.

.

Sunday, August 28, 2011

Kami dah sampai kampung!

Alhamdulillah….da selamat sampai kampung!

we’re reach at kampung yesterday around 1.05pm, weeee…happy so much when i saw my home sweet home and my loff family..=)

now bz ngan persiapan raya….InsyaAllah esok sehari jer kita nak berpuasa dan lusa kita akan menyambut Syawal!

aku tak bleh lama2 nak update blog ni coz ma mom dah bising minta aku siapkan rendang..

ok nanti aku update lagi yer..

DSC09396 Pelita untuk dipasang di halaman rumah

DSC09414

tunggu masa untuk dinyalakan!

Thursday, August 25, 2011

Iftar at Nangkam, Kampung Baru

Ini kisah last Sunday…

dalam kepenatan bershopping kat Jalan TAR, sempat lagi plan berbuka puasa dengan BFF ni.

Kitaorg berbuka puasa kat Restoren Nangkam, Kg Baru.

Macam dah menjadi resam plak berbuka kat sana. ini adalah tahun kedua kami berbuka puasa disana.

memandangkan makanan pun sedap, and boleh dapat discount (coz owner dier kawan sang suami)…so sudah tentu menjadi pilihan hati.

macam biasa kitaorg call untuk reserve dulu and order pun online jer..

sampai jer kat sana, semua dah terhidang..kan senang tue! hehehhe..

Jom tgk apa yang kami makan!

210820112898 Siakap Masak 3 Rasa

 

210820112899

Siakap Masak Steam (limau)..sedap sangat!

 

210820112910

Daging masak merah dan Telur Bungkus

 

210820112912

masih belum complete set ni…sayur tak sampai lagi..=)

 

210820112915

Complete Set

210820112913

Sang suami yang mula sewel…hahahha ampun yer bang =)

210820112902    My BFF, Najmi..control ayu..hikhikhik!

Wednesday, August 24, 2011

Weekend at Jalan TAR

Di saat2 akhir Ramadan ni, cuba bayangkan macamana rupa Jalan TAR?

Fuhhh…tak yah cakap la…memang sesak giler.

Alkisah aku plak 2 hari cuti, 2 hari la kat Jalan TAR tue…sampai muntah2 gak lah shopping!..Opppss bukan aku yang shopping sakan tapi my sil..

hahhahahah…tapi tempias sakan shopping tue aku pun kene skali la!

Ok start the journey (macam la jauh sangat kan)..

Sabtu, selepas sahur..tak tido dah! terus mandi dan siap2. My Sil plan kul 8.30am kuar umah, tapi aku ubahkan supaya lebih awal..so around 7.30am dah kat dalam keter nak memulakan perjalanan.

Kami pergi bertiga, aku, my sis in law 1st and 2nd…semua perempuan and yang lelaki memang malas join la kan!

akulah drivernya..huhuhuh…tak bawak keter kecik takut tak muat barang nanti (sakan kan!) so drive keter besar (ala tak besar mana pun stakat Grand Livina).

destinasi pertama aku pi opis jap antar kunci then trus ke Jalan TAR..

pukul 8.30am dah terpacak we all depan Semua House (parking memang heaven kat Semua house tue, pilih jer mana nak park)

hahahhahaha…kelakar kan! 1st time in ma life seawal tue kat Jalan TAR kot!

kedai pun masih tak bukak lagi…tapi stall Raya sepanjang kawasan Pasar Malam Jalan TAR tue ada yang dah bukak! so we all start berjalan2 area situ.

Jalan punya jalan, shopping punya shopping sampai la pukul 5 petang! U’all bayangkan start 8.30 am to 5.00pm jalan kat Jalan TAR tue….memang nak muntah, pengsan and koma kot!

balik jer dengan penuh bag di tangan la…duit yang kuar tue tak yah cakap la…(yang paling dasyat my SIL la shopping, aku ni setakat tgk2, jalan2 cuci mata jer..hanya ada la 2 3 helai shawl jer yang aku berkenan)

Keesokan harinya (Ahad) kami ke Jalan TAR lagi…adoiii tak puas sehari suntuk berjalan kat sana, sambung lagi ari ahad…macam biasa pukul 8.30 am juga kami terpacak kat sana..

Ari ahad ni lebih kepada Sogo, dan kedai yang dah dilewati semalamnya untuk tukar size baju..maklumlah beli baju cuba dengan mata jer, tak sarung di badan kan!..

so weekend aku sangatlah letih dan happy dapat shopping!

200820112880

tgklah kedai pun tak bukak lagi…=)

200820112876  both of My SIL ngah berlegar2 sementara menunggu kedai bukak

200820112882 time to shopping!

200820112885 aku ngah bz memilih

200820112892 My sil mencuba baju nak dibelinya!

200820112894

Ini lah orang yang paling mahal dalam dunia..emas dibadan! hahahha

ini aku jumpa kat Kedai Emas Sri Pinang, Semua House! dasyat..

Tuesday, August 23, 2011

Calling for Duit Raya!

Hanya tinggal beberapa hari jer lagikan nak raya!

Persiapan raya aku macam sebulan lagi nak raya..coz tak banyak sangat persiapannya!

hati terasa nak raya tapi akal dok fikir kerja yang banyak ni..! =)

tapi yang pasti aku dah tukar duit raya untuk di sedekahkan pada hari raya nanti…wee tak sabar plak nak masukkan dalam sampul duit raya ni..

and lega 1 part bila dah tukar duit raya…kalau lambat skit sure duit pun dah abis..( last year aku terpaksa tukar semua note RM5 sahaja coz note lain dah abis, tue pun last kopek)

Tahun ni raya aku secara sederhana jer..macam tahun2 lepas juga. Jumlah tukaran duit raya pun sama and lebih kurang tahun2 lepas juga..=)

230820112924 Credit to Nurul (my colleague) coz tolong tukarkan duit raya ni…

aku takder masa la kot nak gi bank! bz bebenor =)

Monday, August 22, 2011

DIA maha mengetahui!

Alhamdulillah dan syukur ke hadratnya..

atas apa yang aku terima harini dan aku tak tau macamana nak impress kan perasaan yang aku alami sebelum ni…

terasa kurangnya beban yang dialami…terasa batu yang diusung ke sana ke mari 2 3 hari lepas tiba2 lesap begitu sahaja. dan aku rasa sangat lega dan bersyukur sangat!

Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui apa yang tertanggung di hati ini dan DIA juga yang tahu betapa leganya aku skang ni…

berkat keredhaan atas apa yang jadi dan hikmah disebaliknya sangatlah indah!

 

Friday, August 19, 2011

Hiasan Ramadan ; Daging Masak Hitam

Alhamdulillah…

lagi 10 hari, jelma la Syawal dan Ramadan bakal pergi meninggalkan kita..

Aku bersyukur sangat ramadan kali ni aku dan sang suami tak banyak berbelanja kat luar..mean we all tak selalu pergi bazar sebaliknya masak dan makan kat rumah..

kalau tak makan kat rumah, berbuka puasa kat umah inlaw…so benda2 ni boleh avoid dari food poisoning, dan membazir.

sepanjang bulan puasa ni aku rasa 2 kali kot aku ke Bazar Ramadan ni…

Ramadhan kami kali ni diahiasi dengan masakan2 sang suami..macam2 resepi yang dier masak sampai aku tak sangka dier sehebat tue..

bukan tue saja yang buat aku terkejut ialah masakan feveretnya iaitu Daging Masak Hitam…bagi aku (bagi aku la) bukan calang2 orang yang pandai masak resepi ni..

yer la, kalau kurang bahan ker, terlebih bahan ker, daging liat ker..memang effect masakan ni..betul tak?

Tapi tak sangka sang suami masak memang sedap! (di tekak aku la) erm rasanya sedap sangat sampai aku tambah 2 pinggan nasi la..dan rasanya macam mak aku masak plak…hehehhe

paperpun InsyaAllah planning for open house umah kitaorg nanti, antara menu nya Daging Masak Hitam ni..(jemput datang yer semua)

nanti saya postkan invitation card k…=)

100820112806 Daging Masak Hitam

psssttt….resepi akan di postkan atas permintaan yer =)

(ampun, bukan kedekut resepi, tapi saya kene tanya sang suami dulu apa resepi nya coz dier yang masak masakan ni..saya tak arif)

 

Thursday, August 18, 2011

Dugaan Tak Disangka

terima berita yang kurang enak!

(phone ringing ; lagu Najwa Maheidin, Yo Got To Go)

Saya ; Hello!

Caller; Hello, cik Masz! Ur insurance has been renewal and now ur Roadtax is failed to renewal!

Saya; Huh! what happen?

Caller; U got 2 summons to be settle 1st and then we can renew ur Roadtax!

Saya; what 2 summons? how much i have to pay it? ( felt very surprised because I had to check with MyEG and I was no summons)

Caller; so far I don’t knoe the exact amount and I will check it for you.

Saya; yes, please and call me back after u got the total amount that i have to settle my summon!

huh…mengeluh panjang! baru berangan nak shopping and nak sedekah lebih skit raya tahun ni..tapi ini pula yang datang..

positifkan diri, dan befikir sejenak..mungkin ada hikmah disebalik semua ni….

tanpa aku sedar, drive ke opis sambil mengalir air mata!

 

Wednesday, August 17, 2011

I’m Shock!

Sepanjang aku berkahwin ni..kalau hari-hari bekerja aku memang tak rajin nak masak resepi yang agak complicated ni..

Apatah lagi nai buat menu cubaan pertama kali..memang tak la kan..nak2 pulak bulan puasa..lagi la tolak tepi resepi-resepi baru nak cuba ni…(kang tak sedap, tak satisfied pula makan kan! dah la penat bekerja, puasa dan  makan pulak tak sedap)

Melainkan hari cuti aku suka cuba resepi baru…sebab aku juga suka masak sebenarnya…mencuba resepi baru juga adalah hobi aku..

aku sangat suka tgk rancangan2 masakan dan cuba resepi baru..

macam tue juga sang suami. dier pun macam aku juga, suka tgk food channel and then we will try it on

so far tak pernah la tak menjadi…kalau tak secantik dalam TV (sedap tau tau la kan coz tgk TV, and tak rasa) tapi rasa sedap di mulut kami…

Kisah nyer sang suami bercadang nak masak mee jawa katanya..tapi aku sangkakan weekend ni coz dier pernah bersuara nak masak weekend ni..

Semalam aku balik umah tgk dier dah bertungkus lumus masak…bila di tanya masak aper tue? katanya tunggu jer la waktu berbuka!

So aku tgk memula dier letakkan mee kuning atas dining table, then segala rencah + hiasan mee pastu tetiba kuah mee…

errrmmmmm sedap baunya..aku bertanya mee jawa ker? jawapannya makan dulu baru tau mee apa!

huh! tunggu lagi jawapannya!

bila masuk waktu berbuka, trus hirup Bliss Strawberry then trus rasa kuahnya (teruja sampai lupa nak makan kurma)

“errrmmm ni bukan mee jawa, bukan mee kari tapi mee apa abang?”

tanya si isteri kepada sang suami!

“ini mee bugisiam…(jawab sang suami)”

si isteri makan tanpa berkata2 sambil dalam kepalanya berfikir panjang coz tak pernah dengar mee bugis + siam…

tapi memandangkan sedap , belasah sudah! at the same time aku terkejut juga sang suami sanggup masak mee ni walaupun ia agak remeh..

150820112840

150820112842

150820112845

Mee Bugisiam

Tuesday, August 16, 2011

Separuh telah terlaksana

Alhamdulillah….Syukur ke hadrat Ilahi, kerana aku masih berkesempatan menunaikan ibadah puasa setakat ini..

So far semalam genap 15 hari aku selamat berpuasa…apa yang aku harapkan moga segala amal ibadat aku diterima oleh NYA..

bulan di langit pun da penuh dan surau-surau masih lagi penuh berpenghunikan jemaah solat terawikh.

Tapi hati ini masih risau, risau kan baju raya yang masih belum menjadi…Ya Allah, apa lah nak dirisaukan sangat baju raya tue sedangkan yang aku patut risau adalah amal ibadahku di bulan puasa ni…

Tapi hati ini masih gelisah memikirkan raya yang bakal tiba…dalam keadaan seronok nak beraya kat kampung halaman, hati ini gelisah baju raya tak siap lagi…

Uwaaaaa….sedih + risau

………………………………………………………………………………………………………………

Last weekend aku berbuka puasa kat Wangsa Walk..bersama geng2 (geng zaman belajar)sang suami..

Location; Food Court Wangsa Walk Mall, katanya kat sini nasi ayam dier best giler..pastu geng2 dorang buat berbuka puasa kat sini..

so aku ikut la sang suami berbuka kat sini..

apa lagi menu kitaorang nasi ayam la coz katanya nasi ayam kat sini memang best and memasing nak berbuka kat sini coz nasi ayam dier…hahahha

pict ni jer aku amik dari handfon aku jer, senang nak upload...

120820112824   sang suami

120820112823

with Mommy Erin and Amani

120820112819 Ini lah Nasi Ayam nyer

120820112821

saya suka pedas

120820112822

Ini beverage aku and sang suami!

Monday, August 15, 2011

I got my COACH

ingat tak last entry BAJU RAYA FROM DESIGNER?

dalam entry tue aku ader mentioned yang aku nak Wristlet COACH kan!

hehhehehe..sebenarnya baru ngah berangan and ngah kira2 bajet raya + ngah susun ayat tuk request kat sang suami…

tetapi semalam dah dapat…tapi bukan dari sang suami tapi dari my aunty =)

Last month 1 of my aunty pg New York, and dier ader la borong COACH ni…and tak sangka plak dier ader belikan tuk aku ni..

so semalam aku dan family berbuka puasa umah nenda and jumpa la semua uncle and aunties.

Sebelum balik, my aunty yang baru balik dari US ni ajak naik atas (double storey house), so aku ikut jer la..tetiba dier kasi aku paper bag COACH ni… aku takder la terfikir ader barang COACH kat dalam..heheheh

tetiba buka jer tgk ader wristlet and crossbody bag from COACH….

Wahhh teruja bila dapat kan! kebetulan colour pun antara colour yang aku suka..=)

Suka, suka, suka, suka! dah orang belikan mestilah suka…!

Thanks Mama

140820112832 140820112835140820112830 140820112834

Mari mengumpul barangan jurulatih (COACH)

Sunday, August 14, 2011

Kanser Rahim

Doctor; Puan, setelah kami buat segala pemeriksaan, puan didapati suspected kanser rahim..

dan setelah semua pemeriksaan dijalankan didapati kanser yang dihidapi sudah sampai stage 3B.

Ya Allah….! apa korang rasa kalau ini yang terkeluar dari seorang doktor terhadap kesihatan anda?

Kalau diri aku yang mendengar akan kesihatan aku macam ni, rasanya dah pengsan kot!

Tapi inilah yang aunty aku alami. dan sekarang dier berada di Hospital Klang.

Aku yang mendengar berita ni pun trus terduduk apatah lagi orang yang menanggung! hanya tuhan sahaja yang tahu, apa rasa hatinya.

Last friday petang, sempat juga jenguk dier kat hospital dan masih boleh bercakap dan bergelak ketawa dengan aku and family members yang lain.

tetepi semalam, masa my mil melawat dier, satu kidney dah kene tebuk. and kata sista in law aku lagi maybe 1 lagi akan juga ditebuk tak lama lagi.

keadaannya agak teruk. yer lah dapat detect dah ditahap stage 3B…OMG..sangat sedih ..

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…=(

Aku hanya berharap agar dier cepat sembuh dan masih punya masa untuk bersama kami..aku hanya mampu berdoa untuknya.

“Ya Allah Ya Tuhanku, daripadamu kami datang dan kepadamu jua kami pergi. Kau panjangkanlah usia mak saudaraku ini supaya dia boleh melakukan amal ibadat kepadamu lagi…Hanya Engkaulah yang maha besar lagi maha berkuasa…amin”

………………………………………………………………………………………………………………

APA ITU KANSER RAHIM

Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin ataupun kandungan. Rahim merupakan organ berbentuk buah pear dan terdiri dari bahagian badan (”uterine body”) dan bahagian pangkal rahim ( serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim adalah dipanggil istmus (lihat rajah). Bila disebut kanser rahim ianya merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim.

Terdapat dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri dari 3 lapisan otot dan stroma.

Kanser rahim terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan asal usul kanser itu (lihat rajah 16):

  1. Kanser yang berasal dari selaput dinding rahim dinamakan Kanser Endometrium
  2. Kanser yang berasal dari otot dinding rahim dinamakan Liomiosarkoma (Leiomyosarcoma)
  3. Kanser yang berasal dari kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan Karsinosarkoma (”Carcinosarcoma”)
  4. Kanser yang berasal dari stroma selaput rahim yang dinamakan ”Endometrial stromal sarcoma”

RISIKO MENGHIDAP KANSER ENDOMETRIUM

Kejadian kanser endometrium mempunyai kaitan yang rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon wanita yang dipanggil estrogen. Wanita-wanita yang mempunyai kandungan hormon estrogen yang tinggi samada diperolehi dari dalam badan mereka sendiri ataupun dari ubat-ubatan yang diambil dari luar boleh terdedah kepada kemungkinan menghidap kanser endometrium.

Berikut adalah faktor-faktor risiko terjadinya kanser endometrium

a. Kegemukan, wanita yang gemuk mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi terutama

di lapisan lemak badan.

b. Wanita yang sukar mendapatkan anak ataupun mandul.

c. Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi

d. Wanita yang menghidap penyakit kencing manis

e. Wanita yang mempunyai keturunan kanser wanita .

f. Wanita yang mengambil ubat hormon Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara juga  risiko menghidap kanser endometrium. Walau bagaimanapun manafaat yang diperolehi dari mengambil ubat ini lebih besar dari mudharat kemungkinan mengidap kanser rahim.

g. Wanita yang mengambil hormon estrogen yang berpanjangan. Wanita yang putus haid perlu mengambil hormon estrogen untuk memulihkan kesihatan badan mereka. Walau bagaimanapun jika sekiranya mereka masih lagi mempunyai rahim, hormon estrogen ini

perlu diambil bersama hormon progesteron. Kadar kejadian kanser rahim akan menjadi tinggi jika sekiranya mereka mengambil hormon estrogen sahaja. Wanita yang ingin mengambil hormon selepas putus haid perlu mendapat pandangan Pakar Sakitpuan.

Sumber dari sini.

 

 

Friday, August 12, 2011

Naik Lemak!

Si Isteri; Bang….sayang nak makan nasi & sup tulang la..

Sang suami; ok…balik kang sayang masak sup tulang k…abang tolong kuarkan tulang jer dari fridge

Si Isteri ; Ok (dengan nada lemau.)

dalam hati si isteri; naper lah tetiba arini dier nak suruh aku masak plak..semalam dan hari-hari lepas beriya-riya nak masak! takper lah giliran aku plak kan!

Si Isteri; tapi kita makan sup tulang pukul lapan la yer…! kita berbuka kurma dulu coz sayang kan sampai umah lambat..nak solat asar lagi..pastu bla bla bla…(kekonon nak ngelat masak ni)

Sang suami; (dengan keadaan slamba) OK….

si isteri dah mula naik lemak, malas masak..bila orang dah tolong dier masak, ini plak jadinya..Ampun bang..=)

Tapi balik jer umah, tgk sang suami masih di dapur…sedang masak Sup Tulang!

Mekasih sang suami..=)

090820112802

Sup tulang ~ idaman si Isteri

 

090820112804

Telur dadar; aku masak (at least masak juga)

Sup Tulang ; sang suami masak

Sambal ikan bilis ; Imported from Mom in law house (hikhikhik)

 

Waktu Mustajab Berdoa di Bulan Ramadhan

Kelmarin tengok rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) sebelum kuar pg opis.

MHI skang ni dalam pukul 7.30 - 8.00pm ader segmen Fikrah Ramadan dan kelmarin bersama Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz yg membincangkan tentang Memaksimumkan Ibadah

Sebelum aku kuar umah nak ke Office aku terdengar sesuatu yang sangat menarik perhatian ku.

kata Datuk Abu Hasan Din ni, waktu yang paling mustajab untuk berdoa adalah waktu sebelum berbuka puasa.

Maksudnya bukan doa makan, tapi sebarang doa yang kita pohon kepada Allah S.W.T. Waktunya lebih kurang 30 minit sebelum berbuka puasa (bak kata org tua2 sedang-sedang elok).

Tapi aku pulak tak sempat nak dengar ceramah ilmu ni dengan lebih lanjut coz dah nak ke opis..kang lambat jammed giler plak nanti..

so setakat tue jer aku dengar…kalau sesiapa yang mendengarnya lebih lanjut boleh juga berkongsi dengan saya yer..=)

So marilah kita guna kesempatan yang diberikan Allah S.W.T di bulan Ramadan kali ni dengan membuat kebaikkan dan meningkatkan ibadah kita untuk hari esok..

Thursday, August 11, 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia

Terima Kasih Kerajaan Malaysia

itulah yang patut aku ucapkan sebagai rakyat Malaysia, kepada PM kita dan Kerajaan Malaysia kerana perihatin terhadap keperluan rakyat.

antara usaha mereka adalah menubuhkan Kedai Rakyat 1 Malaysia.

Bila aku dengar news kat TV yang kerajaan dah buat kedai 1 Malaysia ni aku masih tiada perasaan lagi (maksud tiada perasaan tue, tak terasa nak mengunjunginya lagi)

tapi bila aku tgk rancangan 360 di TV3 pada Rabu lepas2 (sebelum puasa), aku rasa terpanggil untuk melihat keadaan kedainya.

kedai rakyat ni menjual barang-barang keperluan dengan harga yang lebih murah berbanding dengan kedai2 lain.

Maka sehari sebelum puasa aku, sang suami dan mom in law pegi la ke sini..

kedai rakyat yang pertama terletak di Station LRT Kelana Jaya. kitaorg pg dalam pukul 8.15 malam dan parking pun senang coz hari cuti dan dah malam kan!

sampai jer sana…ya ampun ramainya orang! dan barang-barang pun dah banyak habis…hanya a few things sahaja tinggal.

Kebanyakkan barang keperluan yang banyak habis adalah barang berjenama 1 Malaysia. Kedainya seperti Mini Mart kat kawasan perumahan biasa dan tidak la sebesar MyMydin yang dekat depan umah aku.

Queue untuk bayar pun sesak coz mungkin kawasan yang kecik dan pembeli yang ramai. Tapi harganya memang murah dari kedai biasa. Contohnya kalau kat kedai luar susu pekat RM2.30 dan kat kedai ni hanya RM2.10…(ini contoh sahaja, bukan harga sebenar)

dan yang aku faham dari apa yang diberitahu dalam TV, barang-barang kat sini (berjenama 1 Malaysia) kebanyakan adalah dari IKS (industri kecil sederhana). Contohnya sos cili, sos tomato, kicap dan lain2 lagi la.

Mean sedikit sebanyak boleh membantu IKS di negara kita berkembang kan!

dan ader perkhabaran mengatakan kedai ini akan ditambah cawangannya di Lembah Pantai (if not mistaken la)

So dari sini, kita boleh merancang budget kita untuk keperluan harian. So yang aku sempat beli hanya Bathroom Tissue jer… =)

30072011376

Keadaan kedai…ramaikan!

30072011378  Ini jer yang mampu beli coz barang lain dah abis….=)

last2 esoknya Mydin USJ jadi tempat shopping grocery!

Wednesday, August 10, 2011

Saham Akhirat

Bila aku baca artikal ni dari seorang teman di FB, aku terpanggil untuk berkongsi Ilmu dan peringatan sebagai seorang hamba Allah S.W.T dan Umat Nabi Muhammad S.A..W

Marilah kita membaca dan merenungnya;

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi


Menu Kelmarin

haishhhh….(mengeluh panjang plak)

sebenarnya perasaan rasa bersalah mula timbul pabila hampir 7 hari (tak termasuk hari cuti coz last weekend berbuka umah my FIL) sang suami asyik masak untuk berbuka puasa…

tapi apakan daya si isteri tak sempat nak masak…and terpaksa sang suami yang memikul tanggungjawab memasak untuk juadah berbuka puasa..=(

Alhamdulillah sang suami tak merungut malah masak dengan seikhlas hati dan penuh kasih sayang…=)

tapi perasaan rasa bersalah tue timbul juga…dalam rasa bersalah tue muncul juga rasa senang hati coz balik umah makanan dah tersedia and tak payah la aku berhempas pulas kat dapur fikir nak masak aper kan! heheheheh

ok, kat sini nak share menu aku and sang suami makan last monday…sang suami masak ;

 080820112797 Ikan Goreng Berlada ~ sedap sangat

 

080820112800

dan Kailan goreng seafood ~ pun sodap

Walaupun lauk yang simple tapi buat aku rasa senang hati dan lega sangat. dan yang paling penting sedap dapat makan air tangan orang yang tersayang…=)