.

.

Saturday, May 19, 2012

Good News Teachers

Wah! Kat mana-mana sudut melepak guru-guru kat sekolah, asyik membincangkan kenaikkan pangkat masing-masing. Alhamdulillah rezeki cikgu kan! Pengorbanan yang telah ditaburkan oleh seorang guru mungkin akan terasa lebih dihargai apabila jasanya dikenang dengan kenaikkan pangkat.

Baru-baru ni sempena Sambutan Hari Guru, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, kenaikan pangkat tersebut melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari rabu lepas. Klik sini untuk semakan kenaikkan pangkat

Petikan daripada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin;

22. Selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah baik Skim
Perkhidmatan Pendidikan, peruntukan tempoh minimum kenaikan pangkat
secara Time-Based berasaskan kecemerlangan dikekalkan sebagaimana
diumum oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Mac yang lalu. Bagi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41, hanya 8 tahun diperlukan untuk
kenaikan ke gred DG44, 8 tahun untuk gred DG44 ke DG48, 6 tahun untuk gred
DG48 ke DG52, dan hanya 3 tahun untuk DG52 ke DG54. Manakala bagi
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma gred DGA29, hanya 8
tahun diperlukan untuk naik ke gred DGA32, 8 tahun untuk gred DGA32 ke
DGA34, dan hanya 5 tahun untuk gred DGA34 ke DGA38.


23. Lanjutan pengumuman YAB Perdana Menteri, seramai 390 orang guru
telah dinaikkan ke gred DG54, manakala 676 orang ke gred DG52, 3,938 orang
ke gred DG48 dan 19,805 orang ke gred DG44. Bagi Guru Bukan Siswazah
pula, seramai 399 orang dinaikkan ke gred DGA38, manakala 2,639 orang
dinaikkan ke gred DGA34 dan 9,519 orang ke gred DGA32. Dianggarkan
seramai 8,222 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831
orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma akan
dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat apabila memenuhi syarat tempoh
perkhidmatan mulai 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2012. Guru-guru boleh
membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini.


24. Selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kecemerlangan
pendidikan dan memartabatkan profesion keguruan, saya ingin memaklumkan
bahawa proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan
Penolong Kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh Kementerian.
Setakat ini seramai 854 orang Pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke
DG52 dan 4,270 orang Penolong Kanan telah dinaikkan pangkat dari DG44 ke
DG48. Kenaikan pangkat ini melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan yang
merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Disember 2011, dan
yang memangku jawatan sebelum atau pada 31 Disember 2010. Tarikh
kuatkuasa kenaikan pangkat ini adalah pada 1 Januari 2012. Baki penyandang
jawatan Pengetua dari gred DG48 ke DG52 seramai 430 orang dan baki
penyandang jawatan Penolong Kanan Gred DG44 ke Gred DG48 seramai 2,655
orang akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah calon-calon
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
………………………………………………………………………………………………………………

Best kan! Ini lah namanya rezeki, dah lah dinaikkan gaji kemudiannya dinaikkan pangkat pula. Weee bestnya, tahniah buat semua guru-guru yang layak menerima kenaikkan pangkat ini. Aku hanya mampu melihat dan belajar lebih gigih dari senior2 ini. =)

Sebagai reward diri aku sempatkan diri shopping kasut! hehehheheh…tak dapat naik pangkat (berangan jer la kan!) dapat shopping pun dah terapi stress aku ni.

190520125274  so comfy…. love this

No comments: