.

.

Thursday, August 11, 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia

Terima Kasih Kerajaan Malaysia

itulah yang patut aku ucapkan sebagai rakyat Malaysia, kepada PM kita dan Kerajaan Malaysia kerana perihatin terhadap keperluan rakyat.

antara usaha mereka adalah menubuhkan Kedai Rakyat 1 Malaysia.

Bila aku dengar news kat TV yang kerajaan dah buat kedai 1 Malaysia ni aku masih tiada perasaan lagi (maksud tiada perasaan tue, tak terasa nak mengunjunginya lagi)

tapi bila aku tgk rancangan 360 di TV3 pada Rabu lepas2 (sebelum puasa), aku rasa terpanggil untuk melihat keadaan kedainya.

kedai rakyat ni menjual barang-barang keperluan dengan harga yang lebih murah berbanding dengan kedai2 lain.

Maka sehari sebelum puasa aku, sang suami dan mom in law pegi la ke sini..

kedai rakyat yang pertama terletak di Station LRT Kelana Jaya. kitaorg pg dalam pukul 8.15 malam dan parking pun senang coz hari cuti dan dah malam kan!

sampai jer sana…ya ampun ramainya orang! dan barang-barang pun dah banyak habis…hanya a few things sahaja tinggal.

Kebanyakkan barang keperluan yang banyak habis adalah barang berjenama 1 Malaysia. Kedainya seperti Mini Mart kat kawasan perumahan biasa dan tidak la sebesar MyMydin yang dekat depan umah aku.

Queue untuk bayar pun sesak coz mungkin kawasan yang kecik dan pembeli yang ramai. Tapi harganya memang murah dari kedai biasa. Contohnya kalau kat kedai luar susu pekat RM2.30 dan kat kedai ni hanya RM2.10…(ini contoh sahaja, bukan harga sebenar)

dan yang aku faham dari apa yang diberitahu dalam TV, barang-barang kat sini (berjenama 1 Malaysia) kebanyakan adalah dari IKS (industri kecil sederhana). Contohnya sos cili, sos tomato, kicap dan lain2 lagi la.

Mean sedikit sebanyak boleh membantu IKS di negara kita berkembang kan!

dan ader perkhabaran mengatakan kedai ini akan ditambah cawangannya di Lembah Pantai (if not mistaken la)

So dari sini, kita boleh merancang budget kita untuk keperluan harian. So yang aku sempat beli hanya Bathroom Tissue jer… =)

30072011376

Keadaan kedai…ramaikan!

30072011378  Ini jer yang mampu beli coz barang lain dah abis….=)

last2 esoknya Mydin USJ jadi tempat shopping grocery!

3 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

ramainyer...melengit ketiak pekerja situ ekekeke!

Reflisia said...

Hye ieda, errmmmm tak cakap la..macam2 bau dah ader...=)

LuN@_aiDi said...

biler barang murah pasti ramai yang nk berkunjungkan..
kne besrkn lagi tuh..hihihi