.

.

Monday, December 12, 2011

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BPR1M) ONLINE

Nak dapat RM500? Jom klik kat sini untuk dapatkan borangnya secara online.

Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Individu Yang Layak

  • Warganegara Malaysia;
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
  • Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;

Sila kemukakan salinan;

  • MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
  • Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
  • Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.

Untuk maklumat lanjut ;

Talian Hotline : 1-800-222-500
Untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500
9.00am hingga 5.00pm (Hari Bekerja)
E-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my
Muat Turun Borang BR1M

Sumber dari Kementerian Kewangan Malaysia & LHDN

 

No comments: