.

.

Tuesday, October 25, 2011

Cara saya ~

craving for sambal udang petai…!

tanpa fikir panjang, trus ke dapur then bukak fridge. Thank God..udang nampak masih segar bugar dan petai pun masih elok.

So menu of the day (last sunday) is Sambal Udang Petai in my cook style. 

171020113493

1st,celurkan cili kering terlebih dahulu untuk senang nak blend with a few biji bawang merah.

then, masukkan seulas dua bawang putih dan blend bersama.

panaskan minyak, jgn over banyak k nanti berminyak sangat sambal tue..agak2 la dengan cili yang bakal dimasak tue..

bila dah panas minyak, masukkan cili kering yang telah di blend dengan bawang merah dan bawah putih tersebut…masak cili tersebut sampai garing sedikit.

kemudian masukkan skit cili sos, skit jer tomato sos, garam, gula dan kiub ikan bilis. kemudian masukkan udang…

pabila udang nampak sudah masak, and saya tak kasi terlalu masak sangat udang tue, nanti tak sedap and tak rasa jus nya.

kemudian masukkan petai yang telah dikopek. kacaukan dalam  sambal udang tersebut lebih kurang dalam 3 minit kemudian tutup api.

petai tersebut juga dibiarkan tidak terlalu masak kerana saya suka makan mentah2 skit coz ia nya rangup.

selepas api ditutup boleh la dihidangkan…=)

camni la cara saya masak, sampai sang suami dah jadi gemuk!

 

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

suami tak suka petai tapi saya suka...........

wahida said...

sedapnyaaaa.....pandai tambat hati suami sis ni...mmg nampak sedap sgt tu...dah la tgh lapar tak bekfes lagi ni...huhu..


salam kenal terus follow sini...