.

.

Thursday, February 9, 2012

Makan masak entry

Lama sudah aku tak postkan apa yang aku masak kan!

Bukan per skang ni bz memanjang pastu masak pun ala kadar jer..Tak der masa nak baking, cooking and sewing. But aku sangat rindukan masa senggang yang boleh aku baking, cooking and sewing.

Kisah makanan yang aku masak last couple of week ni agak special coz belajar masak Tempoyak Ikan Patin dari sis inlaw. so try masak and tak sangka menjadi. ermm ‘sedap’ puji sang suami. Tak bau and rasa hanyir katanya

Petua yang aku dapat dari sis in law aku la yang tinggal kat Termerloh tue..Thanks Kak Lina.Jom intai masak Gulai Tempoyak ikan patin Masz

270120124305 Nampak macam masak lemak kan! Tapi ini Gulai Tempoyak Ikan Patin

 

Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin

*semua bahan adalah bergantung kepada jumlah ikan

untuk seekor ikan, bahan-bahannya;

2 batang bunga kantan

2 batang serai

seikat daun kesom

3 helai daun kunyit

sedikit kunyit hidup (ditumbuk kasar)

10 biji cili padi (ditumbuk kasar)

2 camca besar tempoyak masam

1 camca besar tempoyak manis

garam secukup rasa

2 keping asam keping

Seekor Ikan Patin

Air setengah periuk

Cara memasaknya;

Masukkan semua bahan kecuali ikan dan rebus sehingga masak kuahnya (sehingga bahan sebati dengan kuah dan mengeluarkan bau yang enak). Kemudian masukkan ikan dan pastikan ikan dimasak dengan baik tanpa menghancurkan ikan tersebut.Bila ikan dimasak dengan bahan yang mewangikan dan menyedapkan ini, maka hilang lah bau dan rasa hanyir pada ikan. Jangan lupa ikan perlu dibersihkan dengan tepung dan asam supaya ikan tersebut tidak melekat baunya yang kuat tue.

Selamat mencuba yer..

 

No comments: