.

.

Monday, October 3, 2011

Neighbourhood

Al –Fatihah buat ibu kepada salah seorang jiran saya yang telah kembali ke Rahmatullah minggu lepas (28th Sept 2011).

Aku dapat tau hal ni pagi selepas Allahyarhamah meninggal..(29.09.11 Pagi). itu pun sebab aku melihat macam ader bendera putih kat rumah si mati. Pada mulanya aku memang tak menjangkakan apa2 coz tak der plak ramai orang datang ke rumah si mati.

pastu bila aku nak ke opis dan melewati hadapan rumahnya, aku tenampak ader 4-5 orang sedang membaca yassin ( mean mereka duduk sambil memegang surah yassin la). Erm aku terfikir, ader kematian ker?

trus tangan mencapai phone lalu aku called jiran sebelah rumah aku ni. Rupanya tekaan aku memang betul when Sue (jiran sebelah rumah) bgtau nenek dah meninggal. Nenek tue, ibu kepada jiran sebelah rumah Sue. Kiranya jiran sebelah punya sebelah la ni.

Patut la petang (dalam pukul 7.30pm) pada hari kematian tue pintu rumah terbuka luas (tapi masih belum ramai orang la)…ku sangkakan dier buat open house. so malam tue memang aku and sang suami duduk jer la kat umah. takder saper bgtau. Sue plak nak bgtau aku, tapi time dier nak bgtau tue aku masih tak balik rumah!

Ya Allah…Ish2 dasyat betul la aku ni. sampai tak tau jiran sendiri meninggal! tapi dalam kes ni aku rasa aku takder la bersalah sangat coz sangat tak tau and aku pun tak salahkan sesapa pun. Thanks kat Sue coz bgtau aku juga.

Malam kedua arwah pergi, aku sempat menghadiri majlis tahlilnya walaupun sekejap. Al-Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat olehNYA.

290920113263 Sempat lagi amik picture 3 budak comel ni. Both yang pakai baju kurung tue Cucu Arwah

dan yang paling comel ni anak jiran sebelah aku Sue…she’s sooooo cute!

 

erm, kata mak aku, jiran kita kene amik tahu. tak kira bangsa apa pun…cina ke, inda ker, mat saleh ker, kalau melayu mesti lagi kene kenal. atleast we know them! itu kata mak aku la..

tapi memang aku ikut cakap mak aku tue. so far jiran sebelah rumah and sederet rumah aku tue kenal la juga walaupun tak selalu bercakap, setakat bersua muka dan senyum. =)

 

No comments: