.

.

Friday, February 10, 2012

Semangat

Perlukan semangat yang kental lebih kentang!

Aku rasa semua guru perlukan semangat yang kuat untuk terus berbakti kepada negara, nusa dan bangsa. Bagi aku seorang guru fresh dari oven ni sangat perlukan semangat yang kuat + kental macam kentang, serta berhati batu supaya tak selalu sentap ngan perangai murid yang makin berteknologi tinggi ni.

Cabaran demi cabaran aku tempuhi, tetapi aku belajar untuk senyum terima semua ni. Patutlah senior2 aku cakap tak nak sekolah kat KL. Kini aku sendiri tahu dan alami dan ketahui kenapa dorang taknak sekolah kat KL. ‘Motif demand’…hahhaha

Murid sekarang bukan macam dulu tau. Mereka sekarang bijak, berani, and beyond the limit. Ada setengah tue bijak mencari alasan, berani mencabar guru dan tidak takut untuk pukul guru…Fuhh gerunkan dengar semua ni.

Walaupun betapa hebatnya murid, guru perlu lagi hebat, hebat menyerang dengan kaedah psikologi bukan kaedah ROTAN. Kenal pasti kelemahan murid dan tackle mereka melalui kekuatan yang ada. Perancangan perlu rapi, serangan hendaklah tepat baru apa yang kita hasratkan tercapai.

Aku? kini masih belajar mencari strategi sebelum membuat perancangan, sedangkan guru lain sudah bersedia dengan senjata masing-masing. Tapi aku still empty. Practice yang aku terima selama 4 bulan masih belum cukup untuk aku merancang semua ni kerana murid yang aku terima sangat berbeza.

Aku perlukan semangat yang kuat untuk harungi semua ni.

090220124445

Moga aku makin kuat!

 

3 comments:

Nadhira said...

selamat pagi cikgu! =)

Rai said...

caiyok cikgu manis!

sekadar berkongsi..
blog cikgu ini yg selalu saya baca

http://khairulaniza.blogspot.com/

dan blog ini juga

http://hadithpsikologi.blogspot.com/

LuN@_aiDi said...

sangat tabik dgn cikgu2 zaman skng!
dulu pernah jd cikgu kejap, tapi surrender!!
tak sanggup!!
so sangat tabik ngn Masz^___^
caiyook Masz!!