulu baru tau mee apa!

huh! tunggu lagi jawapannya!

bila masuk waktu berbuka, trus hirup Bliss Strawberry then trus rasa kuahnya (teruja sampai lupa nak makan kurma)

“errrmmm ni bukan mee jawa, bukan mee kari tapi mee apa abang?”

tanya si isteri kepada sang suami!

“ini mee bugisiam…(jawab sang suami)”

si isteri makan tanpa berkata2 sambil dalam kepalanya berfikir panjang coz tak pernah dengar mee bugis + siam…

tapi memandangkan sedap , belasah sudah! at the same time aku terkejut juga sang suami sanggup masak mee ni walaupun ia agak remeh..

150820112840

150820112842

150820112845

Mee Bugisiam

7 comments:

mummy_ayu said...

wah..cayalah..hubby u masak buka puasa..best..

dear, hadiah dah terima lum?

TiNie said...

hai...baru follow blog u..bestkn dpt hubby yg pndai masak..hubby i pun suka masak..alhamdulillah..

LuN@_aiDi said...

Mee Bugis + siam??.. wahhh 1st dengar neh..
kteorg pun menu berbuka smlm mee juge.. mee kari! hahahh

ayanuts said...

waaahhhh kuah dia nmpk pekat n menyelerakan..blh kongsi resepi lps ni

cik asam jeruk said...

wahhh sedapnyeeee..menyesal tgk time siang ni..slurrpppp, untung sis mas dpt suami pandai masak. cikasamjeruk nye bf pandai makan je..sobs2

Dinda Iva said...

hehe..untungkan dapat husbend pandai masak dan xkesah masuk dapur mencemar duli..hehehe...seronok wooo bila balik2 rumah tengok dah ready semua..heaven..Alhamdulillah..hehehehe

Reflisia said...

Mummy ayu, sedih pun ader coz tak penah masak lagi sepanjang puasa ni..semuanya hubby masak, makan umah inlaw, berbuka kat luar...=(

Tinie, sama la kita eak dapat hubby suka masak!

Luna, yunk..pelikkan! i lagi pelik tau!

ayunuts, nanti kita letak resepi k..

cik asam...nanti dah kawen sure dier tunjukkan kebolehnnya!

Dinda darling, sangat seronok kan! u pun apa kurangnyer..Kanda pun pandai juga masakkan!