.

.

Monday, December 19, 2011

19 Dec 2011 ~ Already 3 yrs

Warkah buat sang suami. Sila jangan baca kalau rasa nak muntah! hehhehe

Dear Mr. Bugs

Ingat tak lagi tarikh 19th Dec 2008? Pada pagi hari jumaat yang mulia tue, sayang call abang tanya ‘dah gerak ker belum?’ (gerak dari KL to Kedah bersama rombongan untuk melansungkan pernikahan kita). Pagi tue, sayang bangun dengan penuh rasa bersyukur, takut, gembira dan gementar. Hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang sayang fikirkan pagi tue.

Lepas selesai breakfast dengan Ammy, pagi jumaat tue, mak minta sayang alihkan kereta sayang ke tempat yang senang nak keluar ke jalan skit coz mak risau nanti keter kene block ngan kereta lain and lambat plak sampai masjid nak akad nikah nanti. So sayang pun dengan semangatnya keluar rumah alihkan kereta dengan Ammy. Masa sayang ngah reverse kereta tetiba sayang rasa sayang langgar sesuatu. Bila ditolehnya ke belakang, rupanya sayang dah langgar POKOK KELAPA. Omg…hahhahaha. Ammy dengan pantas menjerit, ‘Masz ni mengelamun ker?’….See, pokok kelapa yang besar and tinggi tue pun sayang boleh tak nampak! Nampak sangat sayang ngah berangan and tak sabar nak jadi isteri abang kan! How sweet it is?

Dan petang tue selepas Asar, termakbul sudah hajat kita tuk menjadi suami isteri dan bermula la episod baru hidup abang dan sayang. Terasa getaran hati yang kuat bila dahi sayang dikucup oleh abang. Indahnya dunia dan sampai ke hari ini sayang tak dapat lupakan saat selepas kucupan dahi tue…adakah patut abang tanya sayang ‘ kenapa hidung sayang ni macam mancung sangat jer nampak?’(obvious kan hidung sayang ni penyet sampai kene tegur camtu)..hhahahahah itulah power of make up abang oii.

Kini 19th Dec 2011, genap sudah 3 tahun kita bersama sebagai pasangan suami isteri yang berkulit mulus (kata Wani Syazwani)..hahhaha. Sayang rasa bahagia sangat dengan apa yang kita miliki, walaupun kita masih menanti dan berusaha sedaya upaya kita untuk melihat hasil baka kita. Moga tahun-tahun mendatang memberikan kita penuh kebahagiaan dan kemakmuran. Terima kasih abang kerana sanggup menjaga, menyayangi dan melayan sayang yang penuh dengan peel luar biasa. hahhahahah…Happy Anniversary Abang.

Dari Isterimu

image image

19th Dec 2008

image

4 comments:

mama tisya said...

happy 3rd anniversary utk masz & suami..smoga berbahagia hingga hujung nyawa

Hanis Azla said...

happy anniversary.. semoga terus berkasih sayang sehingga ke hujung nyawa.. sukanya akak tgk gambar wedding tu.. cantik sgt..

cik asam jeruk said...

happy 3rd anniversary sis :)

naniey_hanafy said...

dulu abg bug kurus je..skrg???huhu