.

.

Friday, February 3, 2012

Rotan!

‘ Jangan Gaduh! Kang maksu rotan korang semua!’

ini jer la ayat yang slalu aku guna supaya anak-anak buah aku tak bergaduh each other and behave!

Sememangnya aku memang tak sampai hati nak rotan mereka ni..apatah lagi mereka ni bukan anak aku (anak org oiii, jgn sesuka hati nak rotan)

cuma last week masa cuti chinese new year, aku lepak ngan dorang kat umah in law aku agak lama. so macam2 karenah yang timbul..apa lagi ader yang over nakal pun ader. Kebetulan pula one of my sil ni warded akibat demam, so anak-anak dia aku lah yang tolong tengokkan.

Kesabaran aku agak tercabar bila my hensem boy, Iman mula behave yang bukan-bukan. He try ‘ludah merata-rata. then aku cuba nasihat dia supaya jangan buat macam tue coz that is not decent. Dia still meludah dalam rumah sesuka hati, dan aku mula warning dia dengan rotan and dia mula bengang ngan aku agaknya sampai dia datang kepada ku dan trying ludah..malangnya air liur dah kering agaknya sampai takder apa yang kuar.

so aku dengan marahnya (coz dia still tak dengar cakap dan makin teruk,) trus amik rotan and kejar dia. mungkin dia ingat aku main2 agaknya and tak sangka yang aku mengejarnya. sampai ke bilik atuknya. Aku dengan nada marah seorang cikgu, memarahi anak buah aku ni dan hampir nak rotan…tapi aku memang tak sampai hati nak rotan mereka. Aku hanya mampu rotan di dinding sahaja.

Aku sangat sayang mereka seperti anak aku sendiri dan aku taknak mereka mempunyai kelakuan yang tak senonoh. walaupun perangai mereka itu bukan datang dari rumah, aku tak nafikan mereka juga turut teroengaruh dengan kawan2 kat sekolah.

Apa-apa pun aku percaya melentur buluh biar dari rebungnya!

280120124322  si comel yang sememangnya buat aku sentiasa happy

280120124315

alahai bila dilihat Iman tidur, rasanya menyesal marah2 dia, tapi marah bersebab

280120124316 Bila lihat mukanya yang comel ni, tak sanggup nak marah atau pukul walaupun wall rumah dan jadi white board mereka

280120124327

Macam ni nak rotan? cute + mempunyai pelbagai keletah sehinggakan aku rasa menyesal bila meninggikan suara dengan mereka. tapi maksu nak korang jadi anak yang baik dan sopan santun!

 

No comments: