.

.

Thursday, October 6, 2011

Nota terakhir…

image

Perginya seorang aunty yang disayangi ramai. Kini selesailah sudah pengebumian Allahyarhamah Mami a.k.a Ateh. Hanya kenangan bersama arwah sahaja kini dibibir setiap orang yang pernah bersamanya.

Aku sangat sedih dan percaya semua yang pernah mengenali arwah apatah lagi anak-anak arwah, suami arwah, nenek, atuk dan adik beradik arwah tersangat lah sedih!

aku mengeringi arwah buat kali terakhir sehingga ker tanah perkuburan.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik, dengan keadaan cuaca yang mendung dan tidak panas serta hujan melancarkan lagi upacara pengebumian arwah.

Pabila TALKIN dibacakan, meremang bulu roma aku. Aku menjadi sangat insaf dan takut mengingatkan dosa-dosa aku yang lepas.

Aku hanya mampu mendoakan arwah supaya diampunkan segala dosanya dan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Setelah semuanya selesai, dirumah arwah, menceritakan saat2 terakhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhirnya!

dan arwah ader menulis bebarapa nota ringkas untuk orang-orang yang terdekat dengannya! dan inilah antara nota-nota yang telah ditulis arwah sepertimana yang telah diceritakan oleh anak arwah…

To her Doter and Son;

‘Mami sakit’

To her lil brother (our pakchu);

‘Aku takut nak tido’

To her Sister (our Mama/Makngah);

‘Tolong jaga anak-anak aku’

 

2 comments:

LuN@_aiDi said...

Takziah Masz n famili..

Sentiasa mendoakan mami aman & tenang di alam sana.

amin..

mummy_ayu said...

sedihnya..
takziah & al fatihah untuk arwah Mami..