.

.

Tuesday, March 13, 2012

Demam tak sudah!

Ujian tuhan bila kita di berikan sedikit halangan dalam kehidupan kita dengan kesihatan yang kurang baik…ini lah yang aku anggap atas apa yang aku alami.

positifkan diri agar segala musibah yang datang menjadikan kita lebih redha dan kuat!

Last couple of week aku berehat panjang dari bekerja kerana aku di timpa sakit iaitu demam yang agak teruk. bukan sekadar demam yang on off jer, tapi paru-paru aku ader infection kuman juga. batuk aku yang makin teruk membuatkan kahak aku berdarah.

Fuh! ngeri dengan apa yang aku alami. aku off dari ke sekolah selama 4 hari. Kemudian selera makan aku totally out sampaikan berat aku turun 2 kg dalam masa 4 hari!

nak berjalan, solat dan apa saja kerja semua nya aku tak mampu..Ya Allah, masa itu aku hanya fikir nak cepat sembuh jer supaya aku boleh kembali seperti sedia kala.

Syukur sangat bila dapat seorang suami macam suami aku yang sanggup melayan karenah aku, sanggup balik rumah diwaktu tengahari dari pejabatnya nak pastikan aku makan dan makan ubat. Sanggup bawa aku ke klinik untuk buat daily check up! Adoi! sungguh penyabar wahai sang suami…

sampai sekarang batuk aku masih ada. aku berharap sangat batuk aku akan hilang dan aku baik dari segala penyakit! Moga Allah S.W.T kurniakan aku kesihatan yang baik dan berpanjangan..amin

 

6 comments:

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

get well soon dear.. rehat ye.. makan ubat.. take care..

Hanis Azla said...

bila sakit mmg kita rasa bersyukur sgt nikmat sihat kan.. Alhamdulillah ada suami yg baik dan bertanggungjawab.. akak doakan awak akan cepat2 sembuh sepenuhnya.. take care ye..

nasazfrog... said...

agaknye mungkin keadaan faktor cuaca juga yang tak menentu ek,, jaga makan n makan ubat yang sepatutnye yer.. sian dia.. mudah2 cepat sembuh key...

mummy_ayu said...

sian..semoga cepat sembuh key..banyak2 minum air suam

LuN@_aiDi said...

yunk! moga u cepat2 sembuh!
ciannyer demam dah lama.. jgn luper amek madu+ lemon
utk kurangkan batuk. insyaAllah cepat sembuh:)
get well soon!

Reflisia said...

Thanks darling-darlingku...mwahhh