.

.

Friday, January 6, 2012

Bahagia?

Kalau tak berani rasa kecewa macamana nak rasa bahagia? persoalan ini aku dapat setelah aku FB walking ok..bukan blogwalking..

Benarkah setiap kebahagiaan yang kita kecapi akan bermula dengan derita atau kecewa terlebih dahulu? Aku terdetik seketika berfikir..adakah segala kebahagiaan yang aku miliki kini bermula dengan derita atau kekecewaan!

Owh…susahnya memikirkan perkara yang aku pernah alami dan kini kita di dalam kancah kebahagiaan…Bahagiakah aku sekarang? Derita kah aku sebelum ini? Kecewakah aku sekarang atau semalam? persoalan yang penuh tanda tanya!

Jangan berfikir penderitaan atau kebahagiaan yang dialami sebaliknya fikirlah ia sebahagian ujian atau dugaan hidup yang perlu ditempuhi. Bahagia, atau kecewa bukan persoalan tapi cara kita hadapi bahagia dan kecewa itu perlu kita nikmati, kerana manisnya tak ada siapa yang tahu kecuali kita sendiri.

Persoalan yang aku jumpa tue ada betulnya juga…kalau kita tak rasa susah macamana nak rasa senang. Sebab tue munculnya pantun ini,

Berakit-rakit ke hulu,

Berenang-renang ke tepian,

Bersakit-sakit dahulu,

Bersenang-senang kemudian.

So renung-renungkan dan selamat beramal =)

DSC-5426 Thank You Allah S.W.T

 

2 comments:

Nadhira said...

bahagia, sedih, kecewa. rencah kehidupan =)

missina said...

kebahgiaan terpulang pada kita nk menafsirkannya kan,,;)