.

.

Tuesday, May 1, 2012

Rezeki terpijak ~ SURI Plan

260420124867Alhamdulillah dapat RM60 Voucher Jusco. Ini namanya rezeki terpijak…=)

Ish mana dapat ni? bukan turun dari langit tau tapi sebab aku sign up dengan satu lagi insurance/saving untuk diri aku ni.

Syukur Alhamdulillah ader rezeki lebih dan boleh amik lagi satu insurance/saving untuk diri aku sendiri. Skim kali ni yang aku pilih ialah ETIQA TAKAFUL ~ SURI PLAN

APA ITU SURI?
Suri ialah pelan perlindungan komprehensif 4 dalam 1 yang:
. Memberi wang tunai apabila disahkan berpenyakit yang didiagnos – dengan manfaat tambahan untuk pemegang polisi wanita yang disahkan menghidap kanser.
2. Memberi anda manfaat perlindungan apabila dimasukan
ke hospital.
3. Memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal.
4. Memberi jaminan wang dikembalikan setelah polisi
mencapai tempoh matang jika tiada tuntutan dibuat.

MENGAPA HARUS SAYA PILIH SURI?
Kerana ia adalah pelan 4 dalam 1 yang unggul yang mengambil kira semua keperluan kesihatan dan simpanan anda – dari diagnosis penyakit hinggalah kepada kemasukan hospital, kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal. Sekiranya anda berada dalam keadaan sihat tanpa membuat sebarang tuntutan atas kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal, penyakit yang amat ditakuti atau kanser wanita, anda akan mendapat semula semua premium yang telah dibayar secara sekaligus apabila pelan anda mencapai tempoh matang!

BERAPAKAH YANG SAYA PERLU BAYAR?
Premium anda bergantung kepada jumlah yang diinsuranskan dan tempoh pelan yang anda pilih. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang wanita yang berusia 30 tahun dengan jumlah yang diinsuranskan sebanyak RM10,00 untuk perlindungan selama 30 tahun, maka Pelan Suri bermula serendah RM1.38 sehari.

ADAKAH SAYA PERLU MEMBAYAR SEHINGGA PELAN INI TAMAT?
Tidak perlu.

Sila rujuk jadual di bawah:


Anda Dilindungi Untuk (Tahun) 10 15 20 25 30
Anda Membayar Untuk (Tahun) 8 12 16 20 24


ADAKAH PREMIUM SAYA AKAN MENINGKAT SETIAP TAHUN?
Tidak sama sekali! Anda akan dimaklumkan mengenai premium yang perlu dibayar pada permulaan pelan.

BAGAIMANA PULA JIKA BERLAKU KEMATIAN ATAU HILANG UPAYA MENYELURUH DAN KEKAL (TPD)?
Sekiranya berlaku kematian, Suri akan membayar anda atau keluarga anda jumlah asas diinsuranskan secara sekaligus. Sekiranya berlaku hilang upaya menyeluruh dan kekal, pembayaran sehingga maksimum RM200,000 bagi setiap hayat yang diinsuranskan akan dibuat secara sekaligus. Sekiranya jumlah asas yang diinsuranskan melebihi RM200,000, bakinya akan dibayar secara ansuran tahunan yang sama sebanyak 5 kali mulai satu tahun daripada tarikh pembayaran pertama.


BAGAIMANA PULA JIKA DISAHKAN BERPENYAKIT YANG DIDIAGNOS?
Sekiranya anda disahkan menghidap salah satu penyakit yang disenaraikan dalam pelan ini, dan sekiranya anda telah melalui tempoh 30 hari berikutnya, anda akan dibayar jumlah yang diinsuranskan secara sekaligus bagi membolehkan anda menjaga diri anda dengan sebaik-baiknya.

Sekiranya diagnosis penyakit yang amat ditakuti melibatkan kanser wanita, anda akan mendapat wang tunai perlindungan tambahan 50% daripada jumlah yang diinsuranskan. Apabila kedua-duanya digabungkan, ini bermakna jumlah perlindungan tunai sehingga 150% daripada jumlah yang diinsuranskan.

ADAKAH SAYA AKAN MENIKMATI MANFAAT KEMASUKAN HOSPITAL?
Ya! Sekiranya anda dimasukkan ke hospital, anda akan menerima perlindungan tunai harian sehingga RM200 sehari, bagi setiap penyakit atau kemalangan.


BAGAIMANA PULA SELEPAS TUNTUTAN TUNAI TELAH DIBUAT?
Sekiranya tuntutan telah dibuat selepas pengesahan diagnosis penyakit yang ditakuti atau kanser wanita, pembayaran premium di masa depan akan dikecualikan, dan manfaat perlindungan terhadap hilang upaya menyeluruh dan kekal serta kemasukan hospital di masa depan akan tamat. Namun begitu, polisi ini akan terus memberi anda perlindungan disebabkan kematian sehinggalah tempoh polisi tersebut tamat.


SEKIRANYA SATU TUNTUTAN DIBUAT UNTUK KEMASUKAN HOSPITAL, ADAKAH TERDAPAT MANFAAT PADA PENGHUJUNG PELAN INI?
Ya, anda masih akan mendapat semula pemulangan semula premium secara penuh, dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan untuk kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal, sebarang penyakit yang amat ditakuti yang disenaraikan di dalam pelan ataupun kanser wanita.


BAGAIMANA PULA JIKA TIADA SATU TUNTUTAN PUN DIBUAT?
Sekiranya anda tidak membuat walaupun satu tuntutan, anda akan mendapat semula semua premium yang dibayar apabila pelan tersebut berakhir. Dijamin!


BAGAIMANA PULA JIKA SAYA MEMPUNYAI INSURANS LAIN?

Suri akan tetap membuat bayaran sekalipun anda mempunyai insurans lain.


ADAKAH PELAN INI MENDAPAT POTONGAN CUKAI?
Ya! Lembaga Hasil Dalam Negeri membenarkan anda untuk menerima pelepasan cukai sehingga RM6,000 setahun, tertakluk kepada kelulusan. Anda tidak akan dikenakan
cukai untuk sebarang keuntungan dan pembayaran manfaat.


APAKAH BENTUK PEMBAYARAN YANG DIBENARKAN?
Anda boleh membayar sama ada secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan menggunakan cara berikut:
• Cek
• Auto debit
• Kad kredit – Visa/Master
• Perbankan internet – Maybank 2U
• Biro Angkasa (hanya bayaran bulanan)
• Potongan gaji (hanya bayaran bulanan)

KANSER WANITA – TAHUKAH ANDA RISIKONYA?
• 1 dalam 9 orang wanita berkemungkinan besar menghidap kanser payudara dalam kehidupan mereka.
(Sumber: Majlis Kanser Nasional Malaysia)
• Pada tahun 2002, seramai 14,274 orang wanita disahkan menghidap kanser. (Sumber: NST, 6 Julai 2003)
• Sebanyak 75 kes kanser disahkan setiap hari di Malaysia.
(Sumber: Kertas Kerja oleh Chris K H Teo PhD, 10 Oktober 2000)
• Sekiranya seseorang ibu menghidap kanser, kemungkinan anak perempuannya menghidap penyakit tersebut akan meningkat sebanyak 10 kali ganda. (Sumber: The Star, 24 Mac 1999)
(Sumber: The Star, 24 Mac 1999)
Kanser Payudara 27%
Kanser Serviks 11%
Kanser Ovari 5%

ADAKAH TERDAPAT PERKARA LAIN YANG WAJAR SAYA KETAHUI?
Anda mestilah memahami polisi anda sepenuhnya kerana risalah ini hanya mengandungi keterangan secara amnya dan bukannya kontrak polisi.
• Ketika penamatan polisi ini, ia berkemungkinan tidak
mempunyai nilai tunai minimum yang dijamin sehinggalah anda telah bayar premium untuk tiga tahun.
• Sekiranya anda menamatkan polisi anda pada tahun-tahun awal, anda berkemungkinan mendapat amaun yang lebih rendah daripada apa yang telah anda bayar.
• Anda patut berpuas hati bahawa pelan ini dapat memberi
yang terbaik bagi keperluan anda dan amaum premium
yang dibayar untuk polisi ini adalah di dalam lingkungan kemampuan anda.
• Sila rujuk kepada ilustrasi jualan mengenai polisi yang disediakan untuk anda oleh wakil penginsurans anda.
• Syarat dan terma yang terperinci mengenai pelan ini tersenarai dalam polisi yang dikeluarkan untuk anda. Jangan lupa untuk bertanyakan mengenai pengecualian dan penepian.
Dengan Suri, anda tidak perlu lagi risau dari segi kewangan biar apa pun tahap kesihatan anda di masa depan. Ia memberikan anda seisi keluarga jaminan bahawa anda mempunyai keupayaan kewangan untuk menyara diri anda sekiranya anda menghidap penyakit utama. Ia juga memberikan anda kelebihan memperoleh semula wang tunai yang dijamin 100% sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan.
Dapatkanlah perlindungan hari ini juga. Hubungi Etiqa Oneline di talian 1300 13 8888 dan kami akan memberi perhatian terhadap keperluan anda dengan segera.

~ Aku harap info ini membantu kepada sesiapa yang berminat untuk mencari insurance + saving untuk diri sendiri (buat wanita hebat sahaja)

No comments: