.

.

Sunday, January 29, 2012

Terkejut kat Klinik!

Terkejut! bukan perkara yang boleh dibuat-buat. Salah terkejut boleh mati tau..So ada masanya kita perlu berhati-hati kalau nak terkejut ni.

Kisah aku terkejut ni, agak kelakar! last thursday, aku ke klinik nak buat follow up check up dengan masalah kesihatan aku ni (bukan masalah sangat la sekadar check jer la). Sesampai aku kat klinik dalam pukul 9.00pg cam tue..aku pun amik nombor seperti semua orang buat bila sampai ke klinik.

Ok, aku tgk nombor aku 6593, so aku masuk ke tempat menunngu dan dah mind setting tak ramai orang hari ini. Memula aku tgk tempat menunggu giliran penuh dan aku perlu berdiri buat seketika, pastu mata aku mencari papan nombor giliran. Terpana aku seketika bila melihat nombor sekarang ialah 6070. 

‘OMG..should i go home???’ umangai..lagi 500 orang tue baru sampai ke nombor aku!

itu lah ayat pertama yang terlintas dihatiku. aku trus call sang suami dan bgtau keadaan itu. jawapan sang suami ‘ Tunggu jer la sekejap’…ermmm sekejap la sangat! aku pun mendengar kata sang suami, tunggu la kejap, kalau rasa tak bleh blah…blah jer la..

Baru hatiku berdetik , ‘let’s get Alamanda’..tetiba aku terdengar panggilan untuk Enam Lima Tujuh Tiga….Huh ! Eh! ader nombor yang bermula dengan 65++ rupanya…dan nombor yang aku dapat tidak la sejauh 500 orang…

hahhahahah..tergelak aku sendiri dalam hati…hehehhehe..so aku pun amik keputusan untuk stay and dapatkan rawatan lanjut. Alhamdulillah ujian darah yang aku buat semuanya ok dan takder masalah. aku juga mengharapkan ultrasound yang bakal aku jalani nanti juga menunjukkan keputusan yang negetif mean aku seorang yang sihat walafiat!

260120124280 Peneman aku dikala menunggu giliran untuk berjumpa doktor!

 

1 comment:

Adlina Husaini said...

hehehe kelakar la..seb bek tak pegi alamanda lagi.tapi memang berchenta laa gi klinik tu..ramai gile