.

.

Monday, November 14, 2011

Amekaw; Buat Sendiri, Makan Puas-puas!

Mengidam kerana lapar…so last saturday tak nak lepaskan peluang tuk buat sendiri Puding Roti and Sos Vanilla.

Aku guna resepi yang dapat kat internet and gabung ngan resepi mak aku. Mak bgtau guna roti benggali (roti yang mamak naik motor jual dedulu tue), tapi aku guna roti Gardenia Wholegrain Fibremeal…

Sedap…yummeh! so aku makan ngan sang suami puas2…heheheh takder la craving setiap hari lagi..hehehe

nak tau resepi yang saya guna buat Puding Roti and Sos Vanilla ni? jom tgk!

121120113694

Puding Roti Masmerah

 

Recipe Bread Pudding with Vanilla Sos

Pudding Roti

6 keping roti (aku guna gardenia wholegrain fibremaeal)

400ml susu (boleh guna susu segar atau susu cair)

2 biji telur (aku guna size c jer)

2 camca besar majerin (cairkan ~ masukkan microwave dalam 30 saat jer)

4 camca besar gula castor

1 sudu kecil vanilla essence 

kismis (sukahati berapa banyak nak) 

Sebelum buat apa2 pastikan oven swicth on dulu k (180 darjah celcius). Memula,carikkan roti dalam pan (aku guna silver pan 7 inch), kemudian siram roti yang telah dicarik2 dengan susu cair. Dalam bekas lain gaulkan telur, majerin, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan kemudian siram atas roti tersebut.Taburkan kismis di atasnya  Masukkan dalam oven dan bakar lebih kurang 40 minit.

121120113692

Taadaa.. sebelum masuk oven

Vanilla Sos

1 tin susu cair

1 camca besar tepung kastad

2 camca besar gula castor

1 camca teh esen vanilla

Masukkan semua bahan di atas ke dalam peiuk dan panaskan sebentar (sekejap jer tau, kalau lama, nanti dier jadi puding custard plak)  . Kemudian angkat dan sejukkan. Pastu masukkan dalam peti sejuk sebelum makan. Yummeh! mesti hirup sampai habis punya la kuahnya!

Ok setakat ni saya nak kongsi resepi puding roti saya (setelah diubahsuai daripada resepi mak and google)

pssstt; mak, ampun yer masz ubah skit resepi coz resepi mak untuk kuantiti yang banyak.