.

.

Monday, April 30, 2012

Bila Hati Mula Cemburu

Happy Monday peeps!

Di hari permulaan minggu ni malas betul kalau nak difikirkan tentang kedukaan atau benda yang tak happy! tapi ini saja boleh aku luahkan perasaan tentang hati yang tak berapa happy dengan tindak tanduk orang ni!

Salahkah kalau dia KELIHATAN cantik?

Salahkah kalau ramai yang PUJI dia ni cantik?

Salahkah kalau pakaian dia BERJENAMA?

Salahkah kalau make up dia nampak GORGEOUS?

Salahkah kalau dia berpenampilan MENARIK?

Semuanya tak salah bagi saya kerana itu cara dia menjaga penampilannya Itu adalah pilihan dia dan itu semua hasil dari usaha dia. Ini adalah cara dia membawa dirinya dalam kehidupan dia.

So, people tak perlu nak buka mulut dengan mencemuh akan kecantikkan orang lain, tak perlu juga nak buat fitnah tentang hasil orang lain. Jangan sesekali mula fikirkan kebencian terhadap orang yang menjadi perhatian orang kerana kamu tidak perolehinya.

Lumrah alam yang tak dapat diubah apabila hati mula cemburu, maka mulut mula membuka sesuatu yang kurang enak untuk telinga mendengar. Sebagai seorang yang mempunyai profession yang Professional, anggaplah cemburu kamu sebagai satu langkah untuk kamu lebih cantik dari dia. Gunakan cemburu itu sebagai satu titik tolak dalam berpenampilan lebih menarik.

Apa salahnya sesekali jadikan orang yang kamu cemburu itu sebagai inspirasi dalam mengubah cara kamu berpenampilan. Tak perlu kutuk atau cemuh dia sebab dia mendapat pujian ramai, kerana dia sendiri tidak minta untuk dipuji. Orang yang memuji dia dengan ikhlas sebab people memang suka kecantikkan.Dan itu adalah cara kehidupan dia yang sukakan kepada kecantikkan dan kehidupan yang menarik!

Ubah sikap, ubah fikiran, ubah segala cara/pemikiran ortodok yang boleh membawa kepada perkara negatif =)
 *kata-kata ini lebih untuk saya sendiri
130420124738
Gambar yang tiada kene mengena dengan entry di atas, sekadar hiasan =)

2 comments:

shakila said...

cemburu tu bgus tp, perlu dipndg dr sudut posiif..kalo cemburu tu blh mmbina kendiri diri mnjd lbh baik or sama mcm org yg dia emburu..xsalah..btul x kak? abaikn org2 yg punya mentality yg MELESET..:)

cik asam jeruk said...

betul2..klo perasan cantik baru kte marah..kekeke