.

.

Thursday, June 30, 2011

Haziq Danial’s Day ~ Majlis Cukur Jambul

Tahniah Rose!

Rose ni ialah blogger Story Of My Life a.k.a ex – officemate aku masa kat ICU, JPM dulu..

she’s one of my best buddy juga…walaupun dah tak satu opis but we still contact each other and my happiness is she has a cute baby….

comel jer baby dier…and rasa macam baby aku juga…(rose, kira haziq tue anak angkat akak la eak)

last Sunday (26th June 2011), dier ader buat Majlis cukur jambul tuk Haziq…so aku and colleague yang lain datang la nak berjumpa Rose and her baby yang cute ni..

so dah jadi small gathering la kat majlis Haziq ni…so aku dapat la jumpa balik geng2 opis lama ni…rindu kot kat dorang…especially Wani..tapi malangnya Wani tak dapat datang..

best giler makanan dier…sampai aku lupa la aku ni dalam proses kuruskan badan…siap tambah 2 kali kot! (buek malu jer org tgk…nasib baik last sunday aku pg sorang jer coz sang suami ader Trail, kalau tak sure dah kene marah coz makan over and tak hengat dunia)

apa taknya menu dier adalah menu masakan kampung;

1. Nasi putih

2. Gulai nangka

3. Sup Tulang Kambing

4. Kari kambing

5. Acar masak

6. Ikan goreng

7. Ulam-ulaman; bendi rebus, terus rebus, segala pucuk2 ulam

8. Sambal belacan

Terliur tak? sebab tue aku makan tak hengat dunia…hehehehehe

………………………………………………………………………………………………………………

Yang paling aku noticed pasal Rose ni…dier M A K I N C A N T I K…kulit pun licin dah and pendek kata cantik la..heheheh (walaupun pas bersalin, badan maintain slim kot budak ni….uarrgghhhh aku jeles la)

apa2 pun aku rasa happy la coz boleh berjumpa dorang dan bermesra dan bercerita-ceriti dan bergurau senda macam dulu…=)

260620112089

Mama Rose and Haziq

260620112092 Mama Rose, Nenek Haziq, and Aunty Noor

260620112088 Aunty Noor and Haziq, Aunty Masz (yang gemuk) and Aunty Niza

260620112094

geng purple (geng opis lama)

…aku takder dalam ni coz aku tak ikut tema purple

Wednesday, June 29, 2011

Super Cake ~ Red Velvet from Bisou Bake Shop

Bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal…

sesuailah pepatah tue tuk aku coz dok mengidam-idam nak makan red velvet ni and tetiba boss aku plak belanja a slice of Red Velvet cake..

Thanks boss coz bought me Red Velvet cake.

I love red velvet ni….sedap giler!

240620112055 From Bisou with Love

240620112048

Yummeh…

Double Happiness ~ Blog saya menjadi pilihan Mag lain pulak!

wah tittle, macam awok ni artis uoll…

blog baru masuk seciput kat majalah pun nak kecoh ker? hahahhaha..

uollls, mak tak kisah la uollls nak cakap aper pun…coz mak dah glemer dah skang ni…hehehehe (gurau jer ok!)

ishhhhhh semua tue sekadar penghias kertas jer…lupakan kata-kata di atas k coz ia sekadar gurau senda di blog saya!

yang aku gembira lagi ialah blog serba kekurangan ni, menjadi pilihan hati Blog Mr & Mrs Aidi plak untuk segmen Pilihan Kisah Kami…bukan magazine eak! heheheh

wah….mana tak happy kan

blogsaya2 jom tgk kat sini ~

blogsaya3

terima kasih la Mrs Aidi/ Luna coz sudi memilih blog saya yang simple and serba kekurangan ini

sebenarnya aku memang tak tau pun blog ni ader segmen Pilihan Kisah Kami ni..owner blog ni berada kat Auckland, New Zealand…

dier selalu datang blog aku nak tgk Malaysia kot coz berada diperantauan kan…memandai jer buat tafsiran sendiri…=)

bak kata pepatah; hujan emas dinegeri orang hujan batu di negeri sendiri, sudah tentu hujan batu juga menjadi pilihan hati…

begitulah kot aku rasa situasi blogger ni…(ampun yer Mrs Audi a.k.a Luna kalau salah tafsir)

Walaupun we all baru jer kenal (secara maya) tapi aku pun suka kawankawan ngan dier…Luna pun dah kawen and ikut hubby nyer ker NZ…macam aku juga dah kawen and masih belum mempunyai cahaya mata (insyaAllah pas ni rezeki aku dan dier plak kot…amin)

dier juga suka jejalan kat blog aku ni dan suka meninggalkan mesej…cer uolls tgk kat box Commento Addict tue…yang paling tinggi markahnyer si Luna ni la..(mekasih yer yunk)

aku plak suka melaporkan keadaan cuaca Kuala Lumpur kat dier…hahahhah (dah rupa pembaca laporan cuaca kat TV dah) hehehehe

neway, thanks darling…kita kawan sampai bebila k…=) dan untuk blogger lain juga saya nak kawan ngan kamu sampai bebila juga tau!

