.

.

Friday, January 13, 2012

Moga Dia Tenang di Sana

AL-Fatihah..

Nafasnya terhenti pada Malam Jumaat

Tanggal 12.01.2012, jam 7.50pm (khamis malam jumaat), aku menerima panggilan dari adik mengatakan TOK JAH sudah pergi…pergi meninggalkan kami semua!

Pergi…pergi meninggalkan segala hartanya di dunia.

Pergi…meninggalkan semua anak-anaknya.

Pergi…pergi meninggalkan seluruh cucu cicit kesayangannya!

dan

Pergi…pergi meninggalkan hajatnya yang tak kesampaian iaitu menunaikan fardu HAJI.

aku seperti sudah dapat menjangkakan keadaan ini kerana last week aku and semua adik beradik, saudara mara balik kampung untuk melihat arwah yang sedang sakit.

‘Tok, Masz balik ni…tok kenai masz dak?’ sempat juga aku peluk cium dia di saat dia masih bernafas walaupun pada ketika itu aku sendiri pun tak tahu samada dia sedar atau tak kehadiranku.

Kini, dia telah pergi. Pergi buat selamanya dan aku pula tak dapat nak balik kampung (atas sebab yang tak dapat dielakkan) untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.

Hanya bacaan Surah Yassin yang dapat kuhadiahkan dari sini. Aku redha dan terima segala ketentuan ini, walaupun hajatku untuk hadiahkan baju raya tahun ni tak tercapai!

Ya Allah tabahkan hatiku ini dan aku doakan moga DIA TENANG DI SANA dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. amin

Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:

Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.

(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).

Jelaslah hadis ini menunjukkan kelebihan bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan baiknya pengakhiran seseorang itu (Husnul Khotimah).

Mudahan-mudahan kita juga terpilih untuk mengakhiri nafas ini dengan pengakhiran yang terbaik. Amin Ya Robb.

 

2 comments:

ratna said...

Salam takziah...alfatihah..

Nadhira said...

salam takziah juga reflisia. al fatihah.