.

.

Tuesday, August 9, 2011

Resepi Mee Kuah Alor Staq

Memandangkan ramai yang buat permintaan tuk resepi mee kuah ni, maka dengan berbesar hati aku buat entry ini.

(setiap resepi masakan aku akan diberi atas permintaan…opps bukan kedekut resepi tapi aku ni malas skit nak menulis resepi ni coz cara masakkan aku and sang suami ni jenis campak2 jer..)

harap maklum dan maaf yer =}

030820112751

 

Mee Kuah Alor Staq (untuk 2 hidangan)

2 biji bawang merah

2 biji bawang putih

2 biji cilipadi

2 sudu besar cili kiring yang telah dimesin

1 sudu besar sos cili

1 sudu kecil sos tiram

secubit kiub ayam

garam secukup rasa

secubit gula

air secukupnya

Ayam, Sotong, Udang

sayur; kobis, carrot (terpulang kepada citarasa)

Mee kuning (untuk 2 orang makan)

 

Cara Memasaknya

1. Bawang merah, putih dan cili ditumbuk kasar dan minyak dipanaskan.

2. Kemudian tumis bawang dan cili yang telah ditumbuk tadi, apabila bawang kekuningan, masukkan cili kering yang telah dimesin dan biarkan ia garing sedikit.

3. Apabila cili mesin sudah garing, masukkan sos tiram dan sos cili.kemudian masukkan air secukupnya.

4. Masukkan ayam dan masak kuah hingga mendidih kemudian masukkan garam, pati ayam, dan secubit gula (ikut sesedap rasa)

5. Apabila ayam m dah masak, masukkan masukkan udang dan sotong.

6. Tunggu sehingga sotong dan udang masak dan kemudian rasa kuah tadi. Apabila kuah yang dimasak sudah cukup rasa, masukkan sayur.

7. Kemudian cairkan sedikit tepung jagung dan tuang dalam kuah untuk mendapat kuah yang pekat dan kuah boleh disediakan untuk dituang ke atas mee

8. Celur mee supaya ia lebih lembut sebelum dihidangkan.

 

Selamat Mencuba =}

3 comments:

LuN@_aiDi said...

wOww!! pasti i akan cube ini resepi^^
tq chef masz & chef Bugs for the recipe!

Reflisia said...

Darling, selamat mencuba yer..=)

mama tisya said...

sedap nye..yum2