.

.

Thursday, October 27, 2011

Diwali Treat!

Happy Diwali for those who celebrating Diwali.

So sempena diwali dan cuti ni, sang suami teringin nak makan pizza homemade.

Ermm bila sang suami bukak mulut cakap nak makan pizza la…aku tersenyum kambing..(tak payah masak la kan!)..tetapi bila dier meneruskan kata-kata nak makan pizza homemade…terkasima gak la coz malasnya nak buat!

Rupanya tiada noktah lagi ayatnya itu..dia cakap dia nak buat sendiri dan nak kasi si isteri rasa pizza hasil tangannya!…aku terus melompat sampai ke siling coz aku boleh meneruskan sesi tgk TV…hahhahaahhah

so jom intai apa yang sang suami buat! Eh aku nak kongsi resepi juga kat sini..

Simple Pizza.

1. Sediakan doh pizza dulu.

  • 200 g tepung gandum
  • 11 g yeast (mauripan)
  • 175 ml air suam

2. Pastu uoll, uli la sampai jadi doh dan biarkan selama lebih kurang 10 minit (kalau lagi lama lagi bagus la. macam gambar kat bawah ni..

261020113563

  • Ini dibiarkan selama 30 minit jer coz tak tahan dah…lapar, so 30 minit jer paling lama boleh tahan.

3. Sementara menunggu doh tue naik, sediakan isi pizza tersebut.

  • Sang suami buat pizza Hawaiian Chicken, so kene sediakan
  • ayam – goreng terlebih dahulu (jgn terlalu garing, agak2 masak jer.)
  • nenas

261020113560

4. Pabila doh tersebut sudah cukup naik, maka gelekkan doh tersebut mengikut kebesaran dan ketebalan yang disukai.

5. Sang suami membuat sebesar non stick pan kat umah aku tue..lebih kurang 9’ besarnya.

261020113568

6. Sebelum, masukkan doh pizza tadi, oleskan pan tersebut dengan Olive Oil.

7. Kemudian, masukkan inti pizza tersebut, mengikut suka-suki masing-masing.

8. Memandangkan pizza sang suami Hawaiian Chicken, maka isi ayam and nenas jer la kat atas tue..

9. Opppsss sebelum letak inti pizza tue, sang suami guna pasta sauce dan sos cili terlebih dahulu sebelum taburkan inti pizza.

261020113565

10. Bila semua initi tersebut dah diletakkan, kemudian taburkan dengan cheese. Yummeh. (lagi banyak cheese lagi sedap dan gemuk)

11.  Kemudian, masukkan dalam oven dan bakar lebih kurang 20 minit dengan suhu 150 darjah  (sebab sang suami buat doh pizza yang nipis coz we’all suka yang crunchy2 ni..so takder la lama sangat bakarnya)

12. and hasilnya….

261020113571 261020113572 Tada…Hawaiian Chicken by Chef Bugs

261020113573     Nipiskan pizza ni…tapi aku suka sangat!

Thanks Chef Bugs

 

 

4 comments:

mama tisya said...

lprr tgk pizza:)

cik asam jeruk said...

menarik..kena buat neh...yummyy

✿....rossa alina....✿ said...

hahhh!!resepi pizza!!ni yg saye suke ni..nyummyyyy

LuN@_aiDi said...

wahhh yummynyer!
mahukan pizza jugak^^_

p/s: dtg melawat Masz sekejap=p