.

.

Sunday, August 14, 2011

Kanser Rahim

Doctor; Puan, setelah kami buat segala pemeriksaan, puan didapati suspected kanser rahim..

dan setelah semua pemeriksaan dijalankan didapati kanser yang dihidapi sudah sampai stage 3B.

Ya Allah….! apa korang rasa kalau ini yang terkeluar dari seorang doktor terhadap kesihatan anda?

Kalau diri aku yang mendengar akan kesihatan aku macam ni, rasanya dah pengsan kot!

Tapi inilah yang aunty aku alami. dan sekarang dier berada di Hospital Klang.

Aku yang mendengar berita ni pun trus terduduk apatah lagi orang yang menanggung! hanya tuhan sahaja yang tahu, apa rasa hatinya.

Last friday petang, sempat juga jenguk dier kat hospital dan masih boleh bercakap dan bergelak ketawa dengan aku and family members yang lain.

tetepi semalam, masa my mil melawat dier, satu kidney dah kene tebuk. and kata sista in law aku lagi maybe 1 lagi akan juga ditebuk tak lama lagi.

keadaannya agak teruk. yer lah dapat detect dah ditahap stage 3B…OMG..sangat sedih ..

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…=(

Aku hanya berharap agar dier cepat sembuh dan masih punya masa untuk bersama kami..aku hanya mampu berdoa untuknya.

“Ya Allah Ya Tuhanku, daripadamu kami datang dan kepadamu jua kami pergi. Kau panjangkanlah usia mak saudaraku ini supaya dia boleh melakukan amal ibadat kepadamu lagi…Hanya Engkaulah yang maha besar lagi maha berkuasa…amin”

………………………………………………………………………………………………………………

APA ITU KANSER RAHIM

Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin ataupun kandungan. Rahim merupakan organ berbentuk buah pear dan terdiri dari bahagian badan (”uterine body”) dan bahagian pangkal rahim ( serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim adalah dipanggil istmus (lihat rajah). Bila disebut kanser rahim ianya merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim.

Terdapat dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri dari 3 lapisan otot dan stroma.

Kanser rahim terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan asal usul kanser itu (lihat rajah 16):

  1. Kanser yang berasal dari selaput dinding rahim dinamakan Kanser Endometrium
  2. Kanser yang berasal dari otot dinding rahim dinamakan Liomiosarkoma (Leiomyosarcoma)
  3. Kanser yang berasal dari kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan Karsinosarkoma (”Carcinosarcoma”)
  4. Kanser yang berasal dari stroma selaput rahim yang dinamakan ”Endometrial stromal sarcoma”

RISIKO MENGHIDAP KANSER ENDOMETRIUM

Kejadian kanser endometrium mempunyai kaitan yang rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon wanita yang dipanggil estrogen. Wanita-wanita yang mempunyai kandungan hormon estrogen yang tinggi samada diperolehi dari dalam badan mereka sendiri ataupun dari ubat-ubatan yang diambil dari luar boleh terdedah kepada kemungkinan menghidap kanser endometrium.

Berikut adalah faktor-faktor risiko terjadinya kanser endometrium

a. Kegemukan, wanita yang gemuk mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi terutama

di lapisan lemak badan.

b. Wanita yang sukar mendapatkan anak ataupun mandul.

c. Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi

d. Wanita yang menghidap penyakit kencing manis

e. Wanita yang mempunyai keturunan kanser wanita .

f. Wanita yang mengambil ubat hormon Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara juga  risiko menghidap kanser endometrium. Walau bagaimanapun manafaat yang diperolehi dari mengambil ubat ini lebih besar dari mudharat kemungkinan mengidap kanser rahim.

g. Wanita yang mengambil hormon estrogen yang berpanjangan. Wanita yang putus haid perlu mengambil hormon estrogen untuk memulihkan kesihatan badan mereka. Walau bagaimanapun jika sekiranya mereka masih lagi mempunyai rahim, hormon estrogen ini

perlu diambil bersama hormon progesteron. Kadar kejadian kanser rahim akan menjadi tinggi jika sekiranya mereka mengambil hormon estrogen sahaja. Wanita yang ingin mengambil hormon selepas putus haid perlu mendapat pandangan Pakar Sakitpuan.

Sumber dari sini.

 

 

5 comments:

LuN@_aiDi said...

yunk.. ngeri i bace!!
Ya Allah.. harap ur aunty tabah^^
doakan yg terbaek untuk die..
amin..

Reflisia said...

Darl, i pun tersentak seketika mendapat berita ni..harap dier boleh sembuh hendaknya..aminn =(

Elyn Sani said...

Moga aunty u tabah hadapi ujian ni ye..

bunga said...

harap dia tabah menghadapi dugaan ni..kita doakan yang terbaik untuknya..

Dinda Iva said...

moga semuanya baik2 belaka yea..yg penting org sekeliling kena positive...kena kuat...InsyaAllah itu akan membakar semangat untie mas utk lawan sakit tuh...makan buah dan sayuran banyak...InsyaAllah...doa yg baik2 ajek...