Tuesday, June 28, 2011

Blogger in Intrend Magazine July 2011 ~ blog saya pun ader juga!

intrend

sah!

memang sah!

sememangnya sah blog saya masuk magazine!

Glamour mak nyah! ” (dengan nada Scha Al-Yahya dalam citer Awan Dania 3)…heheheh

excited la uolls…tak pernah pun berangan nak glamour ni tetiba masuk mag, memang la sukeeerrr…

tapi aku pelik la juga macamana dorang tau blog aku? saper eak bgtau? setahu dan seingat aku tak pernah plak aku bgtau Intrend atau masuk mana2 contest kat Mag Intrend ni pasal blog aku…ishhh

ermmm maybe Intrend bukak blog orang lain dan ader link plak ngan blog aku kan..pastu dier baca blog aku then tertarik kot nak masukkan dalam Magazine Intrend Edisi Julai 2011 ni…

paperpun thousand Thanks to Intrend yang memilih blog saya dan juga sudi paparkan blog saya yang simple and serba kekurangan ni…

………………………………………………………………………………………………………………

Petang semalam pas balik kejer, terus aku meluncur laju dengan Bobi ke kedai magazine…

“tokey, magazine Intrend July dah ader ke belum?” aku malas dah nak mencari coz dah tak sabar nieyh, so trus jer bertanya tokey kedai tue…

dengan rasa happy aku membeli mag ni dan kat kedai tue juga aku selak2 cari kat mana ader blog aku ni…hehehhhe (tak menyempat-nyempat!)

weeeee…kat sini rupanya (kat segmen Bicara Maya)..

walaupun kecik tapi tetap buat aku tesenyum lebar sampai ke telinga!..=)

jom kita tgk (mesti la aku amik picha, wajib tue)

270620112136

Intrend July 2011

270620112140

page ….(alamak lupa la page baper ni)

270620112141  segmen Bicara Maya

 

270620112126

tadaaaa….ini lah blog saya http://cincinmasmerah.blogspot.com

(blushing awok tau, intrend puji awok sebegini! dengan nada usop wilcha)

………………………………………………………………………………………………………………

Bukan blog saya jer ader kat sini malah a few blogger lain pun ader…dan pilihan Magazine Intrend July 2011 ialah blogger Lynna Hirman (she’s deserve ok!)…blog ni juga adalah blog feveret aku juga…setiap hari mesti jenguk la…nak tau kisah fesyennya, anak2 dier yang comel dan kisah perjalanan hidup dier yang agak menarik sangat…paperpun congrate dear…mwaaahh to ur twin yer darling…

270620112131

http://kisahlynna.blogspot.com

 

dan ader beberapa blogger yang tak kurang hebatnya cerita mereka…jom tgk, siapakah mereka..

270620112127

ini lah owner blog yang bgtau aku kat chat box yang blog aku masuk mag…Thanks babe..mwahhh

blog dier pun best ~ http://hanamarvelloves.blogspot.com

 

 270620112128

aku suka blog ni coz cantik giler gambar2 dier…..love it!

http://fadhlynnsameon.blogspot.com

 

270620112129

  blog ni pun best http://ghaffszahari.blogspot.com

 

270620112130    

owh cutenyer baby dier..suka sangat aku tengok!

http://khayranyfadzlyny.blogspot.com

 

sekali lagi T E R I M A  K A S I H  Intrend…pas ni saya akan jadi pembaca setia kamu..ngee =)

Monday, June 27, 2011

Blog saya masuk Magazine?

Benarkah?

ishhh tak pernah terfikir pun buat blog ni nak masuk magazine, apatah lagi kalau nak berangan-angan..

Tapi aku agak terkejut bila aku dapat tgk mesej seorang blogger Farhana Malek namanya…

blogsaya

she told me that my blog posted in Intrend Magazine July 2011…OMG! it’s true…?

Owh! saya masih kurang percaya coz saya tak lihat dengan mata kepala saya sendiri…

dalam kepala ku dah bercadang, balik dari kejer ni kang nak singgah kedai buku nak beli Magazine Intrend..Macamana rupa blog aku yang dikatakan ader dalam Magazine Intrend ni…

paperpun terima kasih bebanyak Farhana Malek kerana bgtau saya….cantik blog awak! Thanks Babe!

Inspired Che Mat Gebu – Apam Kampung

Dapur tanpa sempadan…1 of my favie blog…

boleh dikatakan setiap hari lah aku berkunjung ke sana…(di sampingkan naikkan trafik)..

blog ni empunya Che Mat Gebu yang gebu2 jer masakannya…uiiiieeee kalau masuk blog ni perut yang dah kenyang pun lapar ok!

aku ni kekadang kalau rajin aku masak la ikut resepi Che Mat ni…kalau malas ajak masak ikut suka hati jer…hehehhe

semalam (ahad) aku bosan2 kat umah and kebetulan teringat Apam Kampung mat gebu yang gebu tue…

apa lagi aku masuk dapur kemudian mulakan projek apam tue…hehehhe..sambil2 melaksanakan projek tue teringat pula kat kampung ku nan indah jauh di Kedah!

bukan per aku memang suka apam ni…Mak aku lah orang yang setia melayan karenah aku masa kat kg…itu yang tetiba syahdu…so sambil buat apam sambil cakap ngan Mak aku…

Wahhh! rasa macam mak kat sebelah jer…

dan semalam dapat juga aku makan apam buatan sendiri…sedap juga (puji diri sendiri kot!)

jom tgk apam kampung  saya…hehehhehe

260620112102

ini lah apam tepung beras – by Chef Masz

Hujan di Kuala Lumpur

Jammed!

Kalau sesapa yang kejer kat KL ni, drive ke opis, memang tak sah kalau tak jumpa jammed kan! nak2 plak hujan di pagi hari atau di kala petang…sure berejam dalam keter…

hari ini ( 27th June 2011) , Alhamdulilah pagi2 lagi dah turun hujan rahmat…

bagi mereka yang tak bekerja diwaktu pagi sure seronok tido kat umah kan! tapi aku kene tempuhi pagi yang sejuk ini untuk ke opis..

kalau hujan, sesiapa yang selalu pg kejer naik motor, sure hari ini bawak keter ke opis…

bila ramai yang drive to opis, maka bertambah bilangan kereta di jalanraya, maka kesesakkan pun berlaku…

seperti biasa harini kuar umah dalam pukul 7.30pg…

dan kebiasaannya akan amik masa 45minit sahaja untuk sampai opis..tapi harini aku sampai opis pukul 10.45 pg.!

3 jam dalam keter….huk! kaki pun dah jammed rasanya nak tekan minyak and break..(nasib baik keter auto)

paperpun dah selamat sampai opis…Alhamdulillah! 270620112107 270620112106

Friday, June 24, 2011

Next Station : KOREA (Low Cost Trip)

Our vacation for this year Kuching & Dubai had been cancelled because of certain reasons (pentingkan property dulu).

so this year nyer trip semuanya tak menjadi…hampa skit jer tapi HAPPY banyak walaupun tak pegi Dubai (my dream vacation tue)

bak kata sang suami;

“ abang bukan tak nak pg Dubai ngan sayang, tapi abang nak hadiahkan rumah ni tuk sayang dulu”….Owh romantik juga sang suami ni rupanya…

aku ok jer coz tahun ni pun aku nyer career masih terumbang ambing lagi…menunggu posting lagi…

so since June 2011 running out ni so aku dah plan untuk tahun depan, 2012 yeay…

Planning tahun 2012, tak bleh pg Dubai lagi coz tahun depan banyak benda nak buat..so plan for Low Cost Trip sudah!

hehehhehe..aku tak kisah la low cost trip ker, luxurious trip ker..yang penting aku bleh berjalan2 bersama sang suami…

biasanya setiap tahun we all (aku dan sang suami jer…family trip, lain plak plannya) akan plan satu untuk pg 1 tempat dalam Masia, and 1 tempat oversea la…

so aku and sang suami dok fikir mana nak pi tahun depan!……aku nak trip berdua jer ni

fikir punya fikir aku dapat idea ni..hope tahun depan family trip takder la ke tempat ni!

ini cadangan aku…

Vacation Plan 2012;

Malaysia : Sabah

Oversea : Korea

sang suami macamana? hehehehehhe…alasan aku nak pi sabah nak makan seafood banyak2..masih belum puas pg Sabah last year..nak pg lagi..heheheh

alasan nak pg KOREA coz nak jumpa Lee Min Ho (boleh terima tak?hahahhahah) ishhhh bukan2…alasannya sebab aku rasa korea cantik juga tempat2nya since aku dah terpengaruh ngan citer2 Korea tue dan aku nak pg sangat Pulau Jeju…

harap cadangan Low Cost Trip ni mendapat restu sang suami (coz dier yang nak bayor semua ticket fligth and hotel ni)

sang suami, sila pertimbangkan k…ini dah cukup ok kot ngan tema trip kita Low Cost Trip.

image

image

image

Ini lah antara tempat yang aku nak sangat pg…

(terpengaruh ngan citer korea la ni)

Thursday, June 23, 2011

Breakfast for Dinner

Thanks sang suami kerana sediakan dinner tuk si isteri yang setiap hari lewat sampai rumah dari opis!

since aku kejer ni, sang suami jer yang asyik buat dinner tuk kami…sebab sang suami sampai umah awal dari si isteri…=)

Aku bersyukur sangat dapat seorang suami yang memahami dan bertolak ansur…i love you so much Bugs…

May Allah bless our relationship till die! aminn

Malam tadi we all makan set breakfast…hahhaah, kelakar kan bunyik nyer!

time breakfast tak sempat nak buat semua ni, so buat tuk dinner…heheheh…aku belasah jer, janji makan (dah kata maharaja makan dan tidur, so takder hal la makan aper pun..hehehe)

210620112046 baked bean + sosej with cheese inside + ommelet + garlic bread

prepared by Chef Bugs

Outing with BFF : Moody

maafkan saya penunggu Gua

maafkan saya penunggu Gua

maafkan saya penunggu Gua…

eh bukan! maafkan saya wahai BFF ku AmmyLo….

saya tak dapat tahan la time tue…kalau saya boleh tahan lebih lama skit sure kita dah bergembira bersama!

………………………………………………………………………………………………………………

kisahnyer last saturday, plan asal aku and sang suami nak lepak ngan BFF ku Najmi, tapi pagi sabtu dier dah kabor tak dapat jumpa…so sang suami ajak la aku lepak ngan BFF AmmyLo…

so plan we all berjalan dengan lancar, bila dah jumpa and we all pg MATIC nak makan Nasi Ayam Hailam Mak AmmyLo ni…(memang sedap pun..dah pernah rasa masa raya kat umah dier last year)

masa otw nak jumpa dier (sebelum jumpa AmmyLo, aku pg hantar kek dulu kat Pandan) kepala dah start pusing2 semacam jer ni!…mula2 aku ingat kejap jer…

ok la..aku pun buat tak tau and malas nak layan…tapi lama kelamaan kepala aku berat semacam dah..sampai la we all tiba kat MATIC tue…kepala dah macam batu….rasa macam aku menjunjung seketul batu yang sangat la berat!

aku gagahi juga and tak nak spoil kan mood org lain kan…tapi aku dah mula bersuara yang kepala ku sangat sakit!

AmmyLo, cakap sebab mataku melihat cahaya sebab keadaan yang berlaku tue adalah Malam, so banyak la lampu kat jalan tue kan…nak2 pula jalan ker MATIC tue…(kalau migrain memang tak bleh nak tgk cahaya lampu banyak2 ni, lagi bertambah sakit)

aku akui memang betul apa yang dicakapnya!..aku gagahi juga untuk mencari dinner kat MATIC…pada mula nya mind setting nak makan nasi ayam, and malang nyer Nasi Ayam Hailam dah abis…(laris tau nasi ayam ni)

so aku dah tak tau apa nak makan….selera mula tutup di saat itu dan kepalaku makin bertambah berat…

aku tak banyak sangat borak dan bemesra dengan Ammy seperti biasa..(maafkan Masz yer Ammy)

aku masih bertahan sampai sempat juga dengar AmmyLo beraroke kat MATIC tue..

sebenarnya kat situ ader juga open Karaoke tuk public…so ramai la yang nak tunjukkan suara lunak memasing…

paperpun suara Ammy memang best….(jom pi karok Ammy)

Skali lagi Masz minta maaf yer Ammy!..Ini jer kesanggupan aku untuk amik gambar di saat sakit menyelubungi diri…

180620112005

AmmyLo

180620112007

AmmyLo berkaroke..=)

Wednesday, June 22, 2011

Kisah hati yang tak pernah serik!

“tak payah la terlalu mengharap sayang!..kalau ader rezeki kita suatu hari nanti pasti kita dapat. sekarang ni kita perlu banyak berusaha, berdoa dan bertawakal sahaja. Ini semua ketentuan Allah S.W.T sayang!”

kata-kata sang suami yang menyejukkan hati ku…

bila aku dalam keadaan beremosi, pasti aku akan cuba ingat kata-kata ni sepaya aku b0leh cool macam biasa seperti tiada rasa gundah gulana dalam hati ini!

aku tak pernah serik untuk membeli pregnancy test walaupun kekadang tue aku sendiri tau

R E S U L T nya!

kenapa hati? kenapa hati selalu suruh saya buat semua ni? kenapa hati tak pernah serik walaupun akal dah bgtau jawapannya?

kenapa hati tak pernah serik tuk buat semua ni dan endingnya mata yang akan menangis! kenapa hati?????

dear hati, sabar la menunggu! tekun lah untuk berusaha! Jangan putus asa untuk berdoa dan Banyakkan bertawakal kerana semua ni hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu bila rahim akan diisi….

bukan salah baka atau kesihatan, sebaliknya semua dah sahkan kamu berdua baik and takder masalah…

cuma hati yang selalu gundah gulana dan kekadang akal tak dapat nak kawal hati yang beremosi!

cukuplah hati…jauhkan penderitaan untuk akal kerana akal perlukan kekuatan untuk lebih bersemangat dan hati juga perlukan kekuatan untuk teruskan perjuangan.

  image

*moga aku diberi kekuatan untuk menempuhi ujian Allah S.W.T ini…amin

Wordless Wednesday

image 

image Lee Min Ho ~

aku jatuh cinta lagi

Tuesday, June 21, 2011

Amirah Syafiah masuk TV (MHI)

1st thing, wanna wish Happy Father’s day to all daddy in this world..

saper eah Amirah Syafiah tue? Model ker? Pereka Fesyen ker? or Underground singer? haaaa..nak tau baca sampai abis!

setiap pagi sebelum kuar umah pegi kejer sure MHI jadi tatapan…

semalam (Isnin 20th June), MHI membincangkan pasal Sambutan Hari Bapa..ader la beberapa segmen mengenai bapa yang telah di tayangkan..

antaranya make over B A P A, masakan B A P A ( ini jer yang sempat aku tgk)

ok tuk segmen Make Over Bapa ni…MHI akan make over seorang bapa yang terpilih dan Bapa yang bertuah itu ialah En Saiful Amin Bin Jalun…

pada mulanya aku tak de la kenal lagi saper En Saiful Amin ni…after MZul (pengacara MHI) mempersilakan keluarga En Saiful Amin…tetiba terpaku aku melihat A M I R A H dalam TV…

wooaahhh! ini student saya….di saat ini aku sedar yang aku adalah Cikgu..hehheheh

rupa-rupanya En Saiful ni adalah bapa kepada Amirah ni…

tapi tak sangka student saya masuk TV…nampak she’s like remaja dah berumur 18 tahun la dalam TV…( hakikatnya dier baru form 1)..

hehehhehe…bangga aku walaupun bukan aku yang masuk TV…

paperpun she’s my feveret student la and aku memang suka mengajar kelas dier..

kalau uall nak tau saper Amirah Syafiah ni tgklah gambar kat bawah ni!

246786_165967423467098_100001615248569_437985_6217691_n to amirah; cikgu “curik” pict ni dari FB kamu…hehehhe

223494_156028614460979_100001615248569_367261_2200997_n1 Cikgu Masz & Amirah Syafiah

Kebakaran dekat Jalan Puchong

Al kisah bermula petang semalam masa nak balik ke rumah dari opis..

aku tak pasti la exac kebakaran tue kat mana..tapi bermula aku masuk Jalan Klang Lama dari federal highway tue, aku dah nampak asap berkepul2 naik ke awan…

aku dah mula syak sure ader kebakaran ni..tapi tak jammed pun..

oklah aku meneruskan perjalanan hingga la ke Jalan Puchong menuju Taman Kinrara…tetiba terdengar siren B O M B A

sah! memang sah! kebakaran berlaku..bukan lagi asap kilang, atau pembakaran terbuka yang aku fikirkan…

tapi aku memang tak tau la exac tempatnya kat mana..tunggu gak news kat TV malam tadi tapi takder berita…tengok news pagi tadi pun takder berita juga..

maybe kebakaran tak serius kot! moga2 tiada kemalangan jiwa berlaku…

200620112040 200620112042

200620112043

200620112041

Ini jer la yang sempat aku snap…