.

.

Wednesday, September 28, 2011

Bersara di Usia 64?

Adakah anda setuju? 

Kalau saya, sangat setuju sekiranya ia adalah optional (means boleh pilih sama ada nak bersara di usia 58 tahun, 60 tahun atau 64 tahun.Ikut keupayaan memasing) Saya ader reason sendiri kenapa saya setuju!

1. Boleh buat personal loan. Kita tak tahu bila kita apa yang akan berlaku pada masa depan. Mana lah tahu kalau diusia umor 50 tahun, anak kita memerlukan wang untuk sambung belajar ke oversea ker (kalau tiada tajaan), atau kita memerlukan wang untuk sesuatu yang tak terduga ker kan! dan sekiranya kita bersara pada usia 60 tahun, maka masih berpeluang untuk kita membuat pinjaman dengan pihak bank kerana kita masih bekerja dan tempoh masa masih panjang iaitu selama 10 tahun lagi.

2. Kos sara hidup. Sekiranya di usia 50 tahun, anak sulung kita masih bersekolah dan masih belum bekerja, kita sendiri tidak dapat jangkakan bila anak kita akan bekerja dan adakah pabila dia bekerja dier akan tanggung makan minum kita setelah kita bersara? dan cukupkan dengan wang KWSP atau pencen kita untuk menyara diri kita dan juga mereka kalau kita bersara di usia 50an? Sekiranya kita berkeupayaan untuk bekerja sehingga 60tahun, maka masih terjamin dengan pendapatan kita dan masih ada banyak masa untuk anak2 kita membesar dan mendapatkan kerja yang sesuai untuk sara hidup mereka.

3. Kurangkan beban pinjaman perumahan. Terfikirkan kita untuk langsaikan pinjaman perumahan di usia 50tahun? Kalau saya memang nak langsaikan sebelum umor 50tahun. sekiranya seseorang itu telah membeli rumah diusia 30 tahun dengan pinjaman selama 30 tahun, mampukah dia membayar instalment rumah setiap bulan dengan pencen nya sekiranya diusia 55tahun bersara? masih ader 5 tahun untuk dier meneruskan pembayaran instalment rumah! Sekiranya pendapatan selepas bersara lebih baik dan berkemampuan, memang takder masalah la.

4. Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan. Kepada mereka di luar sana yang tidak miliki rumah dan hanya tinggal di kuaters atau rumah syarikat, sekiranya mereka mampu untuk miliki sebuah rumah pada usia 35 tahun, sudah tentu tempoh pinjaman perumahan akan pendekkan sekiranyan umor persaraan dalam 50++ tahun. Sekiranya tempoh pinjaman singkat maka instalment rumah tinggi. Jadi, jika kita bersara lambat maka tempoh pinjaman perumahan juga boleh dipanjangkan. betul tak?

5. Pengalaman yang berharga boleh diambil. Sebenarnya pekerja-pekerja yang berumur 50 an ni mempunyai banyak pengalaman bekerja. Walaupun ader sesetengah yang kurang dalam bidang ICT tetapi mereka mempunyai banyak pengalaman dari aspek lain, seperti protokol, cara kerja, komunikasi, dan sebagainya. Oleh yang demikian, those yang berkemampuan untuk bekerja lagi, boleh lah bersara diusia 60an kerana bagi saya, kita masih memerlukan pengalaman mereka untuk meningkatkan prestasi sesebuah badan atau organisasi.

6. Tingkatkan pendapatan selepas pencen. Kita tak boleh fikir untuk sekarang sahaja, sebaliknya berfikir untuk masa depan. Dengan dunia yang penuh dengan teknologi dan kos sara hidup yang makin tinggi, maka wang menjadi keutamaan untuk hidup. Seperti mereka yang bersara pada tahun 80 an dan 90 an yang hanya menerima RM300 sebulan wang pencen, maka kita fikirkan sekarang, apa yang boleh kita lakukan dengan RM300 sebulan? begitu juga situasi yang bakal berlaku pada masa akan datang! Sekiranya seseorang itu bersara pada usia 60an, kemungkinan dia masih boleh dinaikkan pangkat atas jasa2 nya dan kecemerlangannya diusia 50 an. tetapi sekiranya dia bersara di usia 50an, kemungkinan dia tidak sempat untuk dinaikkan pangkat tersebut. Rentetan kenaikkan pangkatnya, sekurangnya memberi jumlah pendapatan pencen yang lebih sedikit berbanding sekiranya dia di takuk lama.

7. Kurangkan kos rawatan kesihatan. Sekiranya kita bekerja dengan organisasi yang menyediakan insurance kesihatan dan kemalangan untuk kita, maka kita boleh menggunakan perkhidmatan tersebut secara percuma. Sekiranya kita bersara di usia 50 an, maka selepas persaraan kita andai kata kita menghadapi penyakit diusia lewat 50an, maka semua tanggungan adalah dibawah diri sendiri. (melainkan pesara kerajaan, masih boleh mendapatkan rawatan secara percuma). Kebiasaannya diusia 50an ni, selalu kita terdengar macam2 penyakit mula datang seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya (kalau boleh, kita elakkan) Sekiranya kita bersara diusia 60an, maka kita boleh menggunakan benefit yang diberi oleh sesebuah badan atau organisasi kita bekerja seperti rawatan secara percuma.

Banyak lagi kebaikkan yang boleh kita fikirkan andai kita mahu fikirkan yang terbaik.

Sebenarnya ada kebaikkan dan kelemahan dengan lanjutan usia persaraan bagi seseorang yang bergelar pekerja ini. Ia adalah bergantung kepada apa yang difikirkan. sekiranya ia difikirkan banyak kelebihan, maka baik lah ia, tetapi sekiranya lebih kepada negatif maka ia jadi buruk. Jadi setiap cadangan yang diusulkan saya percaya mereka telah berfikir dahulu sebelum melaksanakannya. Sebagai salah seorang yang memegang tittle pekerja, saya hanya bg pendapat yang saya fikirkan sahaja.

saya tidak mengatakan apa yang saya jelaskan seperti di atas adalah betul dan betul…sebaliknya ia adalah apa yang saya fikirkan. sekiranya terdapat sebarang kesilapan dialu-alukan untuk membetulkannya.

Belajar dari kesilapan dan sentiasa berfikir 360 darjah! (hehehehhe..prinsip kerja saya)

 

10032011857

=)…mampukah aku untuk bekerja sehingga usia 60an?

 

No comments: