.

.

Friday, September 30, 2011

Remember You ~ Dato’ Siti Nurhaliza featuring Sean Kingston

sitisean

Aku rasa aku dah jatuh cinta ngan lagu English Dato’ Siti ni..best giler lagu Remember You ni.

lagu ni Dato’ feat dengan Sean Kingston! Bijak strategi dato’, featuring dengan SK ni and lagu ni pun ala2 lagu dari negara luar. Good job Dato’. Keep it up!

Kalau uoll nak dengar lagu ni dengan penuh boleh ker SINI.

Boleh click promo dari Dato’ Siti Nurhaliza

 

Thursday, September 29, 2011

Makan-makan!

Opppss..saya tak buat makan-makan kat umah saya la..dah lama tak update pasal masakan aku and sang suami. kali ini entry masakan pas raya.. heheheh

ini adalah menu lunch kami ~ suami isteri last weekend..Jom intai apa si isteri masak untuk sang suami tercinta!

  DSC09382 Ikan kembung masak kicap jer

DSC09384 Sotong masak 3 rasa (pedas, masam & manis)

DSC09385

Pak Choi goreng sos tiram

 

DSC09379

Sedia untuk makan bersama…=)

 

Wednesday, September 28, 2011

Bersara di Usia 64?

Adakah anda setuju? 

Kalau saya, sangat setuju sekiranya ia adalah optional (means boleh pilih sama ada nak bersara di usia 58 tahun, 60 tahun atau 64 tahun.Ikut keupayaan memasing) Saya ader reason sendiri kenapa saya setuju!

1. Boleh buat personal loan. Kita tak tahu bila kita apa yang akan berlaku pada masa depan. Mana lah tahu kalau diusia umor 50 tahun, anak kita memerlukan wang untuk sambung belajar ke oversea ker (kalau tiada tajaan), atau kita memerlukan wang untuk sesuatu yang tak terduga ker kan! dan sekiranya kita bersara pada usia 60 tahun, maka masih berpeluang untuk kita membuat pinjaman dengan pihak bank kerana kita masih bekerja dan tempoh masa masih panjang iaitu selama 10 tahun lagi.

2. Kos sara hidup. Sekiranya di usia 50 tahun, anak sulung kita masih bersekolah dan masih belum bekerja, kita sendiri tidak dapat jangkakan bila anak kita akan bekerja dan adakah pabila dia bekerja dier akan tanggung makan minum kita setelah kita bersara? dan cukupkan dengan wang KWSP atau pencen kita untuk menyara diri kita dan juga mereka kalau kita bersara di usia 50an? Sekiranya kita berkeupayaan untuk bekerja sehingga 60tahun, maka masih terjamin dengan pendapatan kita dan masih ada banyak masa untuk anak2 kita membesar dan mendapatkan kerja yang sesuai untuk sara hidup mereka.

3. Kurangkan beban pinjaman perumahan. Terfikirkan kita untuk langsaikan pinjaman perumahan di usia 50tahun? Kalau saya memang nak langsaikan sebelum umor 50tahun. sekiranya seseorang itu telah membeli rumah diusia 30 tahun dengan pinjaman selama 30 tahun, mampukah dia membayar instalment rumah setiap bulan dengan pencen nya sekiranya diusia 55tahun bersara? masih ader 5 tahun untuk dier meneruskan pembayaran instalment rumah! Sekiranya pendapatan selepas bersara lebih baik dan berkemampuan, memang takder masalah la.

4. Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan. Kepada mereka di luar sana yang tidak miliki rumah dan hanya tinggal di kuaters atau rumah syarikat, sekiranya mereka mampu untuk miliki sebuah rumah pada usia 35 tahun, sudah tentu tempoh pinjaman perumahan akan pendekkan sekiranyan umor persaraan dalam 50++ tahun. Sekiranya tempoh pinjaman singkat maka instalment rumah tinggi. Jadi, jika kita bersara lambat maka tempoh pinjaman perumahan juga boleh dipanjangkan. betul tak?

5. Pengalaman yang berharga boleh diambil. Sebenarnya pekerja-pekerja yang berumur 50 an ni mempunyai banyak pengalaman bekerja. Walaupun ader sesetengah yang kurang dalam bidang ICT tetapi mereka mempunyai banyak pengalaman dari aspek lain, seperti protokol, cara kerja, komunikasi, dan sebagainya. Oleh yang demikian, those yang berkemampuan untuk bekerja lagi, boleh lah bersara diusia 60an kerana bagi saya, kita masih memerlukan pengalaman mereka untuk meningkatkan prestasi sesebuah badan atau organisasi.

6. Tingkatkan pendapatan selepas pencen. Kita tak boleh fikir untuk sekarang sahaja, sebaliknya berfikir untuk masa depan. Dengan dunia yang penuh dengan teknologi dan kos sara hidup yang makin tinggi, maka wang menjadi keutamaan untuk hidup. Seperti mereka yang bersara pada tahun 80 an dan 90 an yang hanya menerima RM300 sebulan wang pencen, maka kita fikirkan sekarang, apa yang boleh kita lakukan dengan RM300 sebulan? begitu juga situasi yang bakal berlaku pada masa akan datang! Sekiranya seseorang itu bersara pada usia 60an, kemungkinan dia masih boleh dinaikkan pangkat atas jasa2 nya dan kecemerlangannya diusia 50 an. tetapi sekiranya dia bersara di usia 50an, kemungkinan dia tidak sempat untuk dinaikkan pangkat tersebut. Rentetan kenaikkan pangkatnya, sekurangnya memberi jumlah pendapatan pencen yang lebih sedikit berbanding sekiranya dia di takuk lama.

7. Kurangkan kos rawatan kesihatan. Sekiranya kita bekerja dengan organisasi yang menyediakan insurance kesihatan dan kemalangan untuk kita, maka kita boleh menggunakan perkhidmatan tersebut secara percuma. Sekiranya kita bersara di usia 50 an, maka selepas persaraan kita andai kata kita menghadapi penyakit diusia lewat 50an, maka semua tanggungan adalah dibawah diri sendiri. (melainkan pesara kerajaan, masih boleh mendapatkan rawatan secara percuma). Kebiasaannya diusia 50an ni, selalu kita terdengar macam2 penyakit mula datang seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya (kalau boleh, kita elakkan) Sekiranya kita bersara diusia 60an, maka kita boleh menggunakan benefit yang diberi oleh sesebuah badan atau organisasi kita bekerja seperti rawatan secara percuma.

Banyak lagi kebaikkan yang boleh kita fikirkan andai kita mahu fikirkan yang terbaik.

Sebenarnya ada kebaikkan dan kelemahan dengan lanjutan usia persaraan bagi seseorang yang bergelar pekerja ini. Ia adalah bergantung kepada apa yang difikirkan. sekiranya ia difikirkan banyak kelebihan, maka baik lah ia, tetapi sekiranya lebih kepada negatif maka ia jadi buruk. Jadi setiap cadangan yang diusulkan saya percaya mereka telah berfikir dahulu sebelum melaksanakannya. Sebagai salah seorang yang memegang tittle pekerja, saya hanya bg pendapat yang saya fikirkan sahaja.

saya tidak mengatakan apa yang saya jelaskan seperti di atas adalah betul dan betul…sebaliknya ia adalah apa yang saya fikirkan. sekiranya terdapat sebarang kesilapan dialu-alukan untuk membetulkannya.

Belajar dari kesilapan dan sentiasa berfikir 360 darjah! (hehehehhe..prinsip kerja saya)

 

10032011857

=)…mampukah aku untuk bekerja sehingga usia 60an?

 

Tuesday, September 27, 2011

Saya tak nak sakit!

Alhamdulillah selesai sudah proses membuat check up kat klinik. Alkisahnya 1 part of my body ader rasa sakit. ingatkan sakit biasa, tapi bila dah 3 hari sakit tak baik juga, maka aku buat keputusan, semalam ajak sang suami pg hospital.

semasa pemeriksaan doktor, Alhamdulillah katanya aku ni sakit biasa jer and maybe amik masa lama skit nak baik coz this part memang lama skit. Seharian la semalam buat check up!

so aku rasa lega sangat and Doktor minta aku datang keesokkan harinya untuk ambil darah bertujuan ujian selanjutnya.

Maka pagi tadi aku ke klinik tersebut semula untuk diambil darah manisku ini. and aku sangat berharap agar keputusan yang bakal aku terima adalah ‘saya tak sakit!’

270920113243

gambar baru sampai opis…

bersama tangan yang telah dicucuk untuk amik darah…sakit kot!

 

Love your time!

When the time coming, we will say goodbye!

Oh, I wish I still have more time which is I can spend the precious time in my life with my big family, my crazy dream, my lovely friends and etc

Talking about MASA, I realize that I'm not in Standard 1 or Form 1, but I am almost turn to 3 series (oppss still have a few years to go).

Bila ingat 3 series jer, start thinking I’m getting tua..Oh dah tua dah! and how much kebaikkan yang aku dah buat dimuka bumi Allah S.W.T ni.

Sometime aku terfikir, kalau la Allah SWT amik nyawa aku di saat ini, cukupkah bekalan aku untuk hari akhirat nanti? (insaf …dan moga aku dipanjangkan umor and murah rezeki)

Semua ni bermain difikiran since aku ke hospital melawat aunty yang menderita dengan cancer rahim. Sedih + menitis air mata aku when i saw her terlantar atas katil.

her eyes getting yellow, ( sangat sedih nak pandang dier) and she’s kurus giler.

Ya Allah, aku memohon agar KAU kurangkanlah derita kesakitannya. Amin.

250920113233

sempat lagi aku and cousin bergambar kat hospital..(last sunday)

disaat menceriakan keadaan kat hospital coz my aunt tak suka tgk kitorg bersedih!

dan paling best and paling meriah adalah kat katil aunty aku ni la coz ramai sangat sedara mara and sepupu sepapat datang melawat.

Kitaorg kat sana penuh dengan cerita ceriti kelakar yang menceriakan keadaan kat hospital. semua ni adalah supaya aunty aku tak sedih dengan penyakitnya!

Friday, September 23, 2011

When he met CLICKER!

Miss him so much!

He is my Sil’s son and he’s name APEN

(anak buah yang sangat susah nak close coz dier hanya akan berkepit ngan mama, papa and kakak dier jer)

Let’s get his weird + cute + rabbit + etc face (paling suka bergambar)

160920113113

160920113114

160920113115

160920113119

160920113117 

160920113120

160920113121

u r so cute!

 

Thursday, September 22, 2011

Wajib Baca ~ Especially Wanita

Saya dapat Msge ni dari Facebook dan saya ingin berkongsi dengan anda semua untuk kebaikkan!
Tolong baca yer kawan2!
.............................................................................................................................................................................
PERINGATAN UTK KAUM WANITA!!! by Blog Teh Secawan on Tuesday, September 20, 2011 at 2:24pm
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam.
Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!. Sebarkan!!

Sentiasa berhati-hati kawan2. Pesanan untuk saya dan mereka di luar sana.


Bowling at One Utama

Mode; Mak cik Kipochie!

Morning uoll!

Pepagi sampai opis, breakfast dulu..arini makan meehun goreng dulu and white coffee..kelasss uoll minum white coffee! hhehehe..

Arini MCK (Mak cik Kipochie) nak cerita pasal sorang artis ni tau! ooopppsss bukan artis uoll tapi blogger ok! (baca dengan nada MCK k…gedik + mengumpat)

Saper, saper blogger tue? (dengan nada FF Hot.FM)

Haaa..MCK nak bgtau blogger tue, curi tulang tau! Curi tulang binatang ker manusia? Ish uoll ni, curi tulang means pergi main bowling di waktu bekerja semalam (21.09.2011).

itu yang MCK nak bgtau…orang bekerja, dier pg main bowling uolls! ishhh mana sikap dedikasi dalam bekerja kan uolls!

EH (bukan majalah EH!), MCK dengar boss dier plak tue yang belanja! Ishhh takkan la Boss ajak main bowling waktu bekerja kan! tak logik uolls

Tapi satu opis dier pergi main bowling uolls, erm betul la tue boss dier belanja! hehhehe..

Jom tgk gambar yang MCK amik! bukti yang MCK ni tak cakap tipu…

210920113147Ini lah gambar blogger tue ngan her Boss and colleague

210920113155Ini lah suasana One Utama Bawl..lengang takder orang diwaktu pukul 11 pagi.

Betul tak MCK cakap dier pg waktu bekerja!

210920113156

Haaaa…ni la blogger tue..sempat ajer possing maut!

mentang2 takder orang, boleh la dier buat kawasan jajahannya (macam British plak dah ader kawasan jajahan)

210920113152

Ini lah Bosses and her colleague…patut la suka hati kuar main bowling coz bosses dier pun turun main skali! kalau MCK pun nak…heheh

210920113153(1)

Amboi…tak sedar la tue MCK ngah skodeng!

210920113163

Ini lane nya uolls

210920113162 MCK sempat juga amik pict ni..MCK tgk colourful jer..

suka, suka, suka tau!

210920113160

Amboi colleague dier possing maut juga!

nyampahz tau coz MCK takder pict macam ni…ermh (dengan nada pondan tak jadi)

210920113158

Sesi tukar kasut pun MCK amik tau sebagai bukti!

nanti uolls cakap MCK tipu pulak

210920113166 Haaaa…balingan BOSS besar!

210920113168

Laaa…tekejut + terharu MCK tau bila ader suprise untuk MCK..

opppss bukan rupanya tapi untuk Nurul!

210920113170

Happy Birthday Nurul!

maaf yer MCK amik picha ni ngan henpon MCK jer..camera gedabak besar tue MCK tak bawak coz MCK bawak sling bag jurulatih kecik jerrrrr (dengan nada yang riak + menunjuk2)

Psstt; Blogger tue cakap dier da nyampahzz ngan MCK…no no no..! so MCK nak cari blogger lain lah! byeeeee (nada suara sengau)

Wednesday, September 21, 2011

They are Beautiful

This conversation between Maksu and her Anak Menakan

My niece (sophia) ; kenapa mak su suka amik gambar?

Mak Su ; Sebab benda tue cantik! so maksu nak amik gambar supaya dier kekal cantik.

My niece (sophia) ; oooo…jadi kitaorang ni cantik la maksu?

Mak Su ; hahhahaha..bijak pun korang semua!

Last weekend aku melawat my sista in law kat Temerloh (she’s working there), so my sista in law yang kat KL pun ikut. semua skali ikut termasuk my mom in law.

memandangkan cuti panjang kat sana, so 24 hrs la aku ngan bebudak ni. Anak menakan semua 5 orang jer, dier punya riuh macam 50 orang..adoii!

macam2 ragam budak2 ni…so aku and sang suami plak suka sakat and layan bebudak ni. hehehe

memandangkan maksu nya suka bergambar, maka anak2 buah ni la jadi mangsa objek untuk ditangkap gambar. sebab tue keluarnya conversation kat atas tue!

Jom tgk muka anak2 buah aku!

160920113105

Sophia and Irdina

160920113106

Irdina ni pun sama peel ngan yang lain, suka buat variety of impression kalau org nak amik pict dier

160920113112 memasing nak naik atas kak phia

160920113111

Suka nya Irdina di dukung oleh kakak Phia

160920113107 Irdina trying buat peace, and Apen (sophia’s lil bro) with perfectly peace

160920113108 Anak2 Uncle Bob

160920113109

Anak2 maksu..Irdina failed buat peace tapi jadi five!

Tuesday, September 20, 2011

Feeling of having the kids!

Being a mommy and daddy, is a best moment in our life (i guess). Evendo I’ve yet to preggy, yet to deliver baby, but I still bersyukur coz i still have niece and nephew who they r like my son and doter.

Alhamdulillah, I still have chance having a feeling like mommy for my kiddos (which is they are my Sil’s kids)

I will have a big smile when i saw them with my brown eyes, when they shouted “mak shue’, when they cry and ask me to hold them, when they laugh with a variety of action, when they ask me to bring them ‘jalan-jalan’. and etc

Oh indahnya dunia. I guess, those with tittle mommy and daddy, will get happy life with their kids. I really want my own kids, but it’s come from Allah S.W.T. and I should berusaha lagi!

Be patient Masz, maybe Allah save you something better in ur future…Who knows? InsyaAllah! Everything happened come with full of Hikmah. That is what i believe in my life.

I love them so much.

160920113090 160920113091

Irdina with her scooter

Mak Shue and Uncle Bob, meleyan kiddos kat playground my Sil house kat Temerloh last weekend

160920113094

Abang Iman yang merajuk coz tak pandai nak bawak basikal 2 roda. Sian abang Iman coz tak pandai main beskal 2 roda. tgk jer Sophia and Anna mengayuh beskal.

160920113095 Mak shue and Kakak Anna (my eldest niece)

This gal ni like mak shue, kalau maksu make up, dier pun nak make up juga!

160920113096 Sophia dengan ‘action’ nya dapat naik basikal 2 roda. Sangat bijak la this gal.

pandai jaga kakak and her adik (apen nama timangan adiknya)

160920113098

they have a lot of ‘peel’…Mak Shue and Uncle Bob jer kekadang tak larat nak layan!

160920113102

Irdina and her Uncle Bob

“Dah jom balik” uncle bob ajak balik!