.

.

Tuesday, November 29, 2011

Temuduga Jawatan Tetap DG41

Fuhh nebes + takut + ingat2 lupa apa yang dihafal….semua ni lengkap la last weekend. aku and a few my coursemate dapat interview pada 23hb November 2011, bertempat di Blok B3, Bilik 1, Tingkat 1, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya.

Jawatan DG41 ni jawatan untuk guru. So bila dah dapat DG41 mean dah tetap la. Kali ini sistem posting untuk cikgu2 DPLI lain skit coz kitaorg skang ni kene interview tuk tetap dulu baru posting. Previous nye style, cikgu2 DPLI semuanya posting dulu baru la di interview untuk tetap, mean cikgu2 yang posting dulu tue masih bukan berjawatan DG la tapi dorang masih memegang DC41.

Menurut sumber yang dipercayai DC41 adalah jawatan untuk guru yang masih belum ditemuduga tetap dan ader sebahagian elaun yang masih belum diterima dalam gaji mereka. So kalau dah dapat DG ni mean JAWATAN TETAP dan gaji yang diterima adalah penuh mengikut taraf DG41. Ini semua apa yang diberitahu oleh pihak atasan la.

Batch aku plak adalah batch yang dikendalikan dengan sistem baru dimana kami semua (DPLI 2010/2011) di temuduga terlebih dahulu sebelum ditempatkan di sekolah2.

Alhamdulillah interview aku berjalan dengan baik walaupun pada mula mendengar soalan agak terkedu tapi aku dpt menjawab dengan jayanya.

Interviewer kami ialah Puan Margerat (Wanita berbangsa Cina) dan beliau sangat baik dan murah dengan senyuman, aku sangat senang dengannya.

Antara soalan yang dikemukakan ialah

1. Perkenalkan Diri anda

2. Apakah matlamat seorang guru?

3. Apakah cabaran yang anda lalui semasa menjalani latihan praktikum?

4. Apakah itu KBSM?

5. Jalankan secara ringkas Microteaching ?

6. Apakah isu-isu semasa antarabangsa yang kamu tahu?

Soalan nampak simple tapi sebenarnya agak mencabar bagi aku yang sedang berperang dengan gementar dan ketakutan.

Kini, semunya selesai sudah dan yang paling penting aku dapat menjawab soalan yang diajukan. Alhamdulillah.

Sekarang ni masa untuk menilik di manakah sekolah yang bakal kami ditempatkan? Uwaaa lagi gerun aku rasa!

(Sompek lagi mokcik amik gambar mokcik ngan kengkawan mokcik..Uii gemuknya mokcik skang ni)

231120113770231120113771  Before interview session…less ur nervous with snappy ur picture!

 

6 comments:

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.. harap2 dpt posting di sekolah yg dihajatkan.. selamat mengajar yer nnt cikgu comel yg vogue lg cantik..

cik asam jeruk said...

InsyaAllah sis mesti dapat,ade tokoh cikgu :)

Reflisia said...

Thanks kak Hanis...InsyaAllah mudah-mudahan..amin

Cik Asam Jeruk; yunk moga2 dimakbulkan hajat akak lah..ader eak tokoh cikgu? heheheheh

Naz Nur Nhazzla said...

ooh..kitadah ada cikgu baru in the house,,tahniah..ha a..dulu masa naz dah dekat setahun bru kena interbiu..huhuhu..setahun tak dpt elaun perumahan tau..gred pun dc41..

Mr & Mrs MonDoK said...

.:: Best of Luck ya Dear!!! Pasnie, nerves kena posting kat mana plak, kan??? Heheheh!!! ::.

LuN@_aiDi said...

Salam cikgu Masz!!

tahniah dear^^_
tak lama lgi kena p skool ler ek? hihihi..
btw gud luck lalink!